Monday, September 26, 2011

NIKMAT MEROKOK-BELUM CUBA BELUM TAU


“…Tangan yang menghayun buaian itulah yang menggoncang dunia….”-Begitulah pepatah melayu,yang menggambarkan betapa hebatnya kuasa seseorang wanita,disebalik sifat semulajadinya yang lemah lembut.

Namun tangan yang menggoncang dunia itu tidak semestinya mampu mempengaruhi seorang lelaki/suami untuk berhenti merokok.Kedengaran seperti sesuatu yang kelakar tetapi ianya adalah suatu fakta dan kenyataan!!

Sukar untuk seorang perokok berhenti dari tabiat merokoknya.Umpama mengidam asam , lidah akan terasa gatal dan terliur bilamana masa untuk merokok dilengah-lengahkan. Itulah “nikmat” yang dirasai oleh seorang berstatus perokok.

Namun pengalaman peribadi penulis berjaya mengatasi “kuasa” rokok ini tanpa bantuan “tangan yang menghayun buaian” tadi. Ianya mungkin boleh dikongsi bersama-sama untuk mereka yang bergelar perokok tegar (yang ingin berhijrah).

Kaedah perawatan adalah seperti berikut:

Langkah pertama
1-Menghisap rokok sebanyak yang mungkin dan seboleh-bolehnya mengubah citarasa/flavour menggunakan produk rokok berjenama “Camel” dan “Lucky Strike”
2-Sedutan perlulah dengan sedalam-dalam dan berusaha mengeluarkan asap rokok dengan seminimal mungkin
3-Berjumpa dengan doktor setelah HANYA mengalami serangan batuk yang berpanjangan dan memenatkan

Langkah kedua
4-Meminta melaksanakan ujian imbasan @ x-ray semasa berjumpa doktor
4-Imbasan x-ray yang diperolehi dibingkaikan/di”frame”kan,dan digantung pada tempat yang sering dilihat oleh anda (umpamanya dipintu tandas)
5-Lihat sejenak terhadap gambar paru-paru anda pada imbasan x-ray tersebut dan bandingkan dengan tempoh berapa lama anda telah bergelar sebagai perokok (fikirkan Cuma selama 10 saat sahaja pada setiap kali anda melihat imbasan x-ray tersebut.)

Seseorang didalam diri akan muncul dan bangun berkata dan mula berfikir.Anda akan merasai perasaan ini dari hari ke sehari,dan semakin membuak,sehinggalah anda tersedar bahawa anda sebenarnya telah berjaya berhenti merokok.

Pada perspektif lain,saintis yahudi (yang mengkaji bidang genes dan DNA) mendapati nikotin pada rokok akan melekat dan merosakkan ”genes” perokok.Ini bermaksud keturunan prokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab)-Rujuk kepada tesis Dr Stephen Carr Leon” ”Mengapa Yahudi Bijak”

Fakta:Antara sebab mengapa anak-anak muslim lemah dan kurang cerdas,adalah akibat dari hasil kreativiti ayah/ayah dan ibu mereka (merokok) yang mencacatkan otak anak-anak mereka sendiri

No comments:

Post a Comment