
6.00am- Tersedar dari tidur-alhamdulillah,tiada mimpi ngeri @ gangguan..Risau juga pasal balik lewat kerumah malam tadi..
6.15a.m- nikmatnya mandi...syurkur alhamdullilah..Ramai lagi yang terlantar dikatil kerana keuzuran & tk dapat segarkan badan dengan mandi..
6.45a.m- Hensem pagi ni..kesian pada anak2 miskin ,yang tiada wang walaupun untuk sehelai baju.
7.15a.m- Bersedia untuk ke pejabat. Alhamdulillah,aku punya kenderaan sendiri.Simpati rasanya pada mereka yang masih lagi belum mampu untuk membeli kereta..
8.30a.m- Allhamdulillah,selamat sampai..tiada musibah dalam perjalanan tadi
10.30a.m- Baru nak sarapan..tapaw je..berselera sungguh..bagaimana lah rasanya mereka yang lapar diluar sana...hmmm
12.15pm- rehat 5 minit sebentar.. terfikir, kesian pada kawan-kawan yang telah habis tamat kontrak kerja & masih lagi menganggur & tercari-cari kerja untuk sara anak isteri.
1.15p.m- Alhamdulillah..walaupun sekadar lauk biasa tapi syukur dapat mengisi perut dari kelaparan..apa perasaan ya kalau kita dalam keadaan kelaparan sangat sampai ke tahap meminta-minta kerana terlampau terpaksa?
5.45p.m- Syukur alhamdulillah,tugas hari ini dipermudahkan..masa untuk balik kerumah dan berjumpa anak-anak. Bagaimana perasaan pada mereka yang kehilangan anak2 kerana musibah?..sekurang2nya keluarga aku masih dilindungi..
6.45p.m- Sampai akhirnya dirumah...syukur sangat-sangat..tapi selalu terfikir,pada satu ketika yang pasti akan tiba...waktu kita tidak lagi berpeluang untuk balik kerumah..(telah mati)
7.15p.m- Solat berjemaah dan mengajikan anak-anak al-Quran...Nikmat sangat dilahirkan sebagai muslim..apa perasaan ibubapa yang ada anaknya murtad?..syukur keluarga aku masih dilindungi..
8.00p.m Makan malam bersama keluarga..gembira lihat anak2 makan..anak-anak sendiri gembira,tapi anak anak yang lain belum tentu gembira kan?..
11.50p.m Masa untuk tidur..alhamdulillah,aku punya tilam yang empuk,dan duduk dirumah ini,sedangkan ramai lagi yang tinggal & tidur dibawah jambatan kerana kemiskinan ...
Dari Gibrael si ”perantara”: Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dusta kan?