
Terpaku melihat istana negara ”bolehland” (menurut sesetengah blogger) yang baru. Dekorasi yang sebegitu mengundang jumlah pembinaan yang begitu besar...Berjuta ringgit nilainya,malah ada sumber yg mentaksirkan jumlahnya telahpun mencapai RM 1 billion...Jumlah yang teramat besar sehinggakan tiada sebarang suara boleh mempertikaikan kerana persetujuan diterima dari kerajaan tertinggi yang mempunyai taraf yang agung sehingga boleh menafikan undang-undang si Khaliq yang Maha Esa.. .Lantas keluarlah fatwa bahawa terdapat begitu ramainya rakyat yang akan menjadi kudung seandainya undang-undang Si Khaliq itu dilaksanakan.
Istana yang hebat diperuntukkan untuk ketua sistem berpelembagaan,satu posting untuk individu yang sepatutnya berpengaruh pada hireaki yang tertinggi tetapi telah dibisukan...Sebenarnya tidak akan wujud konsep merempat kerana singgahsana yang asal masih tersedia ada dan masih utuh untuk menempatkan ketua kepada wakil-wakil rakyat (rakyat yang majoritinya mendakwa bahawa negara ”bolehland” ini bukanlah mengamalkan sistem sekularisme).
RMJuta @ billion-Satu nilai yang terlampau banyak yang sepatutnya digunakan untuk mengatasi masalah kemiskinan pada rakyat,atau mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih berpatutan dan selesa kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah...ataupun setidak-tidaknya menyediakan perkhidmatan infrastruktur kepada rakyat ”Bolehland”..(janji kosong yang ditaburkan semasa kempen cabutan undi yang lalu)
Namun kerajaan tertinggi tetap meneruskan pembinaan istana hinggap kerana terdapat laba yang besar yang boleh diagihkan kepada anak-anak melewati sehingga tiga keturunan..Punca dana diperolehi untuk membiayai pembinaan singgahsana adalah tidak penting,kerana yang utamanya adalah dana tersebut mestilah dikreditkan oleh rakyat, melalui sistem potongan cukai berjadual dan cukai tidak berjadual tetapi mempunyai peratusan nilai yang tetap.
Calon-calon kepada model perlembagaan akan tetap duduk selesa di singgahsana yang hebat, manakala peneraju-peneraju kepada kerajaan tertinggi tersendawa kekenyangan selama 3 generasi ,meninggalkan rakyat (yang memilihnya) untuk menanggung cukai berjadual atau menanggung saman jika ingkar kepada arahan.
Moral penceritaan :Hebat sunngguh mereka ini (yang menafikan undang-undang tuhan).