Thursday, August 9, 2012

PESTA TRAFFIK LIGHT- Bakal dilancarkan!




Sekitar tahun 80an, sungai melaka itu sungguh menjijikkan. Biawak adalah fauna tersohor yang menjadi tandaniaga /trademark sungai Melaka. Sungai menjadi tempat utama pembuangan sampah kerana budaya penduduk Malaysia sebegitu yang tidak mempunyai tanggunjawab sosial.

Tahun 2012, sungai Klang itu tetap kotor kerana tabiat pengotor ini tidak mudah lekang dari minda penduduk Malaysia, yang mewarisi dari satu generasi ke satu generasi.. Sewajarnya sungai Klang ini dikomersilkan sebagaimana sungai Melaka, dan barulah penduduk Malaysia itu akan berubah.

Didepan traffik light ini, berpuluh putung rokok berlonggok pada satu sudut bibir jalan. Terkumpulnya bukan kerana disapu oleh pekerja bandaran, tetapi dikumpulkan seikhlasnya oleh hujan lebat malam tadi.

Longgokan ini kelak akan masuk ke parit lantas ke sungai, menjadi pewarna tambahan kepada airnya (sungai). Sebahagiaanya tenggelam kedasar dan sebagaiannya terapung, menjadi santapan mata yang memandang.

Sementara dibeberapa rumah ditaman perumahan ini lansung tidak memperdulikan longkangnya yang tersumbat. Longkangnya dibiarkan penuh dengan cebisan-cebisan rumput (yang dipotong dihalaman rumahnya sendiri), lansung memerangkap air yang mengalir. Parit sendiri dibiarkan menjadi menjadi syurga kepada nyamuk untuk membiak dan punca bau yang tidak disenangi - sumber penyakit yang mengancam kesihatan tetangga (Peduli apa pada mereka!).

Kunjungan ke Perth, Australia lansung tidak menemukan aku dengan parti-parit yang tersumbat, hatta putung-putung rokok diatas jalanan. Timbul perasaan malu kerana negara berpenduduk non-muslim itu lebih menjaga kebersihan berbanding umat islam dinegara ini (termasuk dikawasanku).

Tiada jiwa terhadap tuntutan kebersihan awam, secara dasar menggambarkan, nilai solat yang dikerjakan masih terdapat kudisnya , kerana pelakunya masih mempunyai sekelumit tahi pada rohaninya..