Thursday, September 29, 2011

SEARH,WINGS ATAU KOPRATASA?


Terasa kesal sangat-sangat kerana gagal untuk mendirikan solat suboh,sedangkan mata telah tercelik, dan beralasan ”idling” sebentar cuma 5 minit sebelum bangun....maka akhirnya aku hanyut tertidur sampai ke siang..

Sepanjang perjalanan didalam kereta aku mengenangkan betapa tidak berterimakasihnya aku, sedangkan terlampau banyaknya nikmat yang aku terima dari Pencipta sehingga kini.

Alasan apakah yang aku hendak berikan, sewaktu aku diselubungi kegelapan yang amat sangat, beserta kesunyian,terperosok didalam ruang lahad yang amat sempit nanti..
Cuma kedengaran deru nafas (sendiri) yang sesak dengan peluh ketakutan mencurah-curah.Apakah dengan titisan air yang mengalir dari kelopak mata mampu mencuci laknat kerana dosa tidak bangun menyembah dan memujiMU.

Sial dan celaka kerana menzalimi diri sendiri.Sesungguhnya manusia (diri ini-pada ketika itu) amat sombong kerana menjual agama dengan harga nikmat dunia yang terlampau murah dan sedikit.

Betapa pedih rasanya bila besi cair dituangkan ketelinga (kerana kedegilan,walaupun telah beberapa kali diingatkan)-ku gambarkan: jika itu siksaan yang bakal diterima!! mengelegak otak dengan laung sakitnya sekuat hati...

Sesak nafas dan tak keruan memikirkan.Kemana hendak ku lari sedangkan ”sepanjang-panjang tali tetap ada penghujungnya”.Mati itu tetap tiba dan setiap solat yang tertinggal harus aku menjawabnya-atas alasan apa?..!!!

Meraung didalam hati ini memohon keampunan..apakah dosa ini akan terampun dan bagaimana pula dengan solat-solat yang tertinggal terdahulu? Sial dan celaka diri ini pada solat yang tidak ikhlas dan ”kyusuk”....setiap detik yang terlintas didalam hati ini PASTI diketahui oleh Mu...

Mudahnya lidah berkata-kata bahawa Tuhan itu Maha Pengampun...Dasar lidah tidak bertulang!!!Alasan yang hanya untuk meloloskan ketakutan diri sedangkan keputusan itu adalah hakNya.

Harapan semoga ”ketakutan” ini berterusan,demi untuk memastikan diri ini sedar akan siapa sebenarnya kita,yang hanya menumpang sombong diatas tanah yang bukan milik sendiri,sebelum nyawa disentap keras tanpa simpati ,pedih tidak keruan,dari batang kerongkong ..

Semoga Allah mengampun dosa ini.......


Kita ni tetamu senja-Kopratasa

No comments:

Post a Comment