Thursday, September 8, 2011

AWEK CUN VS PEREMPUAN TUA


Mana ada beb, majikan yang nk bagi rumah kalau kau kerja 1 hari je dengan dia.
Pernahkah kau jumpa sesiapa yang nk bagi kau hadiah lumayan dengan hanya kau bagi pujian?…Fitrah manusia,semakin kaya makin semakin kedekut lah dia..Benda ni terjadi pada semua orang,& tak perlu kita berdolak-dalih,Cuma masa tu saja (kaya) yang belum sampai kat kita..Bak kata orang melaka:“Mati idup balik pun” maka kau takkan berjumpa dengan majikan yang sepemurah tu..

Pernahkah kita jumpa,bilamana kita menolong orang & tiba-tiba ada orang bagi hadiah lumayan pada kita?bukan sikit anak pula tu!..umpama bagi seringgit tapi dapat hadiah $700 ringgit.

Mungkin gila kalau kita kata ada majikan yang akan hadiahkan kita seorang makwe yang cun-melecun lagi menggairahkan ,hanya kerana kita melakukan satu kerja bersendirian (dengan ikhlas), tanpa perlu babitkan orang lain…namun itulah “reward” yang diperolehi oleh umat Muhammad s.a.w, bila mana seorang lelaki mengekalkan wuduk beliau sepanjang masa..Ambik wuduk je tu Bro!!

Kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkan “reward” untuk apa yang kita usahakan didunia. Bekerja dari 8am hingga ke 6pm untuk mendapat gaji bulanan/keuntungan berniaga, seterusnya merealisasikan keperluan materialistik kita…rumah besar,kereta mewah,tanah,isteri cantik dan sebagainya..namun dalam masa yang sama kita melupakan reward yang lebih tinggi nilainya yang ditawarkan oleh Majikan abadi kita.

seorang sahabat ada berkata: “…kita seharusnya mencontohi sifat syaitan,tamak dan bertekad memusnahkan manusia -tetapi dalam maksud tamak untuk melakukan kebaikan,dan bertekad untuk mengikuti suruhanNya, kerana reward yang akan diberi oleh majikan yang Maha Kaya dan Maha Penyantun itu adalah tidak ternilai harganya (atas setiap perlakuan yang ikhlas dan mencari rahmatNya).

Dan sekiranya mereka (manusia) itu tahu apa yang diperolehi pada solat subuh berjemaah,nescaya mereka akan datang untuk mengerjakannya ,walaupun (datang) didalam keadaan merangkak. Maka benarlah kata-kata ayat suci itu bahawa perniagaan yang sebaik-baiknya adalah perniagaan dengah ALLAH s.w.t.

Dalam istilah moden; “..Better dapatkan perempuan muda yang cun melecun daripada si perempuan tua,yang dikatakan oleh Muhammad bin Abdullah…”

No comments:

Post a Comment