Wednesday, August 29, 2012
BOTOL TERPAKAI -bisness yang amat menguntungkan
1970an- Minuman beralkohol di iklankan sebagai minuman penambah tenaga pada mereka yang kelesuan. Penyiaran dibuat secara bebas dikaca TV ,sebagaimana bebasnya kalender-kalender separuh bogel diedarkan dipasaran ketika itu . Model-model wanita galak mendedahkan keseluruhan payudara mereka, sebagai halwa mata pemuda-pemuda tanah melayu pada ketika itu.
1980an- Segelintir golongan elit dan pertengahan melayu menyediakan mini-mini bar diruang tamu mereka. Aku yang masih kecil diwaktu itu tidak mengerti apa sebenarnya peranan mini bar .Fikiran mentahku hanya menafsirkan kombinasi botol-botol yang tersusun cantik itu berjaya mewujudkan satu pemandangan menarik didalam rumah –rumah tersebut.
1990an- Melata kelompok melayu meminum minuman beralkohol. Tanpa rasa bersalah malah merasa bangga (mereka) menunjukkan perbuatan meminum dikhalayak bangsa bukan muslim. Satu sketsa lazim golongan melayu baru yang berjaya dilahirkan oleh pemerintah nasionalis berfikiran sekular.
Era 2000- 7 eleven menjadi hypermart utama untuk membekalkan minuman berlkohol kepada non muslim, dan secara ”non-official” pada umat islam yang meminatinya. Minuman beralkohol adalah sebahagian daripada entiti negara. Kewujudan kilang pengeluar arak di Shah Alam dan Petaling Jaya diiktiraf oleh negara islam Hang Tuah, kerana ianya merupakan antara sumber pendapatan utama negara. Maka terselamatlah ia dari sebarang bantahan kerana negara berbangga dengannya (penjana ekonomi negara ) , sebagaimana berbangganya negara mempunyai ladang teh di Cameron Highland.
Sekitar 2010- Botol-botol dan tin arak bersepah dipersisiran pantai kampung-kampung melayu .Peminatnya adalah golongan belia-belia muslim manakala golongan tua hanya memejamkan mata, berpura-pura tidak mengetahui kewujudan perkara tersebut. Apa yang lebih penting (golongan tua) adalah menjuarai jawatan penting di masjid , JKK kampung dan exco parti pemimpin bangsa
”Janji ditepati” adalah slogan kemerdekaan 2012. Sedangkan ”janji ditepati” itu telah pun dinyatakan didalam Al Quran lebih dari seribu empat ratus tahun hijrah yang lampau. ”Janji” terhadap kerosakan itu pasti ”ditepati” jika arak menjadi kebiasaan, dan golongan yang menjual agamanya (untuk kesenangan yang sedikit lagi sementara) diberi peluang menjadi khalifah.
Golongan pemimpin ini tidak lain hanyalah pewaris pemikiran penjajah. Yang membezakan antara pewaris dan keturunan penjajah ini adalah pada kulit sawo matang dan hidung pesek yang mereka miliki.
”..Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta..”
(Surah AlAn'aam. Ayat 116).
Wednesday, August 15, 2012
DAJJAL (berwajah dua) - Bakal muncul di Malaysia/Asia Tenggara?
SABTURIA-dirogol dan dibunuh
(KOSMO,15 Ogos 2012)
Hanya 5 hari sahaja lagi menjelang Syawal, namun akhirnya, gadis ini telah dirogol dan dibunuh. Luluh hati ibuayah mendapati anak dibesarkan dengan penuh lelah dan payah ini akhirnya menemui ajal dengan cara yang amat sadis.
Sabturia adalah peserta terbaru mangsa rogol yang telahpun disenarai dan dipamerkan didada-dada akhbar. Terdapat beratus ribu lagi wanita dan gadis lagi diluar sana yang terdedah dan menunggu masa untuk dirogol dan dibunuh oleh pelaku yang lebih keji dari haiwan ini.
