Sunday, March 7, 2010

ALMARI



Teringat saya tentang cerita dari seorang sahabat tentang remaja2 tabligh disekitar 80an dulu (saya masih mengiingati kerana ia berlaku zaman saya masih disekolah menengah)..dimana penglibatan anak2 muda ini dibidasl oleh pemimpin negara kerana “menghabiskan” masa mereka kepada ugama,semata-mata kerana urusan “keluar” selama 3 hari yg diamalkan oleh pertubuhan itu…

Penglibatan mereka utk aktiviti selama 3 hari tersebut dianggap oleh si penguasa sebagai membazir tenaga muda para belia2,tidak produktif dan tidak menjana kemajuan negara…

Dewasa ini,segelintir dari remaja2 dihimpunkan selama 3bulan dalam keadaan bercampur lelaki dan perempuan dalam satu tempat ,dengan urusan “menuntut ilmu”…satu jurusan yg dihormati oleh kebanyakan masyarakat sekarang, iaitu menuntut ilmu utk menjadi sebagai seorang penyanyi/penghibur..(program AF)

..dan pemimpin yg lantang bersuara dahulu (masih lagi sihat bernafas) dan makmum2nya yg sealiran (dan “pewaris2”nya) tentang tabligh ini lansung tidak bersuara utk memberi ulasan,mengapa tidak ruginya negara terhadap remaja2 yg menghabiskan 3bulan masa mereka,berbanding remaja2 tabligh yg cuma 3 hari itu…

status sebagai seorang penghibur dimata masyarakat dewasa ini diangkat menjulang semulia mereka yg “berjasa”…Dalam kerancakan kerajaan memberi sokongan terhadap rancangan reality spt AF,One in a million,Malaysian Idol,Audition,Mentor dan sebagainya,kita dapat melihat sambutan yg diberikan oleh para ibubapa para remaja ini,begitu memberansangkan, mereka menggalakkan dan memberi sokongan kepada anak2 mereka utk menyertai program reality tersebut..

Apakah tidak datang peringatan oleh seseorang kepada golongan ibubapa ini utk memperingatkan bahawa percampuran bebas antara lelaki & perempuan itu tetap dibataskan oleh ugama,suara perempuan itu adalah aurat dan seruan Muhammad bin Abdullah utk menutup tubuh kecuali telapak tangan dan muka itu kemestian pada muslimah…?

Apa yg diharapkan kepada remaja diatas tahap pemikiran mereka yg belum matang tersebut,tetapi persoalannya adalah kenapa para ibubapa yg matang lantaran telah terdahulu memakan garam tanda “berilmu” dan banyaknya pengalaman hidup itu “lebih sudu dari kuah’?

Anak2 adalah ibarat kain putih dan kita mempunyai blok dan mould utk print mereka menjadi majusi ataupun nasrani…dan itu telahpun dinyatakan oleh Muhammad bin Abdullah sejak lebih dr 1000 tahun yg lepas,dan tidak hairanlah jika sianak mewarnakan perang rambutnya (setelah para guru memaksa mereka membuka tudung-isu yg disensasikan oleh akhbar kononnya para guru memaksa para pelajar supaya jangan bertudung) kerana ibunya sendiri mempelopori rambut blonde itu…

Sukar utk siibubapa menolak ‘rezeki anak’ jika sianak dianugerahkan kemenangan berupa wang tunai yg lumayan,kereta,rumah dan sebagainya..kerana Ali r.a pernah memberitahu jika dunia menjadi ikutan mereka,maka turutlah muawiyah..tetapi jika ugama itu menjadi pilihan mereka,maka Ali r.a adalah “mentor” mereka..

Dan sepertimana yg dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa..”..masuknya seseorang wanita itu ke neraka akan menyeret sekali bersama-sama beliau 5 golongan,iaitu bapanya,suaminya,anak2 lelakinya,bapa2 saudaranya dan adik beradik lelakinya…lantaran kenapa tidak mengajar wanita tersebut…”

Sesungguhnya ugama itu bukanlah paksaan,tetapi pengajaran pada mereka yang mahu mendengar..dan ucapan2 itu telahpun dijilidkan dan diletakkan ditempat2 tinggi (seperti diatas almari dan sebagainya) lantaran takut dilangkahi oleh anak-anak..

REBEL



Melaka mencapai zaman kegemilangan pada era pemerintahan Sultan Mansur Shah dan Sultan Alaudin Riwayat Shah,selepas itu ia tengggelam sehinggalah kesaat ini,walaupun “Tak Melayu Hilang Didunia” itu sering dilaung-laungkan oleh “kita”

Era kegemilangan Melaka bukan berteras kepada 5 pahlawan yg dikenali ramai,atau keris yg menjadi symbol orang melayu yg sering di “hunus-hunuskan” itu,tetapi adalah kerana islam yg dianuti dan dipraktikkan.

Sehingga kini ramai antara kita tidak mengetahui secara terperinci,siapakah si Tuah,“si setia penurut perintah membuta tuli”...yg digelar oleh sijebat derhaka .

