Friday, April 23, 2010

KORAN-DLM BAHASA INDONESIA


>Kasihan tengok akhbar-akhbar di Malaysia

Mengharapkan cerita-cerita sensasi utk lariskan jualan…kelakar rasanya bila berita-berita artisdiletakkan dimuka utama dada akhbar…

Apakah terlalu besarnya sumbangan "kebanyakan dari mereka" pada ugama dan bangsa (kecuali sumbangan pada negara-kerana itu yang diwar-warkan oleh orang orang kebudayaan dan kesenian)…sehinggakan ceritanya menjadi topik utama akhbar..?

Apakah motif sebenar akhbar menyiarkan berita artis tersebut,sedangkan pada masa yang sama ramai umat-umat islam Labenon dibunuh sewenang-wenangnya oleh Israil…mengapa ia tidak diletakkan dimuka akhbar…utk ditatapi oleh kebanyakan kita yg mengaku “brother/sister in islam”…? (bukan kumpulan NGO “sister in islam” yg sensasi itu…)

Hairan memikirkan mengapa masyarakat menobatkan beliau sedemikian rupa..dan dimanakah popularity wakil2 muslimah yg lain,seperti Siti Khadijah,Fatimah Bte Muhammad,si Isabella dizaman Andalusia itu dan Rabiatul Adawiyah (sebahagian sahaja dr contoh-contoh yg lainnya) dihati kita ini…?

Motif dari cerita ini adalah mudah…cerita semasa artis "kebanggaan" negara adalah lebih bernilai dan berharga utk disampaikan kepada umat”islam” negara ini dari cerita nyawa2 penduduk Palestin yg seumpama sampah di bunuh oleh yahudi itu…

Umpama pepatah orang2 lama.. “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..”..dan tindakan akhbar itu sebenarnya refleks kepada attitude kebanyakan dari kita sendiri yg cenderung kepada hiburan dan cerita2 artis yang hebat itu..

Keprihatinan kita kepada saudara2 islam yg lain adalah sama sahaja..dan kita sendiri mampu menjawab,tentang apakah “sumbangan” yg telah kita lakukan ukt saudara2 kita di Bosnia,Ambon,Thailand,Chechnya dan sebagaainya …umumnya adalah simpati sahaja,dan kemudian kita lebih suka mengalihkan pandangan/fikiran kita kepada dunia artis….yg glamour dan sensasi..



JEBAT


>Melaka mencapai zaman kegemilangan pada era pemerintahan Sultan Mansur Shah dan Sultan Alaudin Riwayat Shah,selepas itu ia tengggelam sehinggalah kesaat ini,walaupun “Tak Melayu Hilang Didunia” itu sering dilaung-laungkan oleh “kita”

Era kegemilangan Melaka bukan berteras kepada 5 pahlawan yg dikenali ramai,atau keris yg menjadi symbol orang melayu yg sering di “hunus-hunuskan” itu,tetapi adalah kerana islam yg dianuti dan dipraktikkan.

Sehingga kini ramai antara kita tidak mengetahui secara terperinci,siapakah si Tuah,“si setia penurut perintah membuta tuli”...yg digelar oleh sijebat derhaka .

“umpama sokong membawa rebah’,maka lahirlah si Jebat utk memperbetulkan keadaan.

“Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah” merupakan slogan si Jebat dalam menentang pemerintahan melaka yg korupsi itu..walaupun tidak popular dan dilabelkan sebagai penderhaka,namun sejarah membuktikan kebenaran tindakan beliau..

Fitrah..peristiwa itu akan sentiasa berlaku walau dimana2 sahaja,Cuma nama watak2 utama dan masa sahaja membezakan peristiwa siJebat dengan Sultan Melaka tersebut.

“Seseorang dlm diri kita” perlu menjadi seperti si Jebat,yang berani bersuara ,mengeluarkan pendapat,utk menunjukkan “stand” @ pegangan kita selama ini,namun tegas disini tidak bermaksud lansung tiada ruang utk berkompromi.

