Friday, May 11, 2012
LOUDSPEAKER (murah & berjenama untuk dijual)
Sayup–sayup terdengar bunyi azan diwaktu subuh. Sepatutnya dengan ketumpatan udara yang lebih pada waktu awal pagi ini, maka bunyi itu lebih mudah didengari lantaran disebarkan melalui getaran partikel2 udara yang lebih rapat dan banyak. Namun tiada bezanya tona azan itu samada dilaungkan waktu siang, malam mahupun subuh...
Pembesar suara di masjid-masjid negara ini, terutamanya dikawasan luar dan pinggiran bandar mempunyai persamaan yang sama, lusuh dan hampir bisu. Kekangan kewangan menyebabkan peranan pembesar suara hanyalah menjadi tahi gigi dicelah-celah gusi sahaja, dibandingkan lain-lain prasarana masjid yang perlu diupgraditasikan.
Masjid yang telah dan akan dibaikpulih hanya lebih menekankan kepada pembangunan fizikal sahaja. Masjid perlu dicantikkan dan diberi prasarana yang lebih selesa , dan pembesar suara yang telah usang itu tetap terlupa atau sengaja dilupakan untuk ditukar ganti kepada sistem yang lebih canggih...Maka tetaplah sama ”pitch” suara pembesar suara itu pada setiap azan.
Samada sengaja pembesar suara itu ditinggalkan dalam peruntukan kerja-kerja menaiktaraf (upgrade) ataupun jawatankuasa tidak memahami kepentingan pembesar suara itu, jawapannya tetaplah sama,..tiada seruan yang akan mencecah kegegendang telingan umat-umat melayu.
Mengajak manusia ke masjid tidaklah sama seperti mengajak makmum menonton ”English Primeir League” di skrin TV..Ramai makmum yang sanggup bertabligh kekedai mamak ataupun berqiamulail ditengah malam semata-mata untuk melihat pasukan bolasepak mereka beraksi.
Jika manusia itu tidak mampu untuk ke/dibawa ke masjid,maka bersesuaianlah agar azan dan bait-bait ilmu (dari majlis ilmu) itu dibawa masuk ke telinga pendengar. Sekurang-kurangnya akan terdetik dihati manusia ini untuk menjengah masjid didalam kariahnya sendiri, yang jauhnya hanya sepelaung dua sahaja (selepas berkali-kali gegendang telinga digegarkan dengan laungan azan dan bait-bait ilmu dari majlis-majlis ceramah).
Atas dasar itulah maka pembesar suara itu amat penting untuk menyampaikan seruan pada umat melayu yang sesetengahnya terpaksa dan segelintirnya rela untuk memakmurkan masjid...(dan kebanyakannya tidak perdulipun peranan masjid ). Nabi Muhammad SAW bersabda : “Apabila kamu melewati taman-taman surga, minumlah hingga puas. Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksud taman-taman surga itu?" Nabi Saw menjawab, "Majlis-majlis taklim (ilmu)." (HR. Ath-Thabrani)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment