Thursday, November 15, 2012

REMOTE CONTROL- Alter terahsia untuk mengawal isteri


Terdapat ribuan gelombang elektrik yang berserakan diruang angkasa ini. Setiap gelombang tersebut mempunyai frekuensi tersendiri, yang hanya boleh dikesan oleh receiver-receiver tertentu ,dan kemudiannya memberikan signal kepada peralatan lain untuk menjalankan tugas masing-masing mengikut kod-kod yang telah ditetapkan.

Teknologi seperti ini (umpamanya), digunakan oleh pencipta/penyedia untuk memacu alat permainan bermotor kawalan jauh, yang diwaktu ini menjadi kegilaaan bukan sahaja pengemar-pengemar cilik dan remaja, malah para dewasa juga memiliki hobi yang sama, dengan memiliki mainan kawalan jauh yang bernilai ribuan harganya.

Melalui alat kawalan jauh ini, semua alat permaian tersebut dapat dipacu mengikut kehendak pemiliknya. Kadar pecutan, altitud , arah pergerakan dapat dikawal mengikut kapasiti dan nilai tertentu , berdasarkan kehendak dan modus operandi pemilik alat kawalan jauh tersebut.

Konsep yang diaplikasikan pada produk-produk ”hardware” ini juga digunapakai oleh ”The hidden hand” untuk mencipta produk-produk ”software”, yang membolehkan manusia dikawal pemikiran, tingkahlaku, persepsi dan tindakannya.

Hiburan yang melampau ,sukan yang tidak memperdulikan tuntutan aurat dan muhrim, dekorasi , fesyen , filem dan sistem perbankkan konvensional adalah antara contoh ”software-software” yang dicipta, untuk mengawal minda manusia umumnya,dan pengikut Muhammad bin Abdullah khasnya.

Dan ”software” sebegini amat sinonim dengan bangsa melayu yang gemar kepada sifat suka berhibur , malas membaca dan cepat melatah jika keselesaan yang dikecapi oleh mereka ketika ini dipersoalkan.