Wednesday, January 11, 2012

AKU ADALAH FIRAUN KECIL


Siapa kata bahawa Tuhan itu Maha pandai (al-Rasyid)..jika tidak masakan pemerintah menggunakan undang-undang sendiri dan tidak menggunakan undang-undang Tuhan dalam mentadbir negara..Mesti terdapat cacat-celanya undang-undang tuhan ini. Undang-undang (tuhan) yang tidak relevan dan tidak sesuai mengikut peredaran zaman,malah penggunaanya (hukum Tuhan ) akan menyebabkan ramai orang akan menjadi kudung kerana hukum kisas dan ramai isteri menjadi janda (kerana suaminya direjam sehingga mati kerana berzina dengan perempuan lain)...

maka tidaklah pandai Tuhan itu kerana menciptakan undang-undang kontemporari,yang hanya sesuai untuk sesuatu zaman sahaja.

Siapa kata Tuhan itu Maha Mulia (al-Jalil),kerana semua orang bebas untuk mempermain-mainkan Tuhan. Dimanakah kemuliaaan Tuhan,kerana bangsa itu adalah lebih mulia dan perlu didaulatkan lebih dari Tuhan,jika tidak masakan kita perjuangkan moto ”demi bangsa,agama dan negara”.

Maka tidaklah mulia Tuhan itu kerana ada perkara lain yang perlu diperjuangkan dulu sehingga ketitisan darah terakhir..

Memang Tuhan itu maha lembut (al-Latiff) ,kerana kita mampu berbuat apa sahaja tanpa apa-apa kekangan.Maka kita setuju dengan pemerintah untuk membina kilang arak demi untuk menjana ekonomi negara,menyokong pemecatan mufti kerana larangan mufti terhadap model wanita islam berbikini,dan menyokong tindakan pemerintah kerana membuat pelaburan dalam perusahaan arak dan judi...ekonomi negara adalah penting untuk menjamin keselesaan penghidupan kita.

Maka benarlah Tuhan itu Maha Lembut dan GagahNya (al-Aziz) ia yang "biasa-biasa" sahaja kerana boleh ”ditolak –ansur” dalam banyak perkara.

..”dengan nama” Allah...yang maha pemurah lagi maha penyayang”...maka 97 nama Allah itu tidaklah membawa apa-apa maknapun kerana yang penting adalah baki 2 lagi namaNya itu (Ya Rahman dan Ya Rahim) yang lebih mustahak ,untuk meneruskan survival kita untuk kehidupan materialistik yang lebih selesa dan lebih menjaminkan..

Tiada bezanya golongan pemerintah dan rakyat yang menyokong pemerintah tersebut..manusia itu hanya akan lebih tersedar bilamana cecair panas dari besi yang dicairkan mula meleleh masuk ke lubang telinganya kelak.

Mengelegaknya ia (cecair besi panas ) seumpama sup ekor yang dipanaskan direstoran-restoran thai itu...

KARTUN-”THE BEST MEDICINE"


Jangan marahkan anak-anak kerana mereka suka menonton kartun,kerana fikiran mereka yang belum waras tentunya suka kepada hiburan dan apa sahaja wadah yang menggembirakan hari mereka..

Namun salahkan diri sendiri yang mengaku matang ini kerana memilih kartun untuk menentukan masa depan sendiri.Kartun yang dipilih secara sukarela kerana generasi kartun-kartun terdahulu telah memberikan keselesan penghidupan kepada kita semenjak bendara union jack diturunkan..dan dengan kartun inilah juga maka kita menikmati cukai samada diminta dari kita secara sukarela mahupun dipaksa.

Tidak salah membayar cukai jika peratusan pendapatan yang dicukaikan itu digunakan untuk keselesaan semua orang,namun salahnya bila cukai yang terkumpul ini digunakan untuk menjana peluang perniagaan yang akhirnya mengenyangkan secara luar biasa akan
pengendali perniagaan tersebut dan keluarga-keluarganya.

Maka kenyang dan senanglah mereka sehingga 3 generasi sedangkan sebahagian rakyat jelata menghadapi tindakan mahkamah. Pada mereka yang tidak dikenakan cukai pula mengisi perut dengan angin sehingga ada sebahagiannya mencuri kerana terpaksa..hanya kerana tidak sampai hati melihat darah daging menangis kelaparan.. dan sebahagiaannya menyelak peha untuk sesuap nasi.

Demi untuk menegakkan keadilan maka pencuri susu bayi ini dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara,sedangkan perasuah-perasuah dan pencuri-pencuri berjuta-juta ringgit harta rakyat ini hanya dikenakan hukuman 12 bulan penjara.Alangkah indahnya dan adilnya undang-undang kartun ini..

Pemerintah kartun adalah suatu penghasilan kreatif bangsa-bangsa penjajah,yang diciptakan untuk memproksikan penguasaan pemeritahan mereka ditanah air yang dijajah,dan untuk menghiburkan rakyat yang malas berfikir dan tidak terbuka dan sebati dengan slogan pertama bangsa,kedua agama ketiga negara..Maka terhinalah Tuhan kerana diletakkan nombor 2 dari segi keutamaan..

Jangan salahkan generasi sendiri yang ”cacat akhlak” kerana kita sendiri yang ”menyerahkan” anak-anak kita untuk dididik oleh kartun-kartun ini..