
Komunikasi adalah satu proses peralihan maklumat yang membabitkan 2 pihak.Satu pihak memberi maklumat dan pihak yang satu lagi pula bersedia menerima maklumat. Impak dari maklumat yang diterima bergantung kepada tindakbalas kimia si penerima dan bahan yang diterima.Jika maklumat tersebut adalah sesuatu yang ”terlarang”,maka sudah pasti mengundang reaksi spontan dan bertenaga dari sipenerima...Fitrah, sesuatu yang terlarang itulah yang menjadi kesukaan.
Sebarang maklumat yang dikongsi didalam media komunikasi elektronik seperti facebook,twitter,blogspot dan sebagainya sebenarnya memainkan peranan dalam mempengaruhi pembaca. Peribahasa inggeris ”trash in trash out” menggambarkan jika data/input yang dimasukkan oleh kita kelaman facebook,twiter dan blogs ini baik, maka ia akan mempengaruhi pembaca untuk menjadi baik,dan perkara yang sama turut berlaku untuk data-data negatif. Jika input yang diberikan adalah buruk,maka pembaca akan terikut-ikut@ terpengaruh untuk melakukan sesuatu yang negatif.
Ramai dari kita yang tidak sedar bahawa data negatif yang kita kongsikan tersebut akan direkodkan oleh malaikat yang menulis buku catatan kita.Dan sebarang dosa yang terbit dari perlakuan negatif pembaca (yang terpengaruh dengan data yang kita kongsikan),maka dosa sipelaku tersebut akan turut ditanggung oleh kita. Ini berbeza dengan data/input bermanfaat yang kita kongsikan.Ganjaran/pahala telahpun dijanjikan hatta hanya dengan terlintas niat untuk berkongsi ilmu demi kebaikan..
Satu risalah yang disavekan/uploadkan kedalam laman elektronik peribadi akan disaksikan oleh jutaan pembaca media internet.Dan diantara ribuan pembaca ,pasti ada yang terpengaruh untuk melakukan hanya dengan melayari/membaca pada ”surfing” yang pertama..dan berapa ramaikah pula mereka yang terpengaruh selepas melayari web ada untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya?
Konsep yang sama diasaskan didalam perniagaan MLM, maka sebarang data negatif yang dikongsikan bermaksud sebenarnya kita sebagai telah berjaya melaksanakan ”pelaburan negatif” MLM kita,dan kita telah pun berjaya mendapatkan beribu-ribu downline-downline percuma (untuk menyumbang beban dosa PERCUMA keatas bahu kita ) , tanpa perlu kita menaja mereka.
Moral: Jom rebut peluang MLM untuk bisness akhirat dengan berkongsi maklumat manfaat didalam facebook,twiter ,blogspot anda !!
No comments:
Post a Comment