Tuesday, December 25, 2012

POLIGAMI -Peluang yang harus dikecapi setiap lelaki


Poligami adalah sesuatu yang menjadi impian semua lelaki. Disebelah pihak pula, ianya merupakan suatu bencana dan malapetaka didalam kehidupan. Sesuatu yang selama ini menjadi hak milik tunggal meliputi kebahagian, kasih sayang, kemewahan dunia dan sebagainya, kini terpaksa dikongsi bersama dengan pesaing baru. Mejadi suatu tragedi pula sekiranya suami melebihi pendatang baru dan isteri lama terpaksa kehilangan imuniti dan prioriti.

Ramai berkata ,untuk menerima orang kedua adalah berat, namun “penentangan” dari isteri pertama adalah sebaliknya ( kendur dan redha ) apabila suami menyusulkan cadangan untuk kehadiran bakal isteri ketiga mahupun keempat. Alangkah beruntungnya para suami kerana diberikan keistimewaan beristeri empat, sekiranya mampu dan berlaku adil (sebenarnya).

Bagi para isteri, Tuhan itu tidak adil kerana sengaja memberikan suami peluang sedemikian. Suami meraih kenikmatan mengauli isteri-isteri baru sedangkan isteri pertama menanggung penderitaan jiwa dan raga Walhal tidak ramai para suami menyedari disebalik keistimewaan yang diterima, terikat bersamanya bebanan yang perlu dipikul sehingga hari kiamat, sekirananya gagal membimbing para isteri ini ke landasan yang betul.

Kenikmatan yang dirasa sebenarnya seketika sahaja. Puncak kenikmatan diranjang berlansung kurang dari sejam, namun setiap dosa yang diperbuat oleh isteri , akan dipikul ke Masyhar dan dipersoalkan (kepada para suami), tanpa terlepas satu dosa pun hatta sebesar zarah.

Syurga untuk isteri itu terlampau mudah. Cuma taat (pada suami) dan memelihara agamanaya, maka para isteri diberi pilihan untuk memilih masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang beliau sukai. Kemudahan ini adalah selaras dengan penderitaan yang si isteri alami sepanjang melayar bahtera penghidupan bersama suami. Jika ditakdirkan bermadu, adakah penderitaan sementara hidup bermadu didunia ini berbaloi jika digantikan dengan syurga yang pasti dijanjikan pada para isteri ( yang redha, beriman dan taat pada suaminya)? Adakah Tuhan itu tidak adil pada para wanita?

Manusia dilahirkan didunia tidak memiliki sesuatu apapun hatta jasad yang dimiliki ketika ini, pada anak (yang dikandungkan dan dilahirkan), isteri , ibubapa dan “suami yang dimiliki” oleh seorang wanita. Milik manusia adalah roh sahaja, dan segala apa yang ada pada manusia adalah milik Tuhan ,hanya pinjaman dan perlu dipulangkan apabila tiba pada masanya dan bila tiba ajalnya.

Sedarilah, bahawa suami itu bukanlah milik mutlak seorang yang bernama wanita , dan kenikmatan (berpoligami) yang diperolehi suami bukanlah sesuatu yang diberikan secara percuma begitu sahaja oleh Tuhan yang maha bijaksana.