Thursday, May 31, 2012
SPORT RIM (RIM ALOI )- Senarai pembekal
Tiada sesuatu pun yang diilhamkan dan dicipta itu terlepas dari pertalian dengan kehebatan dan kekayaan si Maha Pencita. Perbincangan bersama teman semalam berkaitan perhubungan antara parit ciptaan manusia dan pembuluh darah ciptaan Allah adalah amat menarik untuk difikirkan. Kedua-duanya berperanan mengalirkan bendalir ke sesuatu destinasi tertentu.
Pembuluh darah diciptakan untuk membawa oksigen yang diperlukan oleh sel-sel tisu dan organ badan supaya dapat berfungsi dan hidup mengikut aturannya.Begitu jugalah terhadap penciptaan parit ,berfungsi untuk mengalirkan air dari suatu tempat pengumpulan di sesuatu aras yang tinggi ke satu aras yang lebih rendah darinya.
Parit yang tersekat kerana sampah sarap adalah seumpama aliran darah yang tersekat kerana pengumpulan dan penebalan lapisan kolestrol ditisu-dinding pembuluh darah. Sampah sarap tersekat yang menyebabkan pengumpulan kotoran dan bau busuk adalah seumpama virus/penyakit yang mula terbit , hasil dari pengumpulan toksin dibahagian aliran darah yang tersekat.
Manakala aliran parit yang jernih, subur dengan hidupan akuatik didalamnya dan deras mengalir adalah seumpama darah yang lancar mengalir melalui jutaan pembuluh darah dengan tekanan yang sempurna (dari gerakkerja jantung yang sihat), yang semestinya kaya dengan oksigen lantaran dari pernafasan yang sempurna ( dari dada dan bukannya dari perut).
Perbincangan bersama teman ini mengingatkan aku kembali tentang penciptaan gunung, yang terminologinya berfungsi untuk menstabilkan bumi ini dari bergetar semasa ia berputar pada paksinya. Konsep sama digunakan oleh penimbal logam yang dilekatkan pada rim aloi kenderaan , yang bertujuaan untuk menstabilkan roda dari bergetar semasa berputar...
Maha suci Allah, setiap penciptaan itu tentunya berkaitan dengan kehebatan penciptaanMu, hanya terpulang kepada individu untuk memikirkannya. Mengingati kata-kata pujangga termasyur dari Kung Fu Tze : ”..belajar tanpa berfikir itu adalah sia-sia, dan berfikir tanpa belajar itu adalah merbahaya’ ,menjelaskan bahawa ”pelajaran” yang diperolehi sepanjang proses kehidupan manusia didunia ini adalah hanya sia-sia jika manusia itu tidak memikirkan apakah tujuan sebenar mereka diciptakan di dunia ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment