Tuesday, February 14, 2012

BODYGUARD- Jenis yang membunuh tuan

Salam semua…da lama tk menulis, sibuk sangat dengan kerja dipejabat...sibuk mengejar/menyelesaikan hal dunia sedangkan bekalan nak pergi jauh ni kurang diberi perhatian…Tiba-tiba padam,nyaya je….bukan boleh repeat lagi masa tu..

Toleh kebelakang ,jika ditimbang,dalam tempoh 24 jam,tak sampai 30minit pun masa untuk memuji Tuhan…hebat sungguh! Sudahlah cuma memegang pangkat “hamba” sahaja,tapi cara kehidupan macam setaraf je kita dengan Tuhan…kita “melayan” Tuhan sama je macam kita melayan orang –layan “biasa-biasa” je…

Pernah terbaca suatu artikel keagaman,dikatakan bahawa setiap lelaki tiu dijadikan hadir bersamanya 21 @ 23 pendamping2 dari golongan syaitan…banyak tu!…(kuantiti tu tak berapa nak ingat,tapi sekitar 20++ lah)..21 @ 23 bodyguard tu Bro!!!



Dan mereka menyusup dan menghasut dari segala sudut dan syaitan yang berada dibelakang telinga tersebut (antara syaitan2 yang ada disekeliling tubuh kita ini) akan menghulurkan “belalainya” masuk kedalam hati dan mengtransferkan semua data-data negatif belaka ,untuk kita turutkan..Tiap masa beb!..terlalai je maka “belalai” itu automatik berfungsi..

Sekuat manalah kita mampu melawan jika setiap lelaki dari kita dihadapkan dengan 21 @ 23 musuh,sepanjang masa pula tu…itu belum lagi dikira yang berkeliaran disekeliling kita, dipintu rumah ,didalam bilik air, ketika solat ,ketika berjimak dan sebagainya..Maka sebab itulah kita sentiasa diperingatkan untuk sentiasa mengingatiNya...99 namaNya dapat melindungi kita kerana Tuhan itu adalah ya Salam (yang maha menyelamatkan & memberikan kesejahteraan)

Namun kita memang bodoh sombong , sombong dengan pertolongan yang ditawarkan..Kita selalu beranggapan bahawa kita ini “ok” dan tidak perlukan bantuan. Secara logik Bro,mampukah kita berseorang (para lelaki) menghadapi 21@ 23 makhluk ini sepanjang masa? steady ke kita sepanjang masa ?

Kerap kali disampaikan ketelinga kita bahawa “ingatan” ketika diwaktu kesenangan nescaya kita akan diingati (dibantu untuk setiap jalan keluar) ketika kita didalam kesusahan. Suatu konsep yang salah dan telah dianuti sejak turun temurun:- berdoa hanya ketika kita didalam kesusahan, kesedihan ,didalam tekanan ataupun terdesak ,mahupun jika berkeinginan sesuatu.

Marilah bersama mengingatiNya sepanjang masa,kerana ianya amatlah mudah ,tidak perlu dizahirkan dan boleh dilakukan pada setiap masa…bukan sekadar melakukan selepas kita memberikan 2 salam sahaja ataupun ketika kita berada didalam “non-comfort zone”.

Jom kita buang 21@23 "bodyguard-bodyguard" ni..