“umpama sokong membawa rebah’,maka lahirlah si Jebat utk memperbetulkan keadaan.
“Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah” merupakan slogan si Jebat dalam menentang pemerintahan melaka yg korupsi itu..walaupun tidak popular dan dilabelkan sebagai penderhaka,namun sejarah membuktikan kebenaran tindakan beliau..

Fitrah..peristiwa itu akan sentiasa berlaku walau dimana2 sahaja,Cuma nama watak2 utama dan masa sahaja membezakan peristiwa siJebat dengan Sultan Melaka tersebut.

“Seseorang dlm diri kita” perlu menjadi seperti si Jebat,yang berani bersuara ,mengeluarkan pendapat,utk menunjukkan “stand” @ pegangan kita selama ini,namun tegas disini tidak bermaksud lansung tiada ruang utk berkompromi.

Sesuatu yg menarik melalui siri “The Apprentice” yg kita tontoni adalah Donald Trump menekankan individu yg berani mengeluarkan pendapat,sanggup menghadapi risiko,mempunyai ketrampilan sebagai pemimpin dan mempunyai semangat berpasukan adalah calon2 yg layak utk menyertai empayar Trump...dan siri itu sendiri sebenarnya mengajar kita jangan menjadi terlampau “humble” dan “low profile”,sebaliknya mengeksploitasi diri utk menunjukkan kita adalah seseorang yg berkredibiliti.

Apalah gunanya bersuara dibelakang tabir dan sesekala menyuarakan ketidakpuasan terhadap wakil yg diamanahkan.Amat sedih sekali jika kita hanya menyalahkan sesuatu pihak sedangkan kita sendiri yg sembrono memilih mereka utk berkuasa.

Selagi subjek sejarah hanya dianggap utk peperiksaan sahaja dan selagi kita beranggapan “siapalah kita utk bersuara”,maka selagi itulah kita hanya menjadi pengikut,mengikut telunjuk sahaja…

Dan seperti fitrahnya,suara2 yg dilontarkan oleh “Si Jebat” itu memakan masa utk dibuktikan…hatta Dr Mahathir (yg dikagumi oleh kebanyakan orang) itupun tidak terkecuali..



Ceritanya?...ceritanya=jom kita “bersuara”..heh!heh!heh! ...jom REBEL!!!

INTERUPT THE ORDINARY


Assalamualikum…sesuatu yg baik itu adalah datang dr Nya,dan yg buruk sebenarnya 100% dr kita sendiri..itu adalah fakta walau dr mana idea yg baik itu datang…ia datang ketika saya sedang menonton wayang sekitar tahun 1992.. “..interupt the ORDINARY…” ..cogankata dr iklan CARLSBERG!!

Bukannya Carlsberg itu SEBAGAI MENTOR tetapi cogankata tersebut terhadap pemikiran kita selama ini..Mean kita mestik PELBAGAIKAN input dlm otak kita..dan seharusnya idea/punca pemikiran itu datang bukan dr 1 sumber sahaja,tetapi banyak sumber… samada sumber itu kita suka atau tidak,kita harus terima!!

Kita tidak boleh hanya bergantung sahaja pd RTM3/TV3 utk visual point,atau just pd Berita Harian,NST,Star utk media cetak..tetapi mencari idea juga dr Harakah, Keadilan,Siasah dan sebagainya.. juga tidak hanya minat kpd novel2 khatijah Hashim (just 1 contoh shj..actually ada banyak lagi nama2 sealiran dgn beliau)..kenapa tidak kita membaca idea2 dr Pramoedya Ananta Toer(karya beliau bayak diharamkan oleh pemerintah indonesia),Kassim Ahmad (dr pemikiran beliau yg kontreversi sebagai anti hadith),Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim (kedua2 karya mereka=”Dilema Melayu” & “Assian Renaissance” diharamkan penyiaran oleh pemerintah UMNO pd satu ketika tertentu) dan sebagainya…

Bukan bermaksud politik atau sebagainya tetapi idea2 yg “interrupt the ordinary” ini penting utk evolusi diri sendiri,penilaian terhadap apa yg berlaku pd persekitaran kita dan 100% supaya kita sentiasa PEKA dan bukan hanya sebagai penerima/pengikut sahaja!!

Contoh yg terbaik (jika merasakan ia lebih standart berbanding contoh2 dr orang2 islam/melayu) adalah sainitis Galileo Galilie…Kenalke?Beliau dipenjarakan hanya kerana idea dan pegangan beliau bahawa bumi ini bulat dan berputar mengelilingi matahari…TIDAK seperti pegangan paderi2 yg memerintah negara ketika itu bahawa matahari mengelilingi bumi!!

Saya selalu memikirkan bagaimanaThailand tidak dapat/tidak pernah dijajah oleh kuasa2 besar/barat/katholik sehingga kini..1 kesimpulan mudah yg boleh saya berikan adalah rakyat mereka adalah jenis PEKA terhadap wakil2 yg mewakili mereka,terhadap maruah bangsa mereka.

