Wednesday, December 14, 2011

KEDAH-TEMPAT MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI


Kunjungan ke Kedah pada percutiaan ”cuti-cuti Malaysia” minggu lepas meninggalkan pelbagai peristiwa manis kepada pelawat yang pertama kali kesana seperti aku ini.Terdapat pelbagai ranking kepuasan terhadap tempat-tempat yang aku kunjungi ,namun secara purata ia memuaskan dan menggembirakan.

Namun, sedikit kekecewan terbit dari hati ketika kunjungan ke Gunung Keriang.Tarikan pelancongan yang dibina (Taman Tradisional dan tarikan Gua Keriang) tidak dapat diterokai kerana projek pelancongan tersebut telah terbengkalai,walhal tinggal sedikit sahaja bahagian-bahagian kerja yang tidak siap.Satu kerugian pada rakyat Kedah yang sepatutnya berbangga dengan tempat tempat pelancongan negeri mereka sendiri.

Informasi yang diterima memberitahu bahawa projek tersebut dilaksanakan oleh pihak memerintah terdahulu,dan terbengkalainya projek tersebut berlaku apabila kerajaan memerintah terdahulu digantikan dengan tampuk pemerintah baru dari pihak yang berlainan ideologi..dan alkisahnya,dikhabarkan projek tersebut tidak diteruskan kerana konsep ”orang lain yang membuat rumah,orang lain pula yang mendiami”...

Jika benarlah perkahabaran yang diterima,maka amat sedih bagi warga malaysia amnya dan masyarakat melayu khasnya. Belanjawan dan peruntukan adalah dari duit rakyat ,sedangkan pihak pemerintah hanyalah pengurus yang bertindak mengurus dana rakyat dan memastikan setiap projek yang dibina perlu disiapkan untuk kegunaan rakyat.Tidak timbul soal siapa tukang dan siapa penghuni rumah kerana modal yang disalurkan adalah bukan empunya ”situkang kayu” mahupun ”sipenghuni” dari pihak berlainan ideologi tadi.,dan semestinya jika projek tersebut siap,maka rakyat Kedah (sepatutnya ,tanpa mengira apa fahaman mereka) jualah yang akan menikmati hasilnya (keuntungan dari bayaran masuk yang dikenakan).

Manusia memang unik dan mempunyai pelabagai citarasa dan keinginan.Begitu juga dengan masyarakat melayu yang terkenal dengan P.H.D (Perasaan hasad dengki)..dan tamaknya, tamak kerana mengambil peratusan laba dari duit rakyat untuk kepentingan sendiri dan dengki terhadap saudara seagama yang hanya berlainan ideologi .Sifat ini diwarisi sejak dahulu kala dan telah termasyur sebagaimana halnya kisah Temasik dilanggar todak dan keruntuhan kesultanan melayu Melaka.

Maka sebab itulah neraka yang diciptakan pun turut bukan satu sahaja bilangannya, antaranya untuk menempatkan golongan-golongan yang tamak ini.