Sesuatu yg menarik melalui siri “The Apprentice” yg kita tontoni adalah Donald Trump menekankan individu yg berani mengeluarkan pendapat,sanggup menghadapi risiko,mempunyai ketrampilan sebagai pemimpin dan mempunyai semangat berpasukan adalah calon2 yg layak utk menyertai empayar Trump...dan siri itu sendiri sebenarnya mengajar kita jangan menjadi terlampau “humble” dan “low profile”,sebaliknya mengeksploitasi diri utk menunjukkan kita adalah seseorang yg berkredibiliti.

Apalah gunanya bersuara dibelakang tabir dan sesekala menyuarakan ketidakpuasan terhadap wakil yg diamanahkan.Amat sedih sekali jika kita hanya menyalahkan sesuatu pihak sedangkan kita sendiri yg sembrono memilih mereka utk berkuasa (mungkin isu kenaikan harga petrol boleh dijadikan contoh kot?..kot?)

Selagi subjek sejarah hanya dianggap utk peperiksaan sahaja dan selagi kita beranggapan “siapalah kita utk bersuara”,maka selagi itulah kita hanya menjadi pengikut,mengikut telunjuk sahaja…

Dan seperti fitrahnya,suara2 yg dilontarkan oleh “Si Jebat” itu memakan masa utk dibuktikan…hatta Dr Mahathir (yg dikagumi oleh kebanyakan orang) itupun tidak terkecuali..

Ceritanya?...ceritanya=jom kita “bersuara”..heh!heh!heh! ...jom REBEL!!!

"POWER OF KNOWLEDGE"-Bukannya Collin Power (tahukah anda siapa?)


>Melilau aku mencari suatu tempat yg boleh diklasifikasikan sebagai pusat komuniti di tempat aku ini..(aku baru berpindah ke sini..).Suatu tempat berkumpulnya segolongan penduduk setempat untuk meneroka dunia I.T dan mencari informasi2 tertentu dilaman2 web yg dilayari melalui internet..dan ...akhirnya,Alhamdulillah pencarian aku berhasil..

Suatu niat murni yang harus dibanggakan oleh kita sebagai peribumi tanah ini,terhadap pembelaaan parti pemerintah utk menyedikan kemudahan2 pada rakyatnya supaya tidak tertinggal dalam dunia informasi yang tanpa sempadan ini.

Namun perasaan lega tiba2 bertukar menjadi kehairan bila diberitahu oleh pegawai perpustakaan (dibahagian bangunan lot bersebelahan) bahawa pusat tersebut belum pernah beroperasi semenjak bangunan tersebut dirasmikan 3 thn yg lepas,walhal segala kemudahan yang diperlukan sebagai sebuah pusat komuniti tersedia lengkap sudah utk digunakan.

Desas desus mengatakan bahawa tiada peruntukan untuk membayar kos pekerja pusat komuniti ini menjadi alasan utama mengapa ia masih lagi tidak beroperasi..untuk menjadi seorang yg bijaksana adalah tidak adil untuk membuat keputusan cuma berdasarkan kepada sumber disuatu pihak sahaja…

Terdapat 3 punca informasi yg boleh diperolehi secara mudah dan normal oleh kita ,iaitu melalui pergaulan,penelitian dan pembacaan,dan secara dasar semakin banyak kita terbabit dengan 3 sumber tersebut maka semakin banyak yg kita ketahui..

Dan tentunya yg terutamanya hasil dari “penyelidikan” kita (contoh utk isu diatas) tersebut bukanlah semata-mata “temporary data” yg perlu di”save”kan dalam pemikiran kita tetapi menjadi tanggungjawab kita utk memperbetulkan keaadaan…

Adalah suatu kerugian kepada diri,ugama,bangsa dan negara jika sumber ini adalah benar dan berasas…,dan tentunya utk mengetahui kesahihan cerita ini kenalah, “lihat peristiwa2 dan scenario2 semasa” disekeliling kita!...

hatta rezeki pun tidak pernah datang bergolek,inikan pula utk menentukan cerita yg benar…!




AL-WAQIAH


>Jam sudah 5 pagi…(mood mcm dlm cerita p.ramlee…tp kurang sikit coz takde bunyi Doing!Doing! dr jam besar dimenara bangunan)..tapi mata ni masih terkebil-kebil cuba utk melelapkan diri…sedetik nikmat tidur itu ditarik,terasa betapa kecilnya diri ini..lansung tidak berupaya dan tidak mempunyai kekuasaan keatas diri sendiri.

