
Terasa sedikit kesulitan ketika membuang air kecil. Sedikit kengiluan kerana berdasarkan warna air kumbahan yang dibuang adalah tidak jernih menandakan terdapat partikal-partikal garam yang terhasil dan melukai saluran pembuangan air kecil.
Namun, syukur Alhamdullilah dipanjangkan kerana masih mampu melaksanakan hajat, berbanding mereka yang tersiksa kerana didiagnosa batu karang.
Terfikir, didalam sehari berapa kali aku buang air dan berapa kalikah aku ucap tanda bersyukur? Jika tiba-tiba nikmat itu ditarik,bagaimanakah keadaan dan keselesaan kit a diwaktu itu?.
Pernahkan dalam sehari kita bersyukur kepada mata yang memberikan kita penglihatan, terimakasih kepada telinga yang memberi peluang kita mendengar, terimakasih kepada kaki yang membawa kita pergi ke pejabat dan terimakasih kepada tangan yang memudahkan kita menaip dan menulis?.
Semuanya itu (”terimakasih”) tidak kita lakukan sehinggalah kita telah mula terasa kehilangan upaya / cergas atau selepas kita kehilangannya buat selama-lama..Dan jika kita berumur 40tahun,maka selama itulah semua anggota ini telah berkhidmat untuk kita.
Kita cuma mengeluh pabila anggota-anggota ini mula sakit,walhal perkhidmatan yang diberikan selama ini lansung tidak diberikan penghargaan dan tanda terimakasih.
Manusia lumrahnya menganggap semua yang dimiliki adalah milik total mereka.Dari rupa yang menawan, tubuh yang sasa/ramping, kulit yang cantik dan sebagainya adalah milik abadi kita....Hakikatnya yang kita miliki cumalah roh sahaja dan semua anggota jasad yang ada itu hanyalah pinjaman dan kelak akan dipulangkan semula untuk disimpan diliang lahad.
Ucaplah syukur sebanyak-banyaknya diatas pinjaman yang diberikan kerana orang yang selalu bersyukur pasti akan digandakan kenikmatan yang ada padanya..Tidak rugi menjadi orang yang selalu bersyukur, kerana melalui berterimakasih itu kita akan sedar siapakah kita ini...makhluk yang sesat dan terlebih sesat dari binatang ternak (lantaran tidak menggunakan pendengaran,penglihatan dan hati sebaik-baiknya.)
No comments:
Post a Comment