Tunggang terbalik atau mati hidu balik pun status kita masih tetap sama.Campak lah kemana sahaja,jika sudah bernama hamba tetaplah ianya hamba. Berbuihlah mulut memuji ,dengan harapan tahap darjat seorang manusia itu akan naik menjulang tinggi, namun status manusia tetap tidak akan berubah...dan kita disini samada sedar ataupun tidak,berkongsi untuk mensyirikkan Tuhan yang satu.
Apakah tidak ada fatwa yang keluar mengatakan bahawa manusia itu tidak layak dipuji dengan gelaran ”Maha”...?Namun itulah yang selalu kita sebutkan jika ianya merujuk kepada individu pemerintah feudal melayu.. Duli yang ”maha mulia ”itu tidak setarafpun untuk digandingkan dengan nama Allah yang Maha Mulia,namun itulah juga yang disebut-sebutkan oleh kita..dan pemimpin yang dipuji itu pun tidaklah beria-ia sangat untuk menggunakan taraf Maha Mulia tersebut, tetapi demi kehendak protokol perlembagaan maka terpaksalah ia menerima pujian melangit sebegitu...
Kasihan kepada rakyat yang mensyirikkan Tuhan dengan ucapan yang terang-terangan dan percuma..Apakah dunggu sangatkah individu yang berucap itu walhal tertulis didalam kad pengenalannya berugama islam...ugama yang mengaku bahawa Tuhan itu adalah satu dan tiada yang setara dengannya?
”..Dont jugde the book by it’s cover…”.maka memang sesuailah pepatah inggeris untuk dirujukkan pada taraf agama yang tertera pada kad pengenalan tersebut..Apa yang tertera tidak melambangkan apa yang dianuti dan yang dianuti bukanlah bermakna agama itu diikuti ,difahami dan diamalkan secara total...”islam itu adalah liberal,maka menganuti sebahagian-sebahagian sahaja pun sudah memadai....”getus seorang nasionalis yang sudah separuH usia..
Bagi individu yang berucap ataupun pegawai yang ditugaskan menyediakan skrip adalah mereka yang samada sukarela mahupun terpaksa mengikuti arahan penguasa..dan penguasa yang cerdik akan mempertahankan ”yang maha” mulia ini bersungguh-sungguh.
Hamba (rakyat) yang berlainan ideologi adalah hamba yang durhaka dan semestinya bukanlah seorang patriot bangsa yang diharapkan untuk mewarisi modus operandi pemerintah adil ini ..dan aura ”ketaatan dan kesetiaan kepada raja” akan digunapakai untuk mendiamkan suara-suaara ketidakpuasan ini..
Maka sebab itulah pujian melangit mesti diberikan kepada pemimpin ini untuk mewujudkan ”aura penunduk” tersebut.

No comments:
Post a Comment