Saturday, March 20, 2010

KORAN


Teori 1-Satu fitrah manusia adalah gemar pada keselesaan.Kerana kurang sifat keterbukaan dalam diri,mereka lebih mudah menolak mentah2 sebarang tindakan/idea/teguran yg tidak memihak pada diri sendiri walaupun sumber tersebut amat bernas,bermanfaat dan ada keberuntungan padanya.

Atas TEORI itu,secara semulajadi seseorang akan mewariskan takhta,harta atau perniagaannya kepada kaum keluarga yg lebih dekat dan sefahaman dengannya,berbanding individu yg mempunyai sifat yg berlawanan.

Utk dikongsi bersama,itulah yg terjadi pada kemerdekaan Turki.Kemerdekaan yg diperolehi secara diplomatik,yg pada awalnya mendapat tentangan para menteri2 British.Kekuathiran mereka adalah berdasarkan Turki adalah bekas sebuah negara islam yg hebat yg melahirkan empayar Uthmaniah,yg pernah dan mampu mengugut pengaruh katholik dirantau Eropah kelak.

Namun perdana menteri British berjaya meyakinkan mereka bahawa ugutan dari orang2 turki terhadap pengaruh dan ugama mereka adalah amat lemah.Ini kerana British telah berjaya “membritish”kan orang2.Ini bermaksud mereka (golongan pemerintah dan kebanyakan penduduknya) adalah orang2 turki yg berfahaman dan mempunyai pendidikan dan cara hidup inggeris.

Menarik utk difikirkan mengapa British bertindak memerdekakan tanah melayu sedangkan Malaysia kaya dengan bahan mentah seperti getah,bijih timah dan sebagainya.

Adakah konsep kemerdekaan Malaysia sebenarnya tidak tumpah dengan kemerdekaan Turki?

Mengapakah British tidak bertindak utk melantik para ulama yg berjuang menuntut kemerdekaan sebagai pewaris pemerintahan british di tanah melayu sebaliknya menetang mereka dan menghapuskan nasionalis2 ini?..itu yg terjadi pada Dato Bahaman,Mat Kilau,Tok Janggut dan ramai lagi..

Adakah teori yg dinyatakan pada permulaan perbincangan boleh diterima pakai..bermaksud pihak British akan melantik mereka2 yg sehaluan,berfahaman “lebih British dari orang2 british”, utk menjadi pewaris pemerintah negara?

Saya tertarik dengan tulisan Subky Latif baru2 ini terhadap kes murtad di Malaysia.Menurut beliau,semenjak 1511 sehingga 1957,Malaysia telah dijajah oleh banyak kuasa penjajah yg motif utama mereka adalah utk mengkristiankan orang2 timur,tetapi dalam usia penjajahan selama 400tahun lebih tersebut, tidak ramai masyarakat melayu dapat dimurtadkan tetapi setelah orang2 melayu memerintah Malaysia,terdapat lebih 250,000 orang melayu telahpun murtad (didedahkan oleh Mufti Perak,Dato Harusani Zakaria)…wow!betapa hebatnya orang2 melayu…!!!

Isu ini reflek pd kenyataan dr ustaz ashari sekitar lewat 80an yg saya masih ingat, (pengasas Al Arqam) dimana dikhabarkan terdapat 2000 orang melayu telah ditugaskan sebagai mubaligh kristian dan berdaftar dengan gereja2 dinegara ini..

Wow! Sekiranya tahun 80an sahaja kita sudah mempunyai 5000(andaian kasar) mereka2 yg telah “berpindah” ini,dan pada tahun ini pula jumlahnya mencapai 250,000 orang,maka bayangkan pula bagaimana/berapa jumlah “mereka2 ini” dizaman dewasa anak2 kita nanti..?

Mungkin kerana sifat semulajadi kita yg tidak terbuka,kita hanya “buat donno” sahaja perkara ini,dan menyerahkan kepada pihak berwajib utk menyelesaikan masalah ini…sedangkan kita sendirilah yg memilih mereka2 ini utk “berkata2”.

Tidak kira dr fahaman mana pun kita,individu2 yg dilantik seharusnya layak utk mentadbir urusan negara dan ugama,dan sesungguhnya kita sendiri akan dipertangjawabkan atas pilihan kita itu dimahkamah akhirat kelak.

“..Tertarik dengan kata2 Tun Dr Mahathir bahawa melayu mudah lupa,sebenarnya isu ini hanya kekal dlm tempoh yg amat singkat dalam fikiran kita,kemudian kita akan lupa,kerana itulah sifat kita,tidak terbuka dan mudah lupa..”….itulah luahan Dr Mahathir-

JIka ada masih relek dan tk “sesedih” Dr Mahathit…maka selayaknya anda menyertai “Malaysian Fear Factor”…heh!heh!heh!....

BURUNG HUD-HUD


Setiap insan mempunyai karisma tersendiri,telah termaktub dalam perjanjian,sebelum roh disematkan kedalam jasad lagi,utk dipertanggungjawabkan di”sana” tentang mana “kekhalifahannya”…dan semestinya “pendengaran,penglihatan dan hati setiap insan yg bernyawa itu akan ditanya…”

Bukan bermakna perlu menjadi seorang ulama tersohor seperti Syeikh Abdul Kadir Jailani atau Umar (Al-Khattab & Abd Aziz) yg mentadbir negara atau sebagai Bilal bin Rabah yg kental utk disiksa,tetapi setiap insan diberi keistimewaan utk menyampaikan..

