Thursday, April 8, 2010

BAGUS PUNYA!!


> Raut wajahnya yang lembut dan disulamani dengan senyum yang iklas,mengambarkan hatinya yang amat luhur dan santun,walaupun ketika itu dia berjalan dibawah mentari yang terik.

Ditangan kanannya tergenggam sepuluh jari-jari halus milik 2 orang anaknya,seorang kanak2 perempuan berumur 4 tahun dan adik lelakinya berusia setahun lebih,kukira berdasarkan fizikal dan perwatakan kanak2 tersebut..Sementara ditangan kirinya memegang sebatang besi bewarna putih yang boleh dilaras panjang dan pendeknya-tongkat untuk golongan cacat penglihatan.

Berdetik-detik bunyi tongkat putih tersebut berlaga dengan permukaan jalan tar.Pergerakan 3 beranak ini amat lancar dibahu jalan berbitumen itu,lansung tidak terganggu dek kenderaan-kenderaan yang dipandu laju sewaktu itu.Aku melihat dengan penuh minat dalam masa kelopak mata ini sudah sarat bertakung dengan air mata,hanya menunggu masa untuk gugur menitis,lantaran terlampau sayu melihat kehebatan perwatakan siibu tersebut.

Sayu melihat anak yang berusia sedemikian mampu memandu arah ibunya,dan sikecil pula pamit patuh seolah-olah mengerti untuk lansung tidak membenarkan dirinya menerbitkan sebarang kesulitan pada ibunya,dan siibu pula yang sentiasa tersenyum didalam kegelapan matanya mencari arah.

Subhanallah..alangkah bersyukurnya kita yang mampu melihat keindahan dunia ini.Sedetik ia tercabut,nescaya lupuslah sebahagian besar kenikmatan dunia ciptaanNya ini. .Sentiasalah bersyukur,kerana dengan sikap selalu berterimakasih dan tahu berterimakasih ini mampu menerbitkan rasa malu kepada Allah,dan mampu menjadi terapi paling utuh untuk mengelakkan salahlaku menggunakan deria penglihatan –video lucah.

Mungkin sebahagian besar beranggapan menontonnya hanyalah sebagai suka-suka dan bersifat sementara namun hakikatnya: ianya merupakan senjata paling ampuh golongan anti-islam dalam misi memusnahkan akidah,iman dan akhlak para muslimin muslimat.

Merujuk kata-kata Muhammad Abdullah bahawa mata itu menjadi buta lantaran melihat kemaluan,mungkin ini merupakan antara punca mengapa kita mempunyai hati yang keras ,tuli dan cacat deria penglihatannya.Wallahualam

No comments:

Post a Comment