Menerawang fikiran mengingatkan bahawa nikmatTtuhan kamu yg manakah yg hendak kamu dustakan?...wahyu itu hanya melekat dalam fikiran ini (hanya seketika) bila diri mula tersedar apabila apa yang dipinjamkan selama ini ditarik semula ( secara total ataupun seketika )

Kompleks utk memahami tentang diri sendiri,hatta itu yang dijawab oleh si iblis pada pertanyaan Muhammad bin Abdullah bilamana … “..hairan bila pada ketika sejahat2 manusia,masih terdetik ingatannya kepada Allah,dan pada sebaik baik manusia masih ia melakukan dosa tanda mengingkari perintah Tuhanmu…”

Betapa pemurahnya siPencipta bahawa tidur itu bukanlah sesuatu yang percuma diberikan kepada diri ini dan bukanlah sesuatu yg diciptakanNya dengan sia-sia…(jom buka terjemahan Al-Quran & selidiki wahyu yang menceritakan khusus tentang kejadian tidur ini.)

“..maka terangkanlah nutfah ( mani) yang kamu pancarkan,kamukah yang menciptakan atau Kami yang menciptakannya….” .Alangkah malunya bila mengenangkan “nikmat” yang disalahguna oleh sesetengah dari mereka sehingga menjadi punca kepada kekalnya industri tertua didunia (pelacuran) itupun sebenarnya bukan milik diri sendiri…

dengan nama Allah yang Maha Pengampun,marilah sama-sama kita saling “membuatNya tersenyum..”-(meminjam bait2 lirik Ebiet.G.Ade.)..sesungguhnya manusia itu amat pelupa dan amat tidak berterimakasih dan beruntunglah sesiapa yg berpegang pada “Surah Masa” siPencipta..

..dan sineraka (yg berwarna hitam lantaran terlampau lama membakar dan begitu panas sekali) dengan begitu marah seraya berkata kepada manusia.. “Apakah tidak datang seseorang kepadamu utk mengingatkan tentang perintah Tuhanmu sehingga kamu masih memilih selain dari itu?...”

Ampunilah dosa kami,ya Allah…

-Tazkirah jumaat

-Yg baik itu datang dariNya dan segala yg buruk itu adalah dr kelemahan diri ini sendiri

Thursday, April 8, 2010

KERONCONG UNTUK ANA


Kagum saya pd seorang makcik yg saya temui di pasar “car-boot sale” shah alam tempohari terhadap minat beliau dengan mawi..sehingga sanggup membeli baju yg bertandatangan mawi,walaupun harganya agak mahal berbanding dengan baju2 “printed mawi” yg lain…Ditanya mengapa beliau berbuat demikian,dengan selamba beliau menjawab “..saya fan club dia…” wow!bergitu bersemangatnya dia menjelaskan apa yg tersurat dlm hatinya…

Dalam perjalanan balik dr pasar tersebut,fikiran saya menerawang memikirkan peristiwa makcik tersebut sambil tertanya tanya, mengapa tiada “Muhammad bin Abdullah’s fan-club..atau “umar abd aziz’s fan-club atau mungkin “salahuddin al ayubbi fan-club” atau sebagainya?

Jika kebanyakan rakyat Malaysia,dari kanak2 sehingga yg bertongkat mengenali mawi,saya tertanya tanya,berapa ramaikah pula antara kita pula yang mengenali personaliti2 seperti Ar Razzi,Ibn Rusyd,Al Khindi,Thoriq Ziyyad,Al Khawarizmi,Salman Al Farisi , Umar mukhtar,Hassan Al Bana,Syed Kutb,Syed Seikh Al Hadi,Jalaluddin Al Rummi,Hamzah Fansuri, dan banyak lagi tokoh2 yg seagama dengan mawi?

Persoalan disini agak simple..mawi adalah hero dikalangan rakyat johor dan idola dalam bidang hiburan (kita berharap aura yg diberikan “secara bersyarat” oleh Allah s.w.t kepada beliau akan digunakan utk jalan agama),maka siapakah pula idola2 umat islam dalam matematik ,kimia, falsafah, ketenteraan ,ugama,politik,biologi,kejuruteraan dan sebagainya?