Dunia tidak pernah merekodkan sebarang jenis haiwan yang melakukan “rogol” kemudiannya membunuh mangsa rogolnya, walaupun perogol (haiwan) itu tidak berakal. Maka benarlah penafian khinzir itu, bahawa walaupun ianya diciptakan sekeji begitu tetapi manusia itu adalah terlebih keji darinya.
Seperti kebiasaan , kita hanya menggelengkan kepala tanda simpati dan kemudiannya melupakan peristiwa itu. Bilamana musibah itu tertimpa keatas kaum keluarga sendiri, maka barulah ketidakpuasan dan ketidakadilan itu dilaungkan, sekuat guruh namun sia-sia. Anak gadis, steri mahupun saudara perempuan yang telah dirogol dan dibunuh itu adalah tetap mati , dan nasi telahpun menjadi poridge yang begitu pahit untuk ditelan .
Seperi anjing menyalak bukit, salakan (keluarga mangsa-mangsa dan mereka yang bersimpati dengan kes-kes sebegini) tidak samasekali mampu meruntuhkan bukit. “Bukit” yang sombong berdiri dan mempertahankan bahawa undang-undang barat/sivil yang dilaksanakannya mampu mengatasi semua jenayah , termasuk perogol-perogol kejam sebegini.
“Bukit” akan tetap sombong berdiri kerana disekelilingnya terdapat “jutaan pepohonan dan pokok-pokok besar” yang mengikat kuat akarnya pada bukit itu -menandakan begitu ramai manusia yang menyokong undang-undang sivil/barat ini.
Jika Qisas itu dilaksanakan dikhalayak ramai maka adakah bakal perogol dan pembunuh ini masih bernafsu untuk melakukannya?.Apakah bakal perogol sebegini begitu berani dan merelakan dirinya dibunuh selepas beliau mencabut nyawa yang bukan haknya?
Hakikatnya, anak gadis, isteri dan saudara perempuan kita , sebenarnya menunggu masa untuk dirogol dan dibunuh, dan mereka yang “terpilih” hanya menunggu masa yang ditakdirkan kelak, dan kemudiannya (berita itu) di pamirkan didada-dada akhbar, .
Manusia itu amat sombong kerana memperlekehkan undang-undang ciptaan Tuhan. Pemerintah dan pengundi-pengunsi sistem ini wajar mendapat manfaat, diatas ketegasan mereka menafikan hukum Tuhan, walaupun dahi itu seharian semalaman mencecah ke sejadah.
Golongan ini sememangnya mempunyai 2 wajah. Pada satu wajahnya menampakkan dirinya sebagai hamba Tuhan yang taat (melaksanakan rukun iman dan islam), manakala pada satu lagi wajah yang lain menampakkan dirinya , sebenarnya , adalah kaki yang memperleceh dan memperbodoh-bodohkan Tuhannya.
Tuesday, August 14, 2012
MASALAH KULIT – Petua termurah untuk mengatasinya
Ku sisip helai –demi helaian beberapa buku yang dipamirkan didalam sebuah toko buku terkenal dinegara ini. Namun aku tidak menjumpai sesuatu titik yang boleh menarik hati ini dari terus membaca, apatah lagi untuk membeli. Kulit luaran yang mempunyai grafik menarik dan rona warna yang terang tidak semestinya mengambarkan isinya juga menarik. Pada satu perspektif, strategi pemasaran yang dilakukan oleh penerbit buku ini adalah berjaya kerana mampu menarik minat pembaca untuk datang menjengah.
”Font” dan ”spacing” yang besar diselangi lampiran gambar-gambar tertentu hanya menambahkan ketebalan buku sahaja lagi menambahkan harga buku, walhal intipatinya tidak setimpal dengan harga yang dijual. Walaupun ucapan terimakasih kepada dua golongan ini (penulis dan penerbit) wajar diberikan keranan berusaha menimbulkan minat membaca kepada rakyat malaysia ( yang malas membaca) , namun harga buku yang dijual lama kelamaan akan membunuh minat pembaca.
