
Kadangkala hidup ini perlu disunyikan.Disunyikan dari segala derai ketawa dan dari secala atucara kehidupan.Melalui kesunyian seperti ini, nafsu dapat dipegunkan dan fikiran dapat dipusatkan kepada perjalanan diri ini, untuk menganalisa diri ,samada timbangan yang terkumpul ketika ini lebih berat kesebelah kanan ataupun sebaliknya.
Bersunyian adalah perlu untuk memahami akan kata-kata Muhammad bin Abdullah bahawa ,sekiranya kita mengetahui apa yang diketahui oleh belia,maka kita akan lebih terdiam dan lebih banyak menangis .Semoga kita yang girang tertawa sekarang tidak akan menangis kelak , kerana kurangnya menangis ketika masih bernyawa dahulu.
Seronok dan nikmat yang dikecapi didalam kehidupan ini tidak akan kekal lama.Kehidupan yang selesa dengan istana yang tersergam indah, dikelilingi zuriat tersayang dan pasangan hidup yang dicintai, dikelilingi oleh teman-teman setia...nescaya suatu hari nanti akan PASTI akan tiba HARI perpisahan,dan pasti kita akan meninggalkan mereka.Bersendirian dipusara ,keselesaan kamar abadi kepunyaan sendiri adalah bergantung kerpada apa yang kita lakukan sekarang.
Kenikmatan dunia bukanlah tempatnya untuk Muhammad bin Abdullah serta pengikut-pengikutnya.Menangislah semahu kita kerana mereka yang bijak adalah mereka yang sering mengingati kematian.Jika kita membenarkan apa yang dinyatakan oleh Nabi tersebut dan dapat menilaikan diri sendiri ,sebenarnya kita adalah terlalu jauh dari golongan yang bijak , hatta lebih ”bodoh” dari haiwan ternak...
Setiap manusia