Monday, February 20, 2012

SEKSI GILER!!



Simpati melihat model-model wanita didalam majalah-majalah hiburan di Malaysia.Dipergunakan sepenuhnya oleh media percetakan, dan mereka (model-model ini) diberi ”sedikit pampasan dan penghargaan” diatas kerjasama kerana ”menjualkan” aurat untuk tontonan awam.

Wanita sebegini tidak sedar akan kemampuan luarbiasa mata-mata yang menilai mereka,
Tiada apa yang difikirkan oleh mata-mata bernafsu liar,bahawa wanita begini selayaknya
disetubuhi kerana terdapat kemanisan pada tubuh yang dipamerkan.

Umumnya marah sekiranya pandangan liar dan persepsi negatif ini ditujukan kepada mereka, namun tiada ”sambutan” berlaku jika tiada ”penawaran” dari mereka sendiri.

Dari mata turun ke hati ,makan bertakhtalah nafsu lantas melihat kulit gebu yang diseliputi selembar kain,yang hampir terbuka lantaran sengaja diselak..yang akhirnya nafsu tersebut akan dilampiaskan keatas saudari-saudari kita yang lain yang tidak mempunyai kaitan perhubungan ,(dilampiaskan nafsu itu) samada secara sukarela mahupun dipaksa..

Sampaikanlah salam dan pesanan kepada saudari-saudari kita kerana mereka adalah liabiliti kepada keluarganya ,keatas suaminya,ayahnya ,saudara lelaki dan anak lelakinya.Sesuatu yang bernilai sebenarnya perlu dipelihara dan dirahsiakan dari pengetahuan umum lantaran betapa mahalnya nilainya,dan sesuatu yang bernilai adalah sesuatu yang tidak berharga ,tidak bermaruah dan boleh ”disentuh & dijamah” oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira pertalian darah mahupun bangsa.

Umumnya mereka merasa mereka disanjung kerana kecantikan yang dimiliki,walhal sebenarnya mereka dinilai sebagai perempuan bertelanjang yang selayaknya ditiduri..
Beusahalah menutup aurat dan berusahalah menjadi wanita solehah ,kerana islam memuliakan kaum wanita dan sebaik-baik hiasan adalah wanita yang solehah.

Penghargaan itu sebenarnya akan datang melalui agama ,dan bukannya penghargaan yang diharapkan datang dari mata-mata liar yang memandang penuh bernafsu.

No comments:

Post a Comment