Buku yang baik tidak semestinya tebal, berkulit keras dan mempunyai muka buku yang menarik. Sebagai perbandingan, dibarat, terdapat buku-buku yang diterbitkan hanya dengan menggunakan kertas ”paper-bag” sahaja. Sesuatu yang kelihatan murah dan tidak berkualiti dari luarannya tidak semestinya menggambarkan initipati ceritanya yang turut murah. Terimakasih pada segelintir penerbit yang mengeluarkan buku ”edisi jimat” untuk maanfaat pembeli (pembaca yang mengalami kekangan kewangan).
Tamadun yang maju mempunyai masyarakat yang mementingkan ilmu. Mereka berusaha untuk menyalurkan ilmu dan maklumat kepada semua generasi dengan mewujudkan. kuasa membeli/memiliki (buku) pada masyarakatnya, tanpa mengira latar belakang ekonomi .Ultimatum kepada Modus operandi ini adalah untuk memastikan masyarakat gemar kepada pembacaan dan gemar mencari ilmu.
Sesuatu yang menarik terhadap gerai-gerai buku milik masyarakat tionghua di pusat-pusat membeli-belah. Buku mandarin yang murah, dengan pilihan yang varieti terhadap pelbagai genre pembacaan merupakan sebab utama mengapa kaum ini lebih suka membaca, lebih berinformasi dan lebih terbuka berbanding warga pribumi.
Air sungai Furat yang bertukar kehitaman suatu masa dahulu akibat dari dakwat yang terlarut (dari ribuan buku-buku ilmiah yang dicampakkan kedalam sungai oleh Hulagu Khan ketika menakluk Baghdad) mencerminkan masyarakat islam dizaman empayar Abbasiah yang obsess dengan membaca dan mencari ilmu.
Persamaan kita (umat islam @ bangsa melayu) dan mereka adalah berkongsi agama wahyu yang terakhir. Perbezaannya adalah, kita unggul menjuarai dari segi bilangan anak luar nikah yang dilahirkan dan bilangan penagih dadah yang ramai, kesan dari sistem sekularisma yang dipraktikkan selama ini.
Thursday, August 9, 2012
PESTA TRAFFIK LIGHT- Bakal dilancarkan!
Sekitar tahun 80an, sungai melaka itu sungguh menjijikkan. Biawak adalah fauna tersohor yang menjadi tandaniaga /trademark sungai Melaka. Sungai menjadi tempat utama pembuangan sampah kerana budaya penduduk Malaysia sebegitu yang tidak mempunyai tanggunjawab sosial.
Tahun 2012, sungai Klang itu tetap kotor kerana tabiat pengotor ini tidak mudah lekang dari minda penduduk Malaysia, yang mewarisi dari satu generasi ke satu generasi.. Sewajarnya sungai Klang ini dikomersilkan sebagaimana sungai Melaka, dan barulah penduduk Malaysia itu akan berubah.
Didepan traffik light ini, berpuluh putung rokok berlonggok pada satu sudut bibir jalan. Terkumpulnya bukan kerana disapu oleh pekerja bandaran, tetapi dikumpulkan seikhlasnya oleh hujan lebat malam tadi.
Longgokan ini kelak akan masuk ke parit lantas ke sungai, menjadi pewarna tambahan kepada airnya (sungai). Sebahagiaanya tenggelam kedasar dan sebagaiannya terapung, menjadi santapan mata yang memandang.
