Hehehe...masjid sekarang seumpama bank, perlu dijaga sepenuhnya supaya tiada kecurian berlaku. Almaklumlah, masjid sekarang memang dihias sebegitu rupa kerana indah itu menawan. Semakin cantik sesebuah masjid ,maka semakin banggalah ahli-ahli jawatankuasanya. Perdulikan dengan jumlah pengunjungnya..Biarlah kuantiti tiang masjid lebih banyak dari makmun, yang penting keindahan masjid mesti diutamakan dan fizikal masjid perlu selalu dinaiktarafkan. Maka dengan sebab itulah ianya patut selalu dikunci.
Kasihan pada mereka yang ingin beribadat, ataupun yang bermusafir yang ingin berehat sebentar. Tempat kalian layak diluar pagar masjid sahaja kerana ahli jawatankuasa hanya membuka ”pas pelawat” pada waktu-waktu solat utama sahaja. Kekadang ”seasonal pass” akan diberikan apabila ada menteri-menteri atau orang kenamaan politik turun ke masjid untuk menyampaikan misi mereka..Untuk mereka yang tidak sehaluan, tiada geran diberikan kerana mereka-mereka ini adalah pengadu domba dan penghasut minda masyarakat....
Memang sipencuri barang masjid ini teramat melampau batas. Sudah habiskah tempat lain untuk dicuri sehinggakan rumah Tuhan pun menjadi lokasi sumber pendapatan mereka?. Tiada bezanya pencuri ini dengan mereka yang memperolok-olokkan perintah Tuhan, kedua-duanya mempunyai modus operandi yang sama ,”matlamat menghalalkan cara”...yang membezakan 2 golongan ini adalah : si pencuri mungkin lahir dari keluarga masalah @ penagih dadah @ mereka yang terdesak kesempitan, sedangkan mereka yang memperolok-olokkan perintah Tuhan: kebanyakannya berpendapatan, mempunyai status dan sering menggunakan nama Tuhan untuk mengekalkan status, kuasa dan pengaruh yang ada padanya.
Mungkin tidak lama lagi peranan masjid perlu berubah supaya menjadi lebih komersial , berubah menjadi monumen tarikan pelancong kerana taraf sebagai destinasi pelancongan mampu menarik ramai pelawat ke masjid berbanding taraf masjid sebenar yang dilihat sukar sangat untuk menarik minat makmun ke masjid. Pendekatan pertama kearah ini dilihat telah berjaya dilaksanakan dengan adanya sistem ”waktu melawat” sepertimana yang diperkenalkan oleh ahli jawatankuasa- ahli jawatankuasa, sepertimana yang dizahirkan oleh gambar diatas...dan dimasjid-masjid yang sekufu dengannya di negara darul 1 malaysia ini...
No comments:
Post a Comment