Friday, November 18, 2011

SEX REMAJA


Perempuan diciptakan memang unik..dari susuk tubuh,jelingan,suara dan apa saja darinya (perempuan) mampu menggoda kaum lelaki..Dari mata turun ke hati,maka terjalinlah ikatan yang sah antara 2 pasangan,manakala sebahagian lelaki lain pula ghairah bersama-sama syaitan menyetubuhi pasangan wanitanya .Melimpahkan mani pada rahim yang bukan haknya.

Sex adalah sesuatu yang taboo pada masyarakat melayu dahulu kala.Cerita berkisar kepada sex akan dikhabarkan secara terselindung dan dengan perasaan malu-malu. Berbeza dewasa kini,perihal tentang sex telahpun diajar kepada anak-anak remaja seawal usia , remaja yang memang semulajadinya mempunyai perasaan ingin tahu yang keterlaluan dan mempunyai tindakbalas hormon yang tinggi ,mengambarkan perkembangan biologi yang semulajadi dan sihat .

Nikmat dan seronok adalah sesuatu yang akan dicari-cari oleh semua manusia. Sebahagiannya mencari keseronokan tanpa memperdulikan samada ianya satu kesalahan, memudaratkan pihak yang lain mahupun memudaratkan pada diri sendiri.Seronok yang didorongi oleh nafsu akan mengatasi fikiran jika remaja diri tidak mempunyai kesedaran & kekuatan jiwa..Jika pasangan dewasa turut terlanjur,apatah lagi kepada pasangan remaja yang hanya memikirkan keseronokan dan leka dengan dunia remaja mereka sahaja

Dengan ”kesedaran” maka wujudlah pasaran yang tinggi untuk kondom dan pil perancang keluarga..Pil yang dulu digunakan oleh para isteri telah ditransformasikan oleh remaja, yang membeli di farmasi kononnya untuk keperluan diri, dengan alasan untuk mengawal berat badan (pil perancang mampu menjadikan wanita lansing ).

Pengetahuan kepada sex sebenarnya tidak perlu diberikan secara meluas oleh ”pendidikan negara” kepada remaja. Yang lebih utama adalah ilmu & pengetahuan ugama yang perlu ditanamkan , kerana ugama berperanan menghalang masalah sex bebas pada remaja/pasangan yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah . Dosa yang besar, siksaan yang keras kepada pelaku dan kesan kerosakan pada salasilah generasi mampu merencatkan keinginan syahwat untuk melakukan ”nikmat dunia” ini.

Moral-Lembu yang tidak bersekolah pun tahu tentang ”sex” ,inikan pula manusia. Pengetahuan itu akan tetap datang lambat laun pada remaja-remaja ,kerana tahap mereka adalah lebih advance dari apa yang kita sangkakan..

No comments:

Post a Comment