
Selasa:3 April 2012
Tajuk Utama akhbar KOSMO : SAFEE SALI CERAIKAN ISTERI
Satu perasaan yang menjengkel dan memualkan.Bagaimana sebuah akhbar popular boleh menyiarkan cerita sebegini pada tatapan umum.Adakah sudah habis cerita didunia ini sehinggakan berita tentang permasalahan sebuah keluarga hendak di war-warkan?
Apakah impak positif yang diharapkan ( oleh sidang pengarang dan pemilik akhbar ini) dapat ditinggalkan dalam minda pembaca dengan membaca berita sebegini? ”Rule of Thumb” dari cerita ini adalah mudah sahaja-”trash in trash out”:Jika sesuatu ”sampah” di masukkan kedalam pemikiran pembaca,maka ”sampah” jugalah yang akan keluar dari jasad pembaca-pembaca dengan mudah melontarkan kata-kata fitnah (mudah sahaja menjatuhkan hukuman pada seseorang) atau persepsi penghinaan pembaca pada sistem kekeluargaan islam dan tuduhan pembaca yang lazimnya akan ditanggung oleh pihak keluarga si-isteri.
Adakah berita sebegini dapat meningkatkan pengetahuan pembaca dari perspektif ilmiah dan intelektual?dan adakah berita sebegini dapat meningkatkan taraf keimanan pembaca sehinggakan perlunya ianya dipamerkan dimuka depan akhbar?
Didalam kehidupan materialistik dan dikelilingi dengan sentimen perlunya ”bangsa dan kesultanan” yang perlu sangat-sangat dipertahankan, jumlah/kuantiti pembeli akhbar adalah ”ultimatum”, penting demi survival untuk meraih laba sebanyak yang boleh...dengan apa sahaja pendekatan..
Sesuatu kelemahan, kekurangan atau kecacatan dalam sesuatu institusi kekeluargaan sebenarnya perlu dilindungi dari pengetahuan umum ,diperhalusi dan diselesaikan sebaik mungkin tanpa perlu menjatuhkan aib pada mana-mana pihak. Tindakan mendedahkan permasalahan dalam suatu keluarga ini tidak lain hanyalah akan menimbulkan salahtanggapan ,fitnah, cemuhan, penghinaan dan saling tuduh menuduh yang berlarutan antara 2 pihak yang bertelingkah.
Apakah tauladan yang diperolehi oleh para remaja dan kanak-kanak untuk cerita sebegini.?Adakah dengan menyiarkan cerita sebegini maka rasa hormat mereka (remaja) pada institusi perkahwinan dalam islam dapat dipertingkatkan?
Cerita sebegini tidak lain hanyalah akan merosakkan pemikiran pembaca dan ”culprit” terhadap kerosakan ini adalah tangan-tangan yang gemar mencari cerita sebegini, yang galak mewar-warkan untuk pengetahuan umum..
..dan pengadu domba sebegini PASTI akan menerima habuan yang paling istimewa di akhirat kelak....
Argh!!!...peduli apa dengan akhirat –getusan hati dari pendokong idea-idea kapitalis sebegini..
No comments:
Post a Comment