Thursday, September 8, 2011

Bateri-lagu kumpulan Mettalica


“alahai…bateri weak la pulak.Patut la kereta control ni tk power perginya…kena cas baterila jawabnya!! ” …ujar amin,

Itulah peranan si bateri-satu sumber kuasa sokongan yang amat diperlukan, untuk kita hidup didalam dunia elektronik ini.Untuk mengharapkan bateri pakai buang (macam pampers?) amatlah membebankan sekiranya aktiviti yang kita lakukan melibatkan jangkamasa yang panjang dan kerap…umpama aktiviti bermain kereta kawalan jauh,walkman,handphone dan sebagainya.Jawapan yang terbaik adalah menggunakan bateri cas semula.yang boleh dicas tenaga elektriknya berulang kali. Hakikat bahwa semakin lama bateri re-chargeable ini di caskan,maka semakin banyaklah kuasa yang tersimpan didalam bateri dan semakin lama pula kita mampu menggunakannya.

Begitu jugalah dengan tahap keimanan kita kepada Tuhan alam semester.Setiap ibadat yang dilakukan sebenarnya adalah satu bentuk “pengecasan keimanan” kita kepada Tuhan.Dan semakin bertambah “kuasa” keimanan ini,maka semakin mudahlah pula untuk kita mengatasi hawa nafsu dan godaan ,yang mengheret/menjerumuskan kita ke neraka..

Contoh yang mudah adalah pada solat 5 waktu yang dikerjakan.Solat zohor yang dikerjakan sebenarnya “mengecas iman” kita untuk kita menjalani kehidupan dengan ketakwaan bermula dari zohor hinggalah ke asar.Manakala solat asar yang dilakukan sebenarnya mengecas iman kita dari asar sehingga kita bertemu pula solat maghrib.Dan “pengecasan keimanan” ini akan berterusan untuk setiap solat yang dikerjakan.

Mereka yang melaksanakan solat 5 waktu merasakan Tuhan itu dekat kepada mereka (justeru mudah untuk mereka memohon doa dan pertolongan-lantaran Maha Kayanya ALLAH ) ,berbanding mereka yang jarang melakukan solat...mereka tidak merasakan perlunya ada tuhan disisi,melainkan jika mereka berada didalam keadaan terdesak/bahaya.

Dengan namaNya yang Maha Halus (Ya-latiff) dan Maha Bijaksana (Ya-Khabir), sesungguhnya setiap arahan yang diberikan semestinya ada maksud yang tersurat dan tersirat..Hanya manusia itu sahaja yang sombong, tidak mahu bersyukur dan berterimakasih.

No comments:

Post a Comment