Tuesday, August 14, 2012

MASALAH KULIT – Petua termurah untuk mengatasinya


Ku sisip helai –demi helaian beberapa buku yang dipamirkan didalam sebuah toko buku terkenal dinegara ini. Namun aku tidak menjumpai sesuatu titik yang boleh menarik hati ini dari terus membaca, apatah lagi untuk membeli. Kulit luaran yang mempunyai grafik menarik dan rona warna yang terang tidak semestinya mengambarkan isinya juga menarik. Pada satu perspektif, strategi pemasaran yang dilakukan oleh penerbit buku ini adalah berjaya kerana mampu menarik minat pembaca untuk datang menjengah.

”Font” dan ”spacing” yang besar diselangi lampiran gambar-gambar tertentu hanya menambahkan ketebalan buku sahaja lagi menambahkan harga buku, walhal intipatinya tidak setimpal dengan harga yang dijual. Walaupun ucapan terimakasih kepada dua golongan ini (penulis dan penerbit) wajar diberikan keranan berusaha menimbulkan minat membaca kepada rakyat malaysia ( yang malas membaca) , namun harga buku yang dijual lama kelamaan akan membunuh minat pembaca.

Buku yang baik tidak semestinya tebal, berkulit keras dan mempunyai muka buku yang menarik. Sebagai perbandingan, dibarat, terdapat buku-buku yang diterbitkan hanya dengan menggunakan kertas ”paper-bag” sahaja. Sesuatu yang kelihatan murah dan tidak berkualiti dari luarannya tidak semestinya menggambarkan initipati ceritanya yang turut murah. Terimakasih pada segelintir penerbit yang mengeluarkan buku ”edisi jimat” untuk maanfaat pembeli (pembaca yang mengalami kekangan kewangan).

Tamadun yang maju mempunyai masyarakat yang mementingkan ilmu. Mereka berusaha untuk menyalurkan ilmu dan maklumat kepada semua generasi dengan mewujudkan. kuasa membeli/memiliki (buku) pada masyarakatnya, tanpa mengira latar belakang ekonomi .Ultimatum kepada Modus operandi ini adalah untuk memastikan masyarakat gemar kepada pembacaan dan gemar mencari ilmu.

Sesuatu yang menarik terhadap gerai-gerai buku milik masyarakat tionghua di pusat-pusat membeli-belah. Buku mandarin yang murah, dengan pilihan yang varieti terhadap pelbagai genre pembacaan merupakan sebab utama mengapa kaum ini lebih suka membaca, lebih berinformasi dan lebih terbuka berbanding warga pribumi.

Air sungai Furat yang bertukar kehitaman suatu masa dahulu akibat dari dakwat yang terlarut (dari ribuan buku-buku ilmiah yang dicampakkan kedalam sungai oleh Hulagu Khan ketika menakluk Baghdad) mencerminkan masyarakat islam dizaman empayar Abbasiah yang obsess dengan membaca dan mencari ilmu.

Persamaan kita (umat islam @ bangsa melayu) dan mereka adalah berkongsi agama wahyu yang terakhir. Perbezaannya adalah, kita unggul menjuarai dari segi bilangan anak luar nikah yang dilahirkan dan bilangan penagih dadah yang ramai, kesan dari sistem sekularisma yang dipraktikkan selama ini.