Contoh terbaik adalah protes rakyat terhadap cadangan PM Thailand dan desakan utk beliau berundur dr jawatan PM,kerana isu penjualan sbhgn saham Shin Corporation kpd Singapura.. Protes rakyat ini semata mata2 berdasarkan maruah dan kepentingan Thailand dan rakyatnya.
Berbeza dgn rakyat Malaysia yg tidak mahu ambil tahu dan buat “Donno” apabila saham Pantai Holding (memiliki kepentingan dlm industri perubatan Negara) dijual pd Singapura dahulu.


Mungkin sikap malas ambil tahu rakyat Malaysia (kerana hanya percaya pd 1 sumber maklumat telah terlampau cukup memadai) inilah mengapa Malaysia telah banyak kali dijajah….oleh Portugis,Belanda dan Inggeris……..mungkin?

Suatu hakikat yg perlu kita terima bahawa…pemikiran kita akan menjadi hyperaktif dan cemerlang bila “keselesaan trhadap pegangan kita” selama ini tercabar…

DK.CT Vs DKNY


Alhamdulillah…akhirnya penyanyi pujaan ramai,siti nurhaliza selamat mendirikan rumahtangga-sesuatu yg dituntut oleh ugama utk disegerakan:perempuan kepada perkahwinan,mayat pada pengkemubian dan solat pada waktunya…

Berita perkahwinan tersohor ini begitu penting pada mentality masyarakat Malaysia,sehingga perlu utk dipaparkan pada muka depan akhbar2 nasional tempatan..

Tercuit perasaan keliru dihati,betapa hebatnya siti nurhaliza ini,sehingga perlu diberi previllage sedemikian rupa oleh akhbar,walhal pada masa yang sama ,beribu2 saudara2 seagama kita dibunuh sewenang2nya…dan mengapa isu ini tidak diletakkan pada frontpage akhbar2 utk sekian waktu yg difikirkan perlu,supaya ia dapat kekal dalam pemi kiran kita utk suatu tempoh yg agak lama? …lantaran kerana “melayu mudah lupa”-Tun Dr Mahathir

Timbul persoalan disini,perlukah kita menyalahkan akhbar,sedangkan apa yg dipaparkan oleh media percetakan adalah menurut kehendak,citarasa dan budaya pemikiran kebanyakan kita sendiri..?

Tidak dinafikan penderitaan saudara2 di Labenon mendapat perhatian kita,namun yg menjadi kekeliruan disini adalah betapa hebatnya Siti berbanding simpati dan kesedaran kita pada saudara2 islam disana..

Bukan Siti yg perlu dipertikaikan tetapi etika pemikiran kita sendiri yg perlu dipersoalkan…ideology kita yg sebenarnya perlu diberi suatu input yg kontra dan kontroversi,berbeza daripada kebiasaan kita…BAHAWA setiap dari kita dipikulkan dgn tanggungjawab oleh Al-Khaliq terhadap ugama dan saudara2 kita,walau dimana sahaja mereka berada,dan bukannya melepaskan/meletakkan tanggungjawab itu semata2 pada kerajaan,Majlis2 ugama,NGO,PBB,OIC atau apa sahaja platform yg mewakili mereka…

Dan semestinya jika kesedaran itu timbul ,nescaya perhatian dan topic perbualan kita akan lebih menjurus kepada isu islam yg diperlekehkan berbanding isu CT dan DK ini…
(Siti dan Dato K ni)..

Kesedaran tentang tanggungjawab terhadap saudara2 seugama ini penting kerana daripadanya akan mewujudkan suatu “spark” yg akan mencetuskan contribution kita pada ugama…tidak kira dalam medium/bentuk apa sumbangan itu tetapi yg pastinya anda sendiri mengetahui kerana ia lahir dari hati anda..

Masyarakat melayu memang tebal dengan sifat suka berhibur,dan itu telah lama termaktub dan diterjemahkan melalui mandi safar,makyung,dondang sayang,dikir barat hatta dalam versi milinium seperti mentor,Malaysian idol,akedemi fantasia,audition,one in a million…dan jika sesuatu yg menghiburkan diletakkan dalam frontpage akhbar2 harian,maka secara logic kita akan mengetahui ianya bertujuan utk melekakan orang melayu yg sememangnya suka berhibur itu…

Jika kita mendabik dada mengatakan masyarakat palestin ,Kosovo, Chechnya, Afghanistan,Iraq dan Ambon itu sabagai saudara kita ( bila disoal ketika hidung kita bersentuhan dengan papan/ dinding tanah di liang lahad kelak), maka persoalannya disini,apakah bukti perhatian dan sumbangan kita pada mereka?...adakah wajar kita menjawab soalan bocor itu dengan “…selemah-lemah iman itu adalah menentang dlm hati”-jawapan selepas tidak mengambil sebarang sumbangan?

Tidak salah utk berhibur dan memuji idola kita sendiri tetapi perlu ada hadnya…..