
Kagum saya pd seorang makcik yg saya temui di pasar “car-boot sale” shah alam tempohari terhadap minat beliau dengan mawi..sehingga sanggup membeli baju yg bertandatangan mawi,walaupun harganya agak mahal berbanding dengan baju2 “printed mawi” yg lain…Ditanya mengapa beliau berbuat demikian,dengan selamba beliau menjawab “..saya fan club dia…” wow!bergitu bersemangatnya dia menjelaskan apa yg tersurat dlm hatinya…
Dalam perjalanan balik dr pasar tersebut,fikiran saya menerawang memikirkan peristiwa makcik tersebut sambil tertanya tanya, mengapa tiada “Muhammad bin Abdullah’s fan-club..atau “umar abd aziz’s fan-club atau mungkin “salahuddin al ayubbi fan-club” atau sebagainya?
Contoh persamaan disini agak mudah…jika Ahmad mempunyai seorang ayah yg mewakili negara dalam bidang sukan dan menjadi idola peminat2 beliau pd zaman tersebut dan si Ahmad pula tidak mengetahui personality ayahnya,maka sudah semestinya siAhmad tidak berbangga terhadap ayahnya,sekaligus tidak mencari info mengenai siapakah ayahnya itu…
Dan jika kita sendiri tidak mengetahui dan tidak mengambil berat mengenai “isu remeh” siapakah personaliti2 itu,maka semestinya kita tidak akan mencari dimanakah kehebatan islam itu sendiri,kerana suatu ugama yg lemah tidak akan menghasilkan personaliti2 yg hebat didalammnya..
Dan semestinya untuk mencari data2 tersebut bermula dari sikap suka mencari dan suka membaca dan tentunya ianya tidak akan didapati dalam majalah2 Hai,Mangga,Variapop,Urtv atau rancangan2 seperti AF,one in the million,Malaysian Idol,Audition dan sealirannya.