Ilmu itu wajib disampaikan walaupun dengan sepatah ayat,dan penyampaian itu terpulang kepada qalam masing masing.

Jika manusia itu mengetahui,nescaya mereka akan banyak menangis dari ketawa…itulah yg terpancar dr mulut junjungan Nabi Muhammad S.A.W,dan itulah yg menyebabkan Umar menangis terisak-isak sehingga basah janggutnya seraya berkata “..mengapa tidak sahaja aku dijadikan binatang,agar tidak dipertanggungjawabkan kelak didepan Allah..”

Kekadang,terlintas akan kebenaran rangkap puisi “…aku binatang jalang…”,secebis

luahan kata2 alahyarham Chairil Anwar,seorang penyair muda Indonesia…dan sememangnya itu yg sering “diceritakan” oleh kitab suci terhadap kita: “..samada kamu (Muhammad) menyampaikan atau tidak,mereka tidak ubah seperti anjing yg menjelirkan lidahnya sepanjang masa…”

Jika kehormatan itu dirasakan ada pada kita,itu hanya dongengan dan kita sebenarnya hanyalah bersangka-sangka…

“…73 pintu,73 jalan,yang sampai hanya 1 jalan…” (rangkap lirik M.Nasir dlm lagunya=Tanya sama itu Hud-Hud)..,bermaksud dakwah itu boleh disampaikan melalui lagu,lukisan,puisi dan sebagainya…dan apa pula cara kita utk menyampaikan?

Mungkin pena menjadi medium,perantara,dalam penyampaian kita,utk manusia,utk manusia,utk diri sendiri,dan semestinya penulisan kita tidak perlu menjadi seperti Rizal di Filipina,Syed Kutb & Hassan Al-Bana di Mesir .,hatta Dr Burhanuddin Al-Helmi di Malaysia,yg dipenjarakan sehingga keakhir hayatnya..tetapi cukuplah dengan sekadar dengan kudrat dan sedikit “keberanian” yg ada dihati…utk meyampaikan ilmu Allah itu,utk dikongsi bersama2..

“..No Guts,No Glory…”…mungkin benar istilah orang2 barat itu…

AKUPUNTUR


Point1-Saya amat tertarik dgn satu buku yg dihasilkan oleh penyelidik barat (pengarang=Mark Silas)terhadap seni akupuntur dan refleksologi bangsa cina.Menurut pengarang buku tersebut,beliau terpaksa menghabiskan separuh dari usia nya utk bermastautin disana semata2 tk “mencuri” rahsia ilmu tersebut,dan yg pada beliaulah mula tersebar ilmu tersebut kedunia luar.

Point2-Peperangan yg dimenangi barat terhadap cina dalam perang candu memberi peluang kepada barat utk mendapatkan teknologi mercun yg kemudian dimajukan barat utk membuat senjata.Bermula dr perang trsebut jugalah barat mula tahu utk menggunakan kertas sebagai bahan penerbitan,yg selama ini barat hanya bergantung melalui medium papyrus dari teknologi mesir purba utk bahan cetak.

Point3-Saya teringat akan sebuah hadith junjungan Rasulullah s.a.w bahawa ilmu itu digalakkan dituntut walau hingga ke negeri cina.Agak menarik juga utk dikaji mengapa Negara tiongkok itu dijadikan contoh sedangkan terdapat kerajaan2 lain yg yg hebat sezaman dengannya (pada anggapan kita).

3 fakta diatas menarik minat saya utk membuat andaian kasar bahawa orang2 cina merupakan antara manusia yg memeliki pelbagai ilmu,yg disimpan dan diwariskan turun temurun dan mungkin masih banyak lagi yg memang dipelihara ,menjadi rahsia, dr terdedah pd bangsa asing..

Andaian saya mungkin berasas kerana ilmu akupuntur dan refleksologi yg telah diamalkan seawal 1000tahun sebelum masihi hanya terdedah dan tersebar pd bangsa2 lain pd abad ke 20.Satu pujian harus diberikan kepada bangsa cina kerana kesedaran mereka utk tidak berkongsi maklumat dgn orang luar,demi kepentingan bangsa mereka.

Ini berbeza dengan sifat kita yg sopan satun dan pemurah,dimana kerana sifat tersebutlah kita sanggup menyerahkan hak kita dan berkongsi dengan bangsa2 asing yg berlainan ugama,demi dasar setiakawan..mungkin bahasa melayu,singapura,ahli dewan undangan negeri(DUN) menjadi contoh?

Agak hairan juga memikirkan kita lebih rela melantik bangsa2 asing yg berlainan ugama utk mewakili suara dan hak kita,sedangkan kita mempunyai “kelebihan”, ..tentunya tindakan ini demi utk mengekalkan fahaman dan pegangan kita…mungkin negeri “Pulau Nibung” kita boleh ambil sebagai contoh?

Kekadang sesuatu yg kontra perlu utk kita terima walaupun tidak memenuhi citarasa kita,dan itulah yg dinyatakan dlm kitab Al Quran.

Menarik juga mengunakan pepatah yg pernah keluar dr majalah Gila-Gila keluaran tahun 80an(ingat lagi saya pepatah tu sampai sekarang..!) .. “Otak ini seumpama basikal,jika tidak dikayuh,lama2 akan brhenti juga”…mean =jom “kayuh”, pakai isu kontreversi ini..heh!heh!heh!