
Keperluan mendesak kini memaksa semua antara kita seperti cacing kepanasan, bertempiaran dan berkeliaran,berusaha mencari pendapatan sampingan demi untuk menyara keluarga dan memastikan mereka terbela selesa dari segi nafkah dan dari segala keperluan.Harga barang yang semakin meningkat dan nilai matawang yang semakin mengecil menyebabkan kita 200% lebih aktif mencari sumber pendapatan alternatif ini.
Ada yang menceburi bidang perniagaan MLM,sebagiannya menerjunkan diri menjadi kontraktor kecil-kecilan,mula berani-berani membuka gerai di pasar malam dan pelbagai lagi,sehinggakan ada indivdu yang mula menceburi perniagaan matawang dinar dan emas..
Emas yang tidak mempunyai susut nilai,hatta semakin bertambah dari masa kesemasa mencuri tumpuan ”pelabur-pelabur amatur,disebalik peniaga emas tegar sediada.Modal yang dilaburkan dijanjikan dividen dan faedah yang tinggi oleh bank-bank saudagar ini.Arakian maka berhempas pulalah semua rakyat jelata memerah keringat untuk mengumpul dana semata mata untuk melabur didalam pasaran emas ini.Pada mereka masih tidak berpeluang tetapi menaruh minat,mula menyusun strageti mencari peluang mengumpulkan dana-demi untuk melabur pada perniagaan yang menguntungkan ini.
Siapa yang tidak terkesima jika perniagaan yang ditawarkan selamat dari segi perundangan, tidak berisiko dan menjanjikan keuntungan sepanjang masa tanpa ada julat kerugian yang tinggi.
Namun hanya segelintir dari kita yang terperasan akan perniagaan yang menghasilkan
keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda lebihnya dari perniagaan emas yang dijalankan oleh pedagang pedagang dan bank-bank saudagar ini..Perniagaan yang menjanjikan keuntungan yang terlampau bernilai lebih dari nilai emas dan perak.. Perniagaan yang menghasilkan keuntungan yang terlampau tinggi nilainya,lebih tinggi berbanding dengan keuntungan yang diterima oleh para pejuang yang memancung leher musuh agama mahupun keuntungan yang dinikmati oleh para syuhada yang dipenggal lehernya oleh tentera musuh (mati syahid)...
Dan perniagaan itu adalah zikrullah..perniagaan yang amat mudah dilaksanakan tetapi dipandang sepi orang kebanyakan orang, kerana manusia hanya sibuk mengejar keuntungan dunia dengan perniagaan emas yang diperdagangkan,yang hanya boleh dikecapi hanya beberapa tahun sebelum jasad terkial-kial berusaha melepaskan nyawa yang tersepit di kerongkong,dan kemudiaanya (perniagaan tersebut) menjadi perebutan dan pertelingkahan anak-anak,sehinggakan dibawakan penceritaannya itu ke mahkamah..
Moral penceritaan:
”...Tuhan ada disini..
...didalam jiwa ini...
...berusahalah agar Ianya tersenyum..
...berusahalah agar ianya tersenyum...”
-Petikan lagu Ebiet G Ade.
..