Sementara dibeberapa rumah ditaman perumahan ini lansung tidak memperdulikan longkangnya yang tersumbat. Longkangnya dibiarkan penuh dengan cebisan-cebisan rumput (yang dipotong dihalaman rumahnya sendiri), lansung memerangkap air yang mengalir. Parit sendiri dibiarkan menjadi menjadi syurga kepada nyamuk untuk membiak dan punca bau yang tidak disenangi - sumber penyakit yang mengancam kesihatan tetangga (Peduli apa pada mereka!).
Kunjungan ke Perth, Australia lansung tidak menemukan aku dengan parti-parit yang tersumbat, hatta putung-putung rokok diatas jalanan. Timbul perasaan malu kerana negara berpenduduk non-muslim itu lebih menjaga kebersihan berbanding umat islam dinegara ini (termasuk dikawasanku).
Tiada jiwa terhadap tuntutan kebersihan awam, secara dasar menggambarkan, nilai solat yang dikerjakan masih terdapat kudisnya , kerana pelakunya masih mempunyai sekelumit tahi pada rohaninya..
Tuesday, August 7, 2012
PUNGGUNG - Seksi lagi menggiurkan
Tertarik dengan satu slot dokumentari perubatan barat disaluran berbayar, berkisar modifikasi tubuh untuk menjadikkannya lebih angun. Teknolgi perubatan berkenaan menananam/meng”implan” silikon dipunggung bertujuan untuk mewujudkan ”absorber” yang legih bugar dan montok. Sesuatu yang hebat bukan kepada hasil yang dicipta tetapi kehebatan itu lebih merujuk kepada kesakitan dan siksaan yang perlu dialami oleh peserta tersebut, sebelum ia boleh memperolehi apa yang diinginkan..
Sesuatu yang dimodifikasi menjadi hebat atau sememangnya dilahirkan hebat perlulah dipelihara dan diberikan ganjaran yang setimpal. Jika ianya menjadi asset kepada pemiliknya maka wajarlah ianya dihargai , dan juga sebaliknya , dihukum jika bersalah atau ianya menimbulkan kemudaratan/keburukan kepada pemiliknya.
Dan bangsa melayu amatlah pintar dalam membuat justifikasi, kesimpulan dan menjatuhkan ganjaran atau hukuman kepada setiap perkara. Contoh yang paling klasik adalah menghukum bersalah negeri Cik Siti Wan Kembang kerana perbezaan ideologi, walhal (Cik Siti) mempunyai pertalian genetik yang sama.
Menghukum sebat punggung yang cantik disebabkan tangan yang melakukan kejahatan adalah contoh yang seronok untuk direnungkan. Menjatuhkan siksaan pada punggung yang tidak bersalah adalah sesuatu perlakuan yang zalim, walhal tanganlah yang patut dihukum.,dan hudud adalah satu method hukuman yang paling sesuai untuk membuang tangan-tangan yang tegar membuat kejahatan ini.
Melayu adalah pemerintah, pembuat dasar dan pihak yang berkuasa mengubal undang-undang..”Hudud yang ketinggalan zaman” adalah punca utama mengapa ianya (hudud) tidak akan digunapakai sama sekali . Tidaklah besar Tuhan itu kerana undang-undangnya boleh diperlekehkan, walhal pada setiap solat mulut melayu itu mengucapkan ”Allahhu Akhbar”.
Thursday, August 2, 2012
MATA YANG MEMIKAT
” ...Ingin ku ludahi mukamu yang cantik,
Agar kau mengerti bahawa engkau memang cantik
Ingin ku cungkil keluar indah matamu
Agar kau tahu memang indah matamu
Harus ku akui bahawa aku pengecut
Untuk menciummu juga merabamu
Namun aku tk takut utk ucapkan
Segudang kata cinta padamu...”
( Penyanyi:Iwan Fals)
Walau sakarstik namun indah. Lirik yag ditulis menggambarkan jiwa tulus menggunung terhadap cinta , namun sentiasa kerdil lantaran sedari sentiasa diperhatikan siPencipta.
