Thursday, December 20, 2012

LOKASI PERANGKAP HALAJU DIDALAM PERJALANAN ANDA


Sehari suntuk menghabiskan masa didalam perjalanan, untuk berurusan di 3 unit pendidikan islam, pejabat agama islam daerah, di Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Tujuannya adalah untuk membuat rayuan permohonan kemasukan anak sulungku ke tingkatan 1 aliran agama. Walaupun jarak keseluruhannya perjalanan agak jauh melangkaui lebih dari 200km (pergi dan balik) ,namun niat untuk melihat anak dibesarkan dan didiki melalui aliran agama mengatasi kepenatan ini.

Keputusan peperiksaan yang sederhana menyebabkan anakku tidak tercalon sebagai penuntut pilihan di Sekolah menengah agama (SMA) di Klang. Bilangan tempat yang terhad menyebabkan hanya 3 tempat kekosongan sahaja ditawarkan untuk sekolah rendah tempat anakku belajar.

298 adalah no giliran untuk perayu sepertiku di Kuala Selangor. Angka yang hampir sama juga direkodkan untukku pada 2 pejabat pendidikan islam yang lainnya. Nombor yang mengindikasikan bahawa begitu ramai ibubapa sekarang yang berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran agama, sekaligus menunjukkan kesedaran terhadap pendidikan islam begitu tinggi sekarang, berbanding pada zaman persekolahan ku yang lampau.

Pada ketika itu, ibu-bapa lebih gemar dan berlumba-lumba menghantar anaka-anak mereka ke sekolah berpendidikan barat dan mempunyai pengaruh barat, seperti Convent, Methodist, High School dan sebagainya. Sekolah–sekolah aliran agama dikategorikan hanya sebagai sekolah untuk murid-murid lemah ataupun tercicir dari pendidikan.

Semenjak tahun 1957 terlepasnya Malaysia dari cengkaman penjajah, dasar pendidikan negara hanya memperuntukkan hanya 2 buah sekolah menengah beraliran agama sahaja didaerah Klang, berbanding dengan ribuan pelajar-pelajar yang bermastautin didaerah ini.

Teramat malang kerana tawaran tempat yang terhad ini menyebabkan ramai pelajar-pelajar tidak mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan islam,dan akhirnya pelajar-pelajar dididik dengan pendidikan moden dan konvensional, sepertimana yang diinginkan oleh penjajah British- untuk melahirkan cendikiawan tempatan berfikiran inggeris.

Dan kesan dari pendidikan moden dan konvensional yang mendominasi pendidikan negara ini, telah teramat berjaya melahirkan generasi-generasi berfikiran sekular, berpenganut islam liberal dan sesetengahnya pula tidak mempraktikkan islam itu keseluruhannya, walaupun didalam kad pengenalannya mencatatkan agama resmi pemilik- pemilik kad pengenalan tersebut adalah islam

No comments:

Post a Comment