
>Melilau aku mencari suatu tempat yg boleh diklasifikasikan sebagai pusat komuniti di tempat aku ini..(aku baru berpindah ke sini..).Suatu tempat berkumpulnya segolongan penduduk setempat untuk meneroka dunia I.T dan mencari informasi2 tertentu dilaman2 web yg dilayari melalui internet..dan ...akhirnya,Alhamdulillah pencarian aku berhasil..
Suatu niat murni yang harus dibanggakan oleh kita sebagai peribumi tanah ini,terhadap pembelaaan parti pemerintah utk menyedikan kemudahan2 pada rakyatnya supaya tidak tertinggal dalam dunia informasi yang tanpa sempadan ini.
Namun perasaan lega tiba2 bertukar menjadi kehairan bila diberitahu oleh pegawai perpustakaan (dibahagian bangunan lot bersebelahan) bahawa pusat tersebut belum pernah beroperasi semenjak bangunan tersebut dirasmikan 3 thn yg lepas,walhal segala kemudahan yang diperlukan sebagai sebuah pusat komuniti tersedia lengkap sudah utk digunakan.
Desas desus mengatakan bahawa tiada peruntukan untuk membayar kos pekerja pusat komuniti ini menjadi alasan utama mengapa ia masih lagi tidak beroperasi..untuk menjadi seorang yg bijaksana adalah tidak adil untuk membuat keputusan cuma berdasarkan kepada sumber disuatu pihak sahaja…
Terdapat 3 punca informasi yg boleh diperolehi secara mudah dan normal oleh kita ,iaitu melalui pergaulan,penelitian dan pembacaan,dan secara dasar semakin banyak kita terbabit dengan 3 sumber tersebut maka semakin banyak yg kita ketahui..
Dan tentunya yg terutamanya hasil dari “penyelidikan” kita (contoh utk isu diatas) tersebut bukanlah semata-mata “temporary data” yg perlu di”save”kan dalam pemikiran kita tetapi menjadi tanggungjawab kita utk memperbetulkan keaadaan…
Adalah suatu kerugian kepada diri,ugama,bangsa dan negara jika sumber ini adalah benar dan berasas…,dan tentunya utk mengetahui kesahihan cerita ini kenalah, “lihat peristiwa2 dan scenario2 semasa” disekeliling kita!...
hatta rezeki pun tidak pernah datang bergolek,inikan pula utk menentukan cerita yg benar…!
No comments:
Post a Comment