Monday, March 19, 2012

SAYA ADALAH WARGANEGARA


Kisah hakim menjatuhkan hukuman setahun penjara pada seorang bekas imam adalah sesuatu yang memalukkan sistem perundangan negara ”madey” ini..hanya kerana kes membaling selipar pada hakim maka imam tersebut dipisahkan dari 7 anak dan isterinya ,untuk dipenjarakan kerana perbuatan menghina mahkamah, walhal isu rasuah yang cuba diketengahkan oleh iman tersebut dipandang sepi sahaja.

Di suatu sudut yang lain,seorang penganggur yang terpasa mencuri setin susu tepung untuk keperluan anaknya dijatuhkan hukumaan penjara selama setahun.Mencuri yang terpaksa kerana kemiskinan melampau dan ketidakmampuan kewangan, dan tiada pihak berwajib (yang sememangnya ditubuhkan untuk menangani masalah seumpama ini) tampil kedepan membela .

Disudut yang lain pula seorang bekas penghulu segala menteri didakwa dengan tuduhan rasuah berjuta ringgit, hanya dihukum penjara selama 12 bulan oleh mahkamah yang mulia. Sesungguhnya para hakim itu memang mulia, kerana meletakkan hukuman mengikut citarasa mereka dan sipesalah tersebut masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan berdasarkan meritnya sebagai mantan penghulu segala menteri sebuah negeri berdarul...

Undang-undang memang adil, adil pada rakyat kelas bawahan tetapi keadilan terpilih lagi ”boleh diperbincangkan” kepada golongan eksekutif terpilih. Hakim yang mulia adalah rakyat bersatus penganut agama wahyu didalam kad pengenalannya, tetapi status tidak mencerminkan apa yang dianuti dan diamalkan..maka tepuk dada dan tanya lah kepala. Sesungguhnya individu yang tidak mempunyai sarjana undang2 pun mampu menjustifikasikan dimanakan kebenarannya.

Rakyat adalah mereka yang mempunyai pemikiran kelas ke tiga dan boleh diperbodohkan kerana sebagai individu berstatus ” mulia”, hakim mempunyai kuasa eksekutif dan kuasa mutlak yang teramat suci dan tidak boleh dipertikaikan, sekali-kali.

Maka Maha bijaklah Tuhan itu kerana menciptakan hari pembalasan, sebagai hadiah untuk meraikan hakim-hakim sebegini dengan api neraka yang amat hitam lagi panas, kerana keadilan yang mereka laksanakan.

KATANA-PEDANG SAMURAI


Bosan...kulihat jam baru menganjak jam 3.30pm...masih berbaki 2 jam sebelum tamat waktu bekerja...terasa kekosongan jiwa seketika dan bengap fikiran.,namun masa tidak boleh kubiarkan berlalu begitu sahaja.

Alhamdulillah,aku mampu menulis,mencoret apa sahaja yang terlintas difikiranku. Berketap-ketip bunyi papan kekunci kutekan sambil fikiran menerawang menyusun bait-bait perkataan.

Aku tidak mempunyai kemahiran begini sewaktu waktu dahulu, apatah lagi mengikuti kursus tertentu untuk menjadi seorang penulis ultra-amatur...Masa silamku yang kupenuhkan dengan aktiviti membaca dan sifat suka meneliti perubahan peristiwa dipersekitaran menyebabkan aku merasakan terlampau banyak perkara yang perlu aku luahkan,untuk dibincangkan dan dikongsi bersama untuk dibaca..apatah lagi aku memang seorang yang pendiam.

Sebagai seorang yang pendiam,bersifat low-profile dan mempunyai kefasihan pertuturan yang terhad membataskan aku untuk menyalurkan idea atau nasihat kepada rakan taulan,
sedangkan ilmu yang ada itu wajib disampaikan walaupun sepatah...maka dengan itulah aku memilih media penulisan untuk menyampaikan dan berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini.

Sepertimana siburung yang menampung air didalam paruhnya untuk menyiram api yang menjulang membakar nabi ibrahim, keputusan yang diambil tidak memberi impak besar untuk memadamkan api yang mengganas,tetapi penglibatan dan usaha yang dilakukan itu mampu menidakkan hukuman SiPencipta kepada makhluk yang tidak ”membantu” nabi
ibrahim ketika itu.

Setiap insan mempunyai peranan sebelum diturunkan dan terpulang kepada masing-masing untuk menyampaikan dakwah dan agama wahyu ini menurut pendekatan dan kemahiran dan kapasiti masing-masing.

Manusia itu tidak dilahirkan untuk menjadi sesuatu, tetapi dibentukkan untuk menjadi sesuatu..sesuatu tidak akan datang bergolek dan sesuatu tidak akan menjadi secara magis dalam masa singkat..Penulisan berkadar dengan masa dan kekerapan menulis.Semakin tinggi kekerapan menulis semakin mudah kita menyalurkan pendapat dan ilmu yang ada,dan jika anda juga seperti saya,marilah bersama menjadikan penulisan sebagai wadah perjuangan kita..

Sesungguhnya pena itu lebih tajam dari mata pedang...semoga ketajaman itu dapat mengikis karat yang menebal melekat pada hati,....semuanya dengan keizinanNya.

Tuesday, March 13, 2012

KILLER-IRON MAIDEN


Akal yang sempurna adalah akal yang menjustifikasi sesuatu perkara dari pelbagai sudut. Justifikasi yang dibuat didalam keadaan keterbukaan fikiran tanpa emosi,walaupun berat hati untuk menerima. Data-data kolektif sebelum justifikasi dibuat adalah diambil dari pelbagai genre dan perspektif pendapat.

