Friday, April 23, 2010

KORAN-DLM BAHASA INDONESIA


>Kasihan tengok akhbar-akhbar di Malaysia

Mengharapkan cerita-cerita sensasi utk lariskan jualan…kelakar rasanya bila berita-berita artisdiletakkan dimuka utama dada akhbar…

Apakah terlalu besarnya sumbangan "kebanyakan dari mereka" pada ugama dan bangsa (kecuali sumbangan pada negara-kerana itu yang diwar-warkan oleh orang orang kebudayaan dan kesenian)…sehinggakan ceritanya menjadi topik utama akhbar..?

Apakah motif sebenar akhbar menyiarkan berita artis tersebut,sedangkan pada masa yang sama ramai umat-umat islam Labenon dibunuh sewenang-wenangnya oleh Israil…mengapa ia tidak diletakkan dimuka akhbar…utk ditatapi oleh kebanyakan kita yg mengaku “brother/sister in islam”…? (bukan kumpulan NGO “sister in islam” yg sensasi itu…)

Hairan memikirkan mengapa masyarakat menobatkan beliau sedemikian rupa..dan dimanakah popularity wakil2 muslimah yg lain,seperti Siti Khadijah,Fatimah Bte Muhammad,si Isabella dizaman Andalusia itu dan Rabiatul Adawiyah (sebahagian sahaja dr contoh-contoh yg lainnya) dihati kita ini…?

Motif dari cerita ini adalah mudah…cerita semasa artis "kebanggaan" negara adalah lebih bernilai dan berharga utk disampaikan kepada umat”islam” negara ini dari cerita nyawa2 penduduk Palestin yg seumpama sampah di bunuh oleh yahudi itu…

Umpama pepatah orang2 lama.. “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..”..dan tindakan akhbar itu sebenarnya refleks kepada attitude kebanyakan dari kita sendiri yg cenderung kepada hiburan dan cerita2 artis yang hebat itu..

Keprihatinan kita kepada saudara2 islam yg lain adalah sama sahaja..dan kita sendiri mampu menjawab,tentang apakah “sumbangan” yg telah kita lakukan ukt saudara2 kita di Bosnia,Ambon,Thailand,Chechnya dan sebagaainya …umumnya adalah simpati sahaja,dan kemudian kita lebih suka mengalihkan pandangan/fikiran kita kepada dunia artis….yg glamour dan sensasi..



JEBAT


>Melaka mencapai zaman kegemilangan pada era pemerintahan Sultan Mansur Shah dan Sultan Alaudin Riwayat Shah,selepas itu ia tengggelam sehinggalah kesaat ini,walaupun “Tak Melayu Hilang Didunia” itu sering dilaung-laungkan oleh “kita”

Era kegemilangan Melaka bukan berteras kepada 5 pahlawan yg dikenali ramai,atau keris yg menjadi symbol orang melayu yg sering di “hunus-hunuskan” itu,tetapi adalah kerana islam yg dianuti dan dipraktikkan.

Sehingga kini ramai antara kita tidak mengetahui secara terperinci,siapakah si Tuah,“si setia penurut perintah membuta tuli”...yg digelar oleh sijebat derhaka .

“umpama sokong membawa rebah’,maka lahirlah si Jebat utk memperbetulkan keadaan.

“Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah” merupakan slogan si Jebat dalam menentang pemerintahan melaka yg korupsi itu..walaupun tidak popular dan dilabelkan sebagai penderhaka,namun sejarah membuktikan kebenaran tindakan beliau..

Fitrah..peristiwa itu akan sentiasa berlaku walau dimana2 sahaja,Cuma nama watak2 utama dan masa sahaja membezakan peristiwa siJebat dengan Sultan Melaka tersebut.

“Seseorang dlm diri kita” perlu menjadi seperti si Jebat,yang berani bersuara ,mengeluarkan pendapat,utk menunjukkan “stand” @ pegangan kita selama ini,namun tegas disini tidak bermaksud lansung tiada ruang utk berkompromi.

Sesuatu yg menarik melalui siri “The Apprentice” yg kita tontoni adalah Donald Trump menekankan individu yg berani mengeluarkan pendapat,sanggup menghadapi risiko,mempunyai ketrampilan sebagai pemimpin dan mempunyai semangat berpasukan adalah calon2 yg layak utk menyertai empayar Trump...dan siri itu sendiri sebenarnya mengajar kita jangan menjadi terlampau “humble” dan “low profile”,sebaliknya mengeksploitasi diri utk menunjukkan kita adalah seseorang yg berkredibiliti.

Apalah gunanya bersuara dibelakang tabir dan sesekala menyuarakan ketidakpuasan terhadap wakil yg diamanahkan.Amat sedih sekali jika kita hanya menyalahkan sesuatu pihak sedangkan kita sendiri yg sembrono memilih mereka utk berkuasa (mungkin isu kenaikan harga petrol boleh dijadikan contoh kot?..kot?)

Selagi subjek sejarah hanya dianggap utk peperiksaan sahaja dan selagi kita beranggapan “siapalah kita utk bersuara”,maka selagi itulah kita hanya menjadi pengikut,mengikut telunjuk sahaja…

Dan seperti fitrahnya,suara2 yg dilontarkan oleh “Si Jebat” itu memakan masa utk dibuktikan…hatta Dr Mahathir (yg dikagumi oleh kebanyakan orang) itupun tidak terkecuali..

