
Bosan...kulihat jam baru menganjak jam 3.30pm...masih berbaki 2 jam sebelum tamat waktu bekerja...terasa kekosongan jiwa seketika dan bengap fikiran.,namun masa tidak boleh kubiarkan berlalu begitu sahaja.
Alhamdulillah,aku mampu menulis,mencoret apa sahaja yang terlintas difikiranku. Berketap-ketip bunyi papan kekunci kutekan sambil fikiran menerawang menyusun bait-bait perkataan.
Aku tidak mempunyai kemahiran begini sewaktu waktu dahulu, apatah lagi mengikuti kursus tertentu untuk menjadi seorang penulis ultra-amatur...Masa silamku yang kupenuhkan dengan aktiviti membaca dan sifat suka meneliti perubahan peristiwa dipersekitaran menyebabkan aku merasakan terlampau banyak perkara yang perlu aku luahkan,untuk dibincangkan dan dikongsi bersama untuk dibaca..apatah lagi aku memang seorang yang pendiam.
Sebagai seorang yang pendiam,bersifat low-profile dan mempunyai kefasihan pertuturan yang terhad membataskan aku untuk menyalurkan idea atau nasihat kepada rakan taulan,
sedangkan ilmu yang ada itu wajib disampaikan walaupun sepatah...maka dengan itulah aku memilih media penulisan untuk menyampaikan dan berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini.
Sepertimana siburung yang menampung air didalam paruhnya untuk menyiram api yang menjulang membakar nabi ibrahim, keputusan yang diambil tidak memberi impak besar untuk memadamkan api yang mengganas,tetapi penglibatan dan usaha yang dilakukan itu mampu menidakkan hukuman SiPencipta kepada makhluk yang tidak ”membantu” nabi
ibrahim ketika itu.
Setiap insan mempunyai peranan sebelum diturunkan dan terpulang kepada masing-masing untuk menyampaikan dakwah dan agama wahyu ini menurut pendekatan dan kemahiran dan kapasiti masing-masing.
Manusia itu tidak dilahirkan untuk menjadi sesuatu, tetapi dibentukkan untuk menjadi sesuatu..sesuatu tidak akan datang bergolek dan sesuatu tidak akan menjadi secara magis dalam masa singkat..Penulisan berkadar dengan masa dan kekerapan menulis.Semakin tinggi kekerapan menulis semakin mudah kita menyalurkan pendapat dan ilmu yang ada,dan jika anda juga seperti saya,marilah bersama menjadikan penulisan sebagai wadah perjuangan kita..
Sesungguhnya pena itu lebih tajam dari mata pedang...semoga ketajaman itu dapat mengikis karat yang menebal melekat pada hati,....semuanya dengan keizinanNya.
No comments:
Post a Comment