Terkadang sesuatu itu harus disampaikan dengan biadap, kerana kebiadapan itu mengejutkan fikiran yang manja terlena dan malas berfikir. Terkadang kejutan itu juga perlu untuk mengajar jiwa yang sombong tidak mahu menerima teguran.
Cara berfikiran yang diwarisi selama ini akan tersentak dengan bait kasar, namun dada yang tenang akan bermuhasabah dan cuba menerima apa yang diperdengarkan. Sesuatu yang tidak disukai tidak semesti tidak baik untuk diri, dan apa yang diinginkan tidak semestinya apa yang diperlukan.
”Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah aku dengan sifat berlapang dada, muliakanlah aku dengan ketakwaan serta indahkanlah aku dengan kesihatan” ( Riwayat ibn Najjar dari Ibn Umar )
Dada yang terbuka akan menerbitkan hati yang tenang dan sentiasa bersyukur terhadap segala apa yang diperolehi dan dilalui selama ini.. Dan mencabut nyawa sendiri itu adalah methode ketenangan yang gunakan oleh Earnest Hemingway (penulis), Van Gogh (pelukis) dan Kurt Cobain (penyanyi), walaupun diri secara fizikal telah mempunyai segala-galanya..
Wednesday, August 1, 2012
Ekspedisi (XPDC)- Peluang percuma untuk mereka yang meminati
Terperangkap didalam lif selama 45 minit pada malam tempohari, memberikan satu ekspedisi ilmu yang tidak ternilai pada diri ini. Suasana pekat gelap gelita, cuma kedengaran sayup-sayup suara kanak-kanak bermain dan beberapa suara kecoh mengkhabarkan lift di apartment ini mengalami kerosakan.
Tanpa bekalan elektrik, suhu didalam lift tersebut seumpama sauna yang mula hendak memberikan kehangatan kepada pengunjungnya. Berpeluh, kaget dan panik menyeliputi diri ini. Adakah ini gambaran betapa gelapnya jika aku diletakkan didalam liang lahad kelak?. Bezanya cuma , aku masih boleh berlutut didalam lift dan berlunjur seketika untuk mententeramkan perasaan, berbanding dengan liang lahad kelak , dimana dinding lahad itu berada hanya seberapa jari dari muka ini, dan tubuh terkujur lurus tanpa dapat bergerak kekiri dan kanan, untuk mendapat posisi pembaringan yang selesa.
Sayup bunyi derupan tapak kaki kanak-kanak yang berlari dibahagian luar lift seolah –olah gambaran itulah bunyi yang bakal kudengar, ketika pengunjung mula meninggalkan aku bersendirian didalam pusara kelak , sementara menunggu cukup 7 langkah, sebelum datangnya sepasang saudara si penyoal kubur.... Pergh!!...pucat lesi diri ni mengingatkan saat-saat tersebut, apatah lagi dengan berbekalkan pahala yang tidak seberapa dan dosa yang melaut banyaknya...Jika didunia, kegelapan dan suhu berbahang sebegini dapat dielakkan dengan mencari punca-punca cahaya dan ruang-ruang terbuka , tetapi didalam lahad nanti pada siapa perlu aku meminta pertolongan? Sementelah ruang pembaringan hanya sekadar cukup untuk memuatkan tubuh ini..
Berpeluangnya aku keluar dari lift ini disertakan dengan rasa kesyukuran yang amat sangat. Baju yang lencun basah dek bahang dan ketakutan tadi sama sekali tidak aku rasakan , apabila melihat cahaya , sebaik pintu lift tersebut dibuka.. Alhamdulillah, aku bebas kini dari perangkap kegelapan , kesunyian dan ketidakselesaan ini, pada kali ini. Namun pasti suatu hari nanti aku (dan mereka semua) akan berjumpa semula dengan ”kegelapan” itu, tanpa dapat lagi untuk melarikan diri.
Subscribe to:
Comments (Atom)







