Friday, April 23, 2010

KORAN-DLM BAHASA INDONESIA


>Kasihan tengok akhbar-akhbar di Malaysia

Mengharapkan cerita-cerita sensasi utk lariskan jualan…kelakar rasanya bila berita-berita artisdiletakkan dimuka utama dada akhbar…

Apakah terlalu besarnya sumbangan "kebanyakan dari mereka" pada ugama dan bangsa (kecuali sumbangan pada negara-kerana itu yang diwar-warkan oleh orang orang kebudayaan dan kesenian)…sehinggakan ceritanya menjadi topik utama akhbar..?

Apakah motif sebenar akhbar menyiarkan berita artis tersebut,sedangkan pada masa yang sama ramai umat-umat islam Labenon dibunuh sewenang-wenangnya oleh Israil…mengapa ia tidak diletakkan dimuka akhbar…utk ditatapi oleh kebanyakan kita yg mengaku “brother/sister in islam”…? (bukan kumpulan NGO “sister in islam” yg sensasi itu…)

Hairan memikirkan mengapa masyarakat menobatkan beliau sedemikian rupa..dan dimanakah popularity wakil2 muslimah yg lain,seperti Siti Khadijah,Fatimah Bte Muhammad,si Isabella dizaman Andalusia itu dan Rabiatul Adawiyah (sebahagian sahaja dr contoh-contoh yg lainnya) dihati kita ini…?

Motif dari cerita ini adalah mudah…cerita semasa artis "kebanggaan" negara adalah lebih bernilai dan berharga utk disampaikan kepada umat”islam” negara ini dari cerita nyawa2 penduduk Palestin yg seumpama sampah di bunuh oleh yahudi itu…

Umpama pepatah orang2 lama.. “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..”..dan tindakan akhbar itu sebenarnya refleks kepada attitude kebanyakan dari kita sendiri yg cenderung kepada hiburan dan cerita2 artis yang hebat itu..

Keprihatinan kita kepada saudara2 islam yg lain adalah sama sahaja..dan kita sendiri mampu menjawab,tentang apakah “sumbangan” yg telah kita lakukan ukt saudara2 kita di Bosnia,Ambon,Thailand,Chechnya dan sebagaainya …umumnya adalah simpati sahaja,dan kemudian kita lebih suka mengalihkan pandangan/fikiran kita kepada dunia artis….yg glamour dan sensasi..



No comments:

Post a Comment