Contoh persamaan disini agak mudah…jika Ahmad mempunyai seorang ayah yg mewakili negara dalam bidang sukan dan menjadi idola peminat2 beliau pd zaman tersebut dan si Ahmad pula tidak mengetahui personality ayahnya,maka sudah semestinya siAhmad tidak berbangga terhadap ayahnya,sekaligus tidak mencari info mengenai siapakah ayahnya itu…

Dan jika kita sendiri tidak mengetahui dan tidak mengambil berat mengenai “isu remeh” siapakah personaliti2 itu,maka semestinya kita tidak akan mencari dimanakah kehebatan islam itu sendiri,kerana suatu ugama yg lemah tidak akan menghasilkan personaliti2 yg hebat didalammnya..

Dan semestinya untuk mencari data2 tersebut bermula dari sikap suka mencari dan suka membaca dan tentunya ianya tidak akan didapati dalam majalah2 Hai,Mangga,Variapop,Urtv atau rancangan2 seperti AF,one in the million,Malaysian Idol,Audition dan sealirannya.

BAGUS PUNYA!!


> Raut wajahnya yang lembut dan disulamani dengan senyum yang iklas,mengambarkan hatinya yang amat luhur dan santun,walaupun ketika itu dia berjalan dibawah mentari yang terik.

Ditangan kanannya tergenggam sepuluh jari-jari halus milik 2 orang anaknya,seorang kanak2 perempuan berumur 4 tahun dan adik lelakinya berusia setahun lebih,kukira berdasarkan fizikal dan perwatakan kanak2 tersebut..Sementara ditangan kirinya memegang sebatang besi bewarna putih yang boleh dilaras panjang dan pendeknya-tongkat untuk golongan cacat penglihatan.

Berdetik-detik bunyi tongkat putih tersebut berlaga dengan permukaan jalan tar.Pergerakan 3 beranak ini amat lancar dibahu jalan berbitumen itu,lansung tidak terganggu dek kenderaan-kenderaan yang dipandu laju sewaktu itu.Aku melihat dengan penuh minat dalam masa kelopak mata ini sudah sarat bertakung dengan air mata,hanya menunggu masa untuk gugur menitis,lantaran terlampau sayu melihat kehebatan perwatakan siibu tersebut.

Sayu melihat anak yang berusia sedemikian mampu memandu arah ibunya,dan sikecil pula pamit patuh seolah-olah mengerti untuk lansung tidak membenarkan dirinya menerbitkan sebarang kesulitan pada ibunya,dan siibu pula yang sentiasa tersenyum didalam kegelapan matanya mencari arah.

Subhanallah..alangkah bersyukurnya kita yang mampu melihat keindahan dunia ini.Sedetik ia tercabut,nescaya lupuslah sebahagian besar kenikmatan dunia ciptaanNya ini. .Sentiasalah bersyukur,kerana dengan sikap selalu berterimakasih dan tahu berterimakasih ini mampu menerbitkan rasa malu kepada Allah,dan mampu menjadi terapi paling utuh untuk mengelakkan salahlaku menggunakan deria penglihatan –video lucah.

Mungkin sebahagian besar beranggapan menontonnya hanyalah sebagai suka-suka dan bersifat sementara namun hakikatnya: ianya merupakan senjata paling ampuh golongan anti-islam dalam misi memusnahkan akidah,iman dan akhlak para muslimin muslimat.

Merujuk kata-kata Muhammad Abdullah bahawa mata itu menjadi buta lantaran melihat kemaluan,mungkin ini merupakan antara punca mengapa kita mempunyai hati yang keras ,tuli dan cacat deria penglihatannya.Wallahualam

AKTA @ ORDINAN?


Maha suci Allah,sesungguhnya manusia itu tidak mengetahui suatu apapun melainkan yg diberikanNya….Dengan pengetahuan yg sedikit itulah maka kita diajarkan untuk menuntut ilmu…dan itulah sebab permulaan ugama digua itu dimulakan dengan ilmu dan bukannya solat..
Kepelbagaian sumber itu penting utk menambahkan pengetahuan dan utk kita menilai yg mana benar atu palsu.Utk itulah kita perlu keluar dari kepompong keselesaan kita,mencari sumber yg “paranormal” .Dan tentunya utk kearah itu memerlukan kesabaran,keterbukaan minda
dan tentunya tidak menyeronokkan…

Kita tidak perlu berlaku jujur dan patuh kepada punca2 ilmu yg menjadi pegangan kita selama ini,kerana selagi data2 itu tidak dipertikaikan bermaksud belum tentu ianya benar,dan sudah semestinya jika pertikaian itu hendak dibuat,kita sendiri hendaklah bersifat terbuka..

