Thursday, December 6, 2012

TIDUR- Pengalaman ngeri di hotel


Bergelimpangan! Agak ramai juga mereka yang mengalami situasi sama denganku, penat dan lesu ,lalu mengambil keputusan untuk baring diperkarangan masjid. Kukira kebanyakan mereka adalah para-para musafir sepertiku ataupun mereka yang berehat sementara menunggu sebelum sesuatu majlis ilmu @ solat fardu dilaksanakan dimasjid.

Kebanyakan masjid kini menampalkan papan kenyataan “dilarang tidur didalam masjid”,terutamanya dibucu-bucu belakang dewan sembahayang- Keputusan tersebut, samada dari jemaah masjid ataupun mungkin ianya arahan dari mereka yang mengaku arif agama - adalah bertujuan untuk mengelakkan masjid untuk menjadi “port” @ sarang melepak mereka yang tidak “berkenaan”. Mungkin dengan peraturan ini maka masjid itu kelihatan lebih terurus dan tenang sejauh mata , bertepatan dengan konsep bahawa masjid adalah tempat untuk bersolat dan mendengar kuliah agama sahaja,tidak lebih dari itu.

Walhal memberi kemudahan kepada mereka yang lesu itu untuk berehat sebentar itu adalah salah satu kebaikan yang diunjurkan agama, lebih baik daripada membiarkan mereka keletihan memaksa diri memandu yang mana kesudahannya akan menyebabkan kemalangan.

Konsep iktikaf dikecilkan skopnya, terhad kepada membaca al-quran didalam masjid dan duduk sopan berzikir sahaja. Sementara berehat sambil berlunjur berbaring tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada akibat tidur, walhal berzikir tidak semestinya didalam keadaan duduk malah zikir dapat dilaksanakan hatta didalam keadaan berbaring.

Kebanyakan mereka yang nuraninya dekat dengan masjid sahaja yang akan memakmurkan masjid dan berehat sebentar (tidur didalam masjid) adalah sebagai asbab sebelum mereka turut sama melaksanakan solat berjemaah didalamnya.

Tidak dinafikan terdapat sebahagian mereka yang tidak bertanggungjawab merosakkan kesucian masjid, namun jika skop masjid tidak dikecilkan ( hanya sebagai tempat beribadah sahaja) , nescaya masjid akan dimakmurkan dengan mereka yang minat pada agama . Dan lama-kelamaan, golongan “perosak” ini akan menjauhi masjid lantaran malu dan dek perbuatan mereka yang selalu dibatasi oleh kehadiran ramai para "jemaah" ini.

“Larangan tidur didalam masjid” yang diperkenalkan ini hanya menyerlahkan kelemahan ilmu para pencetus dan pendokong falsafah ini .Jika tidur tidak dibenarkan didalam masjid, maka semestinya tiada ibadat iktikaf berlaku didalamnya, kerana para abid tidak mampu melakukan ibadah secara berterus-terusan tanpa rehat dan tidur sejenak.

Dan polisi sebegini sebenarnya antara punca mengapa masjid bertukar konsep, daripada menjadi rumah Allah kepada monumen-monumen pelancongan untuk di lawati pelawat-pelawat dalam dan luar negara.

Sesungguhnya Allah itu Maha pemurah, suka memberikan imbuhanNya walaupun (kita) sekadar tidur yang berniat iktikaf. Tiba-tiba ada pula segolongan pembela agama manafikan/menolak kaedah pemberian pahala ini, walhal masjid ditanah haram yang suci itupun tidak pernah memberikan arahan ( “di larang tidur didalam masjid”) sebegini.

No comments:

Post a Comment