Ceritanya?...ceritanya=jom kita “bersuara”..heh!heh!heh! ...jom REBEL!!!

"POWER OF KNOWLEDGE"-Bukannya Collin Power (tahukah anda siapa?)


>Melilau aku mencari suatu tempat yg boleh diklasifikasikan sebagai pusat komuniti di tempat aku ini..(aku baru berpindah ke sini..).Suatu tempat berkumpulnya segolongan penduduk setempat untuk meneroka dunia I.T dan mencari informasi2 tertentu dilaman2 web yg dilayari melalui internet..dan ...akhirnya,Alhamdulillah pencarian aku berhasil..

Suatu niat murni yang harus dibanggakan oleh kita sebagai peribumi tanah ini,terhadap pembelaaan parti pemerintah utk menyedikan kemudahan2 pada rakyatnya supaya tidak tertinggal dalam dunia informasi yang tanpa sempadan ini.

Namun perasaan lega tiba2 bertukar menjadi kehairan bila diberitahu oleh pegawai perpustakaan (dibahagian bangunan lot bersebelahan) bahawa pusat tersebut belum pernah beroperasi semenjak bangunan tersebut dirasmikan 3 thn yg lepas,walhal segala kemudahan yang diperlukan sebagai sebuah pusat komuniti tersedia lengkap sudah utk digunakan.

Desas desus mengatakan bahawa tiada peruntukan untuk membayar kos pekerja pusat komuniti ini menjadi alasan utama mengapa ia masih lagi tidak beroperasi..untuk menjadi seorang yg bijaksana adalah tidak adil untuk membuat keputusan cuma berdasarkan kepada sumber disuatu pihak sahaja…

Terdapat 3 punca informasi yg boleh diperolehi secara mudah dan normal oleh kita ,iaitu melalui pergaulan,penelitian dan pembacaan,dan secara dasar semakin banyak kita terbabit dengan 3 sumber tersebut maka semakin banyak yg kita ketahui..

Dan tentunya yg terutamanya hasil dari “penyelidikan” kita (contoh utk isu diatas) tersebut bukanlah semata-mata “temporary data” yg perlu di”save”kan dalam pemikiran kita tetapi menjadi tanggungjawab kita utk memperbetulkan keaadaan…

Adalah suatu kerugian kepada diri,ugama,bangsa dan negara jika sumber ini adalah benar dan berasas…,dan tentunya utk mengetahui kesahihan cerita ini kenalah, “lihat peristiwa2 dan scenario2 semasa” disekeliling kita!...

hatta rezeki pun tidak pernah datang bergolek,inikan pula utk menentukan cerita yg benar…!




AL-WAQIAH


>Jam sudah 5 pagi…(mood mcm dlm cerita p.ramlee…tp kurang sikit coz takde bunyi Doing!Doing! dr jam besar dimenara bangunan)..tapi mata ni masih terkebil-kebil cuba utk melelapkan diri…sedetik nikmat tidur itu ditarik,terasa betapa kecilnya diri ini..lansung tidak berupaya dan tidak mempunyai kekuasaan keatas diri sendiri.

Menerawang fikiran mengingatkan bahawa nikmatTtuhan kamu yg manakah yg hendak kamu dustakan?...wahyu itu hanya melekat dalam fikiran ini (hanya seketika) bila diri mula tersedar apabila apa yang dipinjamkan selama ini ditarik semula ( secara total ataupun seketika )

Kompleks utk memahami tentang diri sendiri,hatta itu yang dijawab oleh si iblis pada pertanyaan Muhammad bin Abdullah bilamana … “..hairan bila pada ketika sejahat2 manusia,masih terdetik ingatannya kepada Allah,dan pada sebaik baik manusia masih ia melakukan dosa tanda mengingkari perintah Tuhanmu…”

Betapa pemurahnya siPencipta bahawa tidur itu bukanlah sesuatu yang percuma diberikan kepada diri ini dan bukanlah sesuatu yg diciptakanNya dengan sia-sia…(jom buka terjemahan Al-Quran & selidiki wahyu yang menceritakan khusus tentang kejadian tidur ini.)

“..maka terangkanlah nutfah ( mani) yang kamu pancarkan,kamukah yang menciptakan atau Kami yang menciptakannya….” .Alangkah malunya bila mengenangkan “nikmat” yang disalahguna oleh sesetengah dari mereka sehingga menjadi punca kepada kekalnya industri tertua didunia (pelacuran) itupun sebenarnya bukan milik diri sendiri…

dengan nama Allah yang Maha Pengampun,marilah sama-sama kita saling “membuatNya tersenyum..”-(meminjam bait2 lirik Ebiet.G.Ade.)..sesungguhnya manusia itu amat pelupa dan amat tidak berterimakasih dan beruntunglah sesiapa yg berpegang pada “Surah Masa” siPencipta..

..dan sineraka (yg berwarna hitam lantaran terlampau lama membakar dan begitu panas sekali) dengan begitu marah seraya berkata kepada manusia.. “Apakah tidak datang seseorang kepadamu utk mengingatkan tentang perintah Tuhanmu sehingga kamu masih memilih selain dari itu?...”

Ampunilah dosa kami,ya Allah…

-Tazkirah jumaat

-Yg baik itu datang dariNya dan segala yg buruk itu adalah dr kelemahan diri ini sendiri