Thursday, September 8, 2011

Honda Civic Atau Honda Prelude?


Agak terasa juga mahalnya hantar kereta ke car wash untuk dicuci dan di vacum.Cucian yang tidak sepenuhnya (mungkin banyak sungguh kereta yg turut dicuci pada hari itu) menerbitkan rasa tidak puas hati,berbanding nilai ringgit yang aku kena bayar ,$15
..Namun aku pasrah kerana memang telahpun tertulis bahawa aku akan memcuci kereta di kedai tersebut & menerima mutu cucian sebegitu rupa.

Fitrah,manusia sukakan kebersihan,walaupun pada waktu-waktu tertentu menjadi terlampau mementingkan diri sendiri.Kejadian ini aku saksikan diatas jambaatan pelabuhan kelang,dimana seorang lelaki membuang sebungkus besar sampah kedalam sungai dari atas jambatan tersebut…pakai Honda civic mamat tu Bro!!! kerata mahal,
Honda civic,tapi sayangnya otak tiada “civic minded”.

Kejadian yang paling best aku jumpa bilamana seorang penghuni dari tingkat 5 membuang sampah dari koridor ,terus jatuh kehalaman rumah penghuni tingkat bawah
/ground floor….muslim dan melayu LAGI..!

Semua perbuatan tersebut mencerminkan diri kita & siapa kita sebenarnya.Akhlak yang tidak sempurna berpunca dari pemakanan dan didikan yang kita terima,lantas mewujudkan titik-titik hitam didalam hati.

Namun banyak cara yang ditunjukkan untuk pengampunan dosa-dosa tersebut (selain dosa besar)..Cuma kita sahaja yang bertangguh untuk melakukan ,hatta semudah melakukan wuduk (Dosa-dosa manusia akan keluar dari celah-celah jari,hasil dari wuduk yang sempurna).

No comments:

Post a Comment