Namun fitrah manusia selalu menjatuhkan hukuman/verdict melalui emosi kerana melalui emosi sesuatu perkara lebih mudah ditafsir dan di ”conclude”kan berbanding fikiran yang memerlukan masa untuk penelitian dan pertimbangan.

Maka amat sesuailah berita-berita yang dimuatkan dimuka depan akhbar-akhbar tempatan..Sesuai untuk dinilai oleh mereka yang mendahulukan emosi dari fikiran. Berita yang diperolehi, digarap dan dijustifikasi dari pelbagai pendapat yang sealiran dan penuh dengan sifat ”bias” pada sesuatu perkara.

Fitnah ,mengadu domba ,hasutan dan bersangka buruk adalah elemen-elemen penting yang tersirat disebalik berita yang diwar-warkan. Fitnah menjadi ”dessert” dan perasa dalam penulisan berita tanpa merasa sedikitpun kesalahan.

Terdapat perbezaan besar antara pembaca tempatan yang majoritinya berugama islam dan mereka yang non muslim di barat.Walaupun berbeza ideologi dan persepsi pada sistem ketuhanan, umumnya kebanyakan mereka (non-muslim barat ini) akan menyelidiki apa sebenarnya yang cuba diperkatakan oleh editor-editor suratkhabar dan sifat ingin tahu tersebut akan akhirnya akan menjawap persolan, samada berita yang disiarkan didada akhbar itu adalah benar atau tidak.

Berbeza dengan pembaca tempatan yang suka untuk menjatuhkan/menjustifikasikan sesuatu berita cuma berdasarkan berita yang disiarkan tanpa membuat rujukan mendalam atau membuat perbandingan dari sumber-sumber alternatif yang bertentangan dengan pendapat/idealogi.

Tiada lansung sifat keterbukaan didalam hati ,dan tidak bersedia menerima fakta yang bercanggah dengan apa yang dianuti sebelum ini...Mungkin kerana genetik melayu dibesarkan, diperkayakan dan perlu dibanggakan dengan sifat sebegitu..Jika tidak masakan Si Tuah begitu sombong mengatakan bahawa melayu tidak akan hilang didunia...” (..sedangkan telahpun ramainya melayu yang ”hilang” kerana menganuti kristian dewasa ini).

Berfikirlah sebelum menjatuhkan ”verdict” pada sesuatu perkara yang dibaca , kerana apa yang difahami besar kemungkinan besar akan diwar-warkan dan diperbualkan dan kenyataan yang tidak benar sebenarnya menjadikan kita hanya menyebarkan fitnah sahaja..

Moral: Pembunuh yang diparol atau yang telah menjalani hukuman bunuh sebenarnya adalah lebih baik dari kebanyakan kita , kerana ”weightage”/ kapasiti kesalahan membunuh mereka adalah lebih ringan dari kesalahan memfitnah yang sering kita lakukan.

KEGAGALAN BUAH PINGGANG


Terasa sedikit kesulitan ketika membuang air kecil. Sedikit kengiluan kerana berdasarkan warna air kumbahan yang dibuang adalah tidak jernih menandakan terdapat partikal-partikal garam yang terhasil dan melukai saluran pembuangan air kecil.

Namun, syukur Alhamdullilah dipanjangkan kerana masih mampu melaksanakan hajat, berbanding mereka yang tersiksa kerana didiagnosa batu karang.

Terfikir, didalam sehari berapa kali aku buang air dan berapa kalikah aku ucap tanda bersyukur? Jika tiba-tiba nikmat itu ditarik,bagaimanakah keadaan dan keselesaan kit a diwaktu itu?.

Pernahkan dalam sehari kita bersyukur kepada mata yang memberikan kita penglihatan, terimakasih kepada telinga yang memberi peluang kita mendengar, terimakasih kepada kaki yang membawa kita pergi ke pejabat dan terimakasih kepada tangan yang memudahkan kita menaip dan menulis?.

Semuanya itu (”terimakasih”) tidak kita lakukan sehinggalah kita telah mula terasa kehilangan upaya / cergas atau selepas kita kehilangannya buat selama-lama..Dan jika kita berumur 40tahun,maka selama itulah semua anggota ini telah berkhidmat untuk kita.

Kita cuma mengeluh pabila anggota-anggota ini mula sakit,walhal perkhidmatan yang diberikan selama ini lansung tidak diberikan penghargaan dan tanda terimakasih.

Manusia lumrahnya menganggap semua yang dimiliki adalah milik total mereka.Dari rupa yang menawan, tubuh yang sasa/ramping, kulit yang cantik dan sebagainya adalah milik abadi kita....Hakikatnya yang kita miliki cumalah roh sahaja dan semua anggota jasad yang ada itu hanyalah pinjaman dan kelak akan dipulangkan semula untuk disimpan diliang lahad.

Ucaplah syukur sebanyak-banyaknya diatas pinjaman yang diberikan kerana orang yang selalu bersyukur pasti akan digandakan kenikmatan yang ada padanya..Tidak rugi menjadi orang yang selalu bersyukur, kerana melalui berterimakasih itu kita akan sedar siapakah kita ini...makhluk yang sesat dan terlebih sesat dari binatang ternak (lantaran tidak menggunakan pendengaran,penglihatan dan hati sebaik-baiknya.)