Thursday, August 2, 2012

MATA YANG MEMIKAT


” ...Ingin ku ludahi mukamu yang cantik,
Agar kau mengerti bahawa engkau memang cantik
Ingin ku cungkil keluar indah matamu
Agar kau tahu memang indah matamu
Harus ku akui bahawa aku pengecut
Untuk menciummu juga merabamu
Namun aku tk takut utk ucapkan
Segudang kata cinta padamu...”

( Penyanyi:Iwan Fals)

Walau sakarstik namun indah. Lirik yag ditulis menggambarkan jiwa tulus menggunung terhadap cinta , namun sentiasa kerdil lantaran sedari sentiasa diperhatikan siPencipta.

Terkadang sesuatu itu harus disampaikan dengan biadap, kerana kebiadapan itu mengejutkan fikiran yang manja terlena dan malas berfikir. Terkadang kejutan itu juga perlu untuk mengajar jiwa yang sombong tidak mahu menerima teguran.

Cara berfikiran yang diwarisi selama ini akan tersentak dengan bait kasar, namun dada yang tenang akan bermuhasabah dan cuba menerima apa yang diperdengarkan. Sesuatu yang tidak disukai tidak semesti tidak baik untuk diri, dan apa yang diinginkan tidak semestinya apa yang diperlukan.

”Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah aku dengan sifat berlapang dada, muliakanlah aku dengan ketakwaan serta indahkanlah aku dengan kesihatan” ( Riwayat ibn Najjar dari Ibn Umar )

Dada yang terbuka akan menerbitkan hati yang tenang dan sentiasa bersyukur terhadap segala apa yang diperolehi dan dilalui selama ini.. Dan mencabut nyawa sendiri itu adalah methode ketenangan yang gunakan oleh Earnest Hemingway (penulis), Van Gogh (pelukis) dan Kurt Cobain (penyanyi), walaupun diri secara fizikal telah mempunyai segala-galanya..

No comments:

Post a Comment