Jika selama ini anda membaca berita harian/utusan malaysia atau The star,maka cubalah berjinak jinak membaca harakah,aliran,suara keadilan dan siasah..bukan bermaksud utk mencari cerita2 politik,tetapi terdapat artikel2 yg “clear” yg seronok utk dibaca (yg selalunya akan ditapis/dihalang oleh pihak2 tertentu dr disebarkan kepengetahuan umum).

Menarik utk dikongsikan bersama disini bahawa pembacaan akan generate fikiran kita jauh lebih berkesan berbanding dengan kita menonton tv…masa “tranquility” yg diambil semasa pembacaan akan memberi peluang otak utk memorise banyak fakta secara santai,berbanding tv,dimana otak dipaksa utk memori banyak fakta2 dalam masa yang terhad,kerana kurangnya keupayaan otak untuk menyaingi kelajuan setiap scene tv itu sendiri.

“knowledge is power”…kerana itulah juga musuh2 islam berjaya dalam misi mereka didunia ini ,dengan menggunakan konsep 3G.. “gold,glory & gospel”..telah terlalu lama misi ini digerakkan,sejak paderi2 dinobatkan sebagai pemerintah wahid negara2 kristian lagi…

“orang islam adalah orang melayu dan orang2 yg mengamalkan cara hidup dan budaya orang melayu”…samada ia dikira akta perlembagaan atau ordinan,ianya sama sahaja…utk mengklasifikasikan secara murah,siapa penganut islam itu dimalaysia ini…namun ketahuilah bahawa dari “..73 jalan itu,yg sampai hanya 1 jalan ..”(-mengambil lirik M.Nasir, “tanya sama itu hud-hud”),….lantaran itu wujudlah “freemason” pada setiap 72 jalan tersebut,dan tentunya mereka2 itu ada dikalangan kita sendiri….dan salah seorangnya adalah kamal atartuk….kenalkah anda?

Jika rakyat turki itu didaulatkan sebagai bapa permodenan,maka siapakah freemason2 di Malaysia ini…?

Jawapan=topik2 sejarah yg diajar dlm system pelajaran Malaysia pun cuba menutup fakta ini dr diketahui umum,nak tau kenalah banyak membaca utk cari “lucky draw” tersebut…

AHMADINEJAD


Saya masih ingat pada awal 80,saya didedahkan pd individu yg mempunyai karisma yg tinggi,iaitu Imam Khomeini,yg seterusnya menarik minat saya utk mengetahui manusia2 spesis ini,seperti Jose rizal,malcom X ,Mahatma ghandi,Machapagal,Umar Abd Aziz,Salahuddin Al Ayubi,Thoriq Ziyyad,Amru Al Ass,Syed Kutb dan banyak lagi ,dan profile/contoh semasa adalah presiden Ahmadinejad…juga presiden iran.

Perjuangan mereka terhadapa apa yg tersurat dihati membelakangklan kepentingan mereka kepada diri mereka sendiri.Umpama Rizal dan syed Kutb yg rela ditembak dan digantung..begitu juga Ghandi dan Machapagal yg tidak berharta walaupun berada dikedudukan yg paling tinggi dlm masyarakat..Sesungguhnya mereka yakin dgn perjuangan mereka disamping janji yg diberikan oleh “Penguasa” mereka.

Itulah yg membuat saya terfikir akan apa yg telah saya berikan pd si“Pemilik”sedangkan tanda2 waktu akhir semakin dekat..Menyorot artikel dr Harakah keluaran 16-31 Mac mengenai Fenomena matahari naik dari barat,(berdasarkan penemuan saintis2 barat terhadap planet marikh yg mula terhenti dan berpusing kearah berlawanan) amatsesuai utk kita renungkan bersama..samada amanah yg diberikan kepada kita sebagai khalifah telah terlaksana/sedang dilaksanakan..?