Thursday, May 31, 2012
DOMINASI-Dari perkataan Domino's pizza?
Dominasi-dari perkataan Domino piza? ”...Kau pergilah dulu...lepas azan nanti aku akan menyusul...”..namun tiada kelibat sahabat ini datang berjemaah sekali sehingga salam yang kedua itu di berikan oleh imam yang memimpin solat asar tersebut.
Riak muka yang tidak ikhlas dan tona suara memperli dalam membalas jemputan solat berjemaah ini menerbitkan rasa terkilan dalam diri ini , namun jemputan itu harus diucapkan ribuan kali kerana fitrah kebanyakan manusia tidak menggemari kepada sesuatu yang melibatkan kebaikan lagi ketuhanan.
Seorang Mujahid tidak perlu kepada kekecewaan dan putus asa kerana hidayah itu datang dari arasy dan manusia itu tidak mempunyai hak dan kudrat untuk mengubah sesiapa untuk menjadi baik. Sekadar jemputan kearah kebaikan sudah memadai, sebagai bukti untuk melepaskan simujahid dari dipertanggungjawabkan , didepan yang maha Esa kelak.
Jika kebaikan itu mudah masakan segelintir nabi itu tidak dapat membawa isterinya, anaknya mahupun saudaranya sekali menyahut seruan Tuhan. Perbezaan seribu lima ratus tahun antara zaman rasulullah dan kita menjadikan generasi akhir zaman didominasi populasinya oleh golongan fasik, munafik dan kafir yang terdiri dari penganut-penganut agama wahyu terakhir ini,..dan kebanyakan dari kita telahpun menjadi sebahagian dari golongan-golongan ini,samada secara sedar atau tidak.
Tugasmu hanya menyampaikan dan bakinya adalah mengikut perancangan Tuhanmu. Senyumlah dan menggembirakanlah hatimu kerana mungkin dipenghujung jalannya sahabat itu akan dikurniakan hidayah dan memperolehi rezeki yang meruah berbanding dirimu sendiri.
Sesungguhnya Tuhan itu maha pemurah dan maha bijaksana, dan Dia lebih mengetahui setiap pengakhiran hidup setiap insan- makhluk yang dibantah penciptaannya oleh malaikat pada satu ketika dahulu
Nota:Satu proses muhasabah diri...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment