Sunday, September 9, 2012
BERUNTUNGNYA MENJADI AHLI SUKAN
Kerana awal penciptaannya diambil dari rusuk kiri, maka secara dasarnya kaum hawa itu mempunyai kedudukan terkebawah sedikit dari kaum Adam. Kelebihan diberikan pada lelaki pada segi faraid, jawatan sebagai ketua keluarga dan ugama , malah dari segi duniawi pun didalam banyak perkara, wanita diketepikan buat sementara , sehingga timbul pertikaian hak berdasarkan jantina.
Hakikatnya status kelebihan ini tetap tidak berupah walaupun kaum hawa mempertikaikannya. Kelebihan lelaki diberikan sedemikian rupa , kerana diatas bahu merekalah terpikulnya segala beban . Beban dari isteri, ibunya, anak perempuannya, adik perempuan juga anak saudara perempuaannya.
Berdasarkan kepada kerumitan dan kepayahan yang ditanggung oleh kaum lelaki, maka baru-baru ini satu ganjaran diberikan kepada mereka (kaum lelaki) ini, sebagai usaha mengenang jasa dan pengorbanan. Kemungkinan kelebihan ini akan diwartakan sebagai sebahagian dari undang-undang negara kelak berikutan pelopor idea ini datangnya dari mereka yang bergelar hakim (negara) yang adil dan bijaksana..
Lelaki yang merogol tidak akan dihukum berat diatas kesalahan merogol mereka, dan hukuman yang wajar kepada perogol sebegini hanyalah perintah berkelakuan baik selama 5 tahun. Maka menangislah simangsa rogol kerana tiada pembelaan keatas mereka , sebagaimana menangisnya keluarga si Aishah yang murtad lantaran tiadanya undang-undang negara yang memihak kepada mereka.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Sesudah hak sebagai rakyat dan pengguna dinafikan berikutan tidak undang-undang yang membela, sesudah dirogol mangsa diperbodoh-bodohkan. Maka berduyun-duyunlah kelak pemuda-pemuda menjadi perogol sepenuh dan separa masa, kerana tiket sebagai ahli sukan negara sudah cukup untuk melayakkan mereka untuk meniduri anak gadis , tanpa perlu dihukum.
Kepada mereka yang berhasrat merogol, peluang in perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Sesuatu kes pendakwaan rogol memerlukan khidmat guaman , yang semestinya melibatkan masa yang panjang dan kos yang mahal. Kemungkinan pendakwaan keatas kes rogol akan digugurkan adalah tinggi , kerana tidak semua rakyat mampu menyediakan khidmat guaman disebuah negara yang ”mendahulukan” rakyat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment