
Senario 1-Bangun dari tidur menuju ke bilik air,sambil menggeliat-liatkan badan sempat aku memikirkan tarif bil api yang baru sahaja dinaikkan..Memanglah sedikit sahaja nilai tambahan yang aku kena bayar untuk bil rumahku, tetapi kilang-kilang tentu sahaja akan menaikkan harga barang dengan alasan tarif api telah naik...dan barang2 tersebut pula kita sering malah ada yang tiap-tiap hari dibeli dan digunakan. Apalagi lah yang naik sekarang,lansung tidak terkawal..
Senario 2-Selepas mandi,ku pakai kemeja yang baru digosok oleh istriku tadi... cantik!..( mendengus sambil menggeleng kepala ).. Dulu , aku boleh membeli sehelai kemeja ini cuma $30 sahaja,sekarang klau tiada $50, baik jangan cuba-cuba berangan-angan nak beli...mahal betul!!..
Senario 3-Seperti biasa sesudah sarapan,aku bingkas bangun untuk menghidupkan enjin kereta.Di Eropah harga kereta nasional kita lebih murah dan lebih baik kualitinya berbanding kereta nasional kita dipasaran tempatan.Kenapa bangsa asing menikmati ”previllage” ini sedangkan aku rakyat tempatan dikenakan bebanan harga kereta yang kualitinya murah lagi mahal ini..?
Senario 4-Dalam perjalanan,kelihatan kenderaan kenderaan dipacu laju menuju destinasi masing masing..Masing masing lagak macam pemandu formula one..tak tau apa akan terjadi jika sekali terbabas.Di dashboard kereta jam menunjukkan jam 7.30am..ada 1 jam lagi sebelum aku perlu mengakses pintu pejabat untuk masuk kerja. Jarak 70km sehala dari rumah ke pejabat tidaklah jauh mana,tapi bebanan kos untuk tol dan petrol itu yang menyebabkan aku merasakan ofis aku terlampau jauh..Aneh! satu perjanjian pembinaan jalan (mana-mana pun projek pembinaan jalan pun sebenarnya) yang dirahsiakan dari pengetahuan umum tentang nilai sebenar kosnya... Entah berapa banyaklah kita perlu membayar keuntungan kepada pemilik-pemilik konsesi jalan ini..(setelah kontrak pembinaan asal di ”mark-up” harganya)
Senario 5-Tepat jam 8.20am aku sampai di pejabat.Alhamdulillah..aku ada kerja tetap,yang padanya setiap bulan gaji aku dipotong untuk membayar cukai pendapatan.Cukai yang digunakan untuk membangunkan negara,antaranya membangunkan projek2 yang tidak masuk akal dan tidak menguntungkan rakyat seperti aku ini..apa yang aku perolehi pada pembinaan istana yang baru?..adakah istana yang canggih ini dapat menolong penduduk miskin yang hidup merempat kemiskinan diluar sana?...
Senario 6-Sejurus selepas azan maghrib aku sampai dengan selamatnya pulang kerumah.Jelas kedengaran suara azan tadi kerana rumahku terletak tidak jauh dari masjid. Teringat kata orang-orang tua ...” syukur berada disini kerana tiada perang dan masjid ada dimana-mana untuk kita melaksanakan solat..”.Aku turut berkongsi pendapat itu,syukur kita dapat bersolat di masjid tanpa perang, dimasjid yang telahpun dibisukan dan dimandulkan fungsi sebenarnya.
Hari-hari seperti biasa terus berlalu,meninggalkan aku tenggelam menanggung bebanan ciptaan tangan-tangan lain yang rakus mengejar dunia.




