
Jiwa ini umpama lukisan...yg boleh didifinasikan dengan beri-ribu patah perkataan. Tiada satu klausa pun yang boleh menjustifikasi dan mengklasifikasikan dengan tepat..terlalu abstrak..Terlalu abstraklah sehingga menyebabkan diri ini sukar mengenali dirinya sendiri.Walaupun terdapat ribuan alat sokongan hayat yang dipetik dari quran dan hadis,tetap juga tidak dapat meletakkan diri ini tetap diatas landasan yang betul,sepanjang masa...
”..Bezikirlah kerana zikir itu dapat mengubat hati yang resah menjadi tenang” ...Terlalu kerap bait-bait kata itu masuk ketelinga...ada masa ia melekat singgah sebentar dan menusuk ke ulu hati,tetapi kebanyakkannya terlepas keluar dari lubang telinga yang sebelah lagi tanpa meninggal apa-apa bekas..
Puas kubelek dan berfikir kenapa ianya terjadi,walhal pada saat terdahulu aku mempunyai perasaan yang sungguh berlainan.Satu perasaan rindu dirasakan,dan jika difikir-fikirkan bagaikan tidak logik...masakan aku meminta kehidupan ini ditamatkan dengan segera lantaran ingin cepat menemuiMU..
Meninggalkan jemputan untuk memujiMu ditengah malam hanya sekadar seminggu telah mengundang pembentukan hati yang keras pada diri ini...terlalu cepat ia membentuk dan mengeras...Apa yang dilakukan bagaikan tidak kena..Arahan dan perintah yang dilaksanakan bagaikan kosong tanpa pengertian dan kepuasan.Tiada kepuasan dalam berdoa,tiada jiwa yang turut serta keluar mengikut bunyi-bunyi suara ketika doa itu dipanjatkan....
Kerisauan yang amat kerana baki umur yang tinggal semakin berkurang,sedangkan kudrat semakin luruh sedikit-demi sedikit dari tubuh ini..mengharapkan dana pada masa terdahulu boleh dihitung dengan jari,apatah lagi jika kualiti dan keikhlasan menjadi kayu pengukurnya...Aduh!..tipis betul harapan untuk terlepas dari pengadilan dan dikecualikan dari hukuman yang sekeras-kerasnya itu..jika tiada Rahmat dan pengampunanMu.
Doa ini semoga hidayah itu tidak dicabutkan dari jiwa ini dan rahmat itu tidak diputuskan walau sedetik oleh Mu..Sesungguhnya amat risau diri ini dengan kegelapan dan kesesakan ruang yang bakal dilalui..bila ajal menjemput tiba
Kerisauan:...sedangkan 5 minit sahaja dikolam air panas sudah memadai,inikan pula dengan api hitam yang amat panas, lantaran telah dinyalakan ribuan tahun..
No comments:
Post a Comment