Thursday, November 29, 2012
AMERIKA -Kenapa Malcom X, John Kennedy,Abraham Lincoln & Martin Luther King dibunuh?
25 November 2012- TV AlHijrah menayangkan cerita ”lion of the Dessert”. Anak sulungku seusia 12 tahun begitu teliti menelusuri cerita tersebut, dari awal babak sehinggalah sketsa dimana Umar digantung oleh penjajah Itali.
Sehabis cerita, bertalu-talu persoalan dilontarkan kepadaku perihal Umar Mukhtar. Filem bermotif berat dan berdurasi panjang sebegini mampu ditonton olehnya (anak sulungku) , memberikan maklumbalas terhadap kesan dari sekeping gambar yang aku gantungkan disatu dinding diruang makan rumahku. Gambar yang mengandungi kompilasi potret-potret cendikiawan islam dan para-para syuhada islam. Jelas diraut mukanya (anakku) menunjukkan tanda penghormatan dan kekagumannya kepada Umar Mukhtar ini.
Persoalannya adalah rentetan dari persoalan-persoalan sebelum ini yang ditimbulkan oleh anak-anakku , iaitu , siapakah personaliti-personaliti didalam bingkai gambar itu , dan apakah kehebatannya. Dan menjadi tugasku sebagai “pemegang amanah” , untuk menerangkan kepada mereka , bahawa islam yang dianuti oleh mereka inilah , yang menjadikan personaliti-personaliti tersebut hebat dan berkarisma.
Individu yang hebat akan lahir apabila beliau mengetahui ciri-ciri kehebatan yang ada padanya , dan kehebatan yang dimiliki oleh bangsa dan keturunannya melalui agamanya. Sungguhpun terkadang ianya terlena dan seketika tersesat ,namun ia mampu mencari semula siapakah dirinya.
Reaksi dan persepsi sebegini penting sebagai titik mula (antaranya) , untuk sesorang itu mula belajar mengenal hakikat diri, mengetahui sejarah bangsa dan ugamanya dan tujuan kenapa manusia diturunkan ke muka bumi ini. Semuanya adalah kerana satu matlamat iaitu ” untuk Tuhan pencipta mereka ”.
Personaliti-personaliti (cendikiawan dan pejuang muslim) sebeginilah yang seharusnya dijadikan mentor untuk ikutan umat selepasnya, dan bukannya personaliti-personaliti yang ditabalkan sebagai juara dari rancangan-rancangan hiburan, yang ketika ini potret-potret mereka dibingkaikan, dan digantung didinding-dinding bilik anak-anak remaja , bujang dan sunti, untuk tatapan dan sanjungan. Dan ironinya, ibubapa adalah pendorong utama kepada anak-anak mereka , untuk menceburi pertandingan-pertanding hiburan sebegini.
Subscribe to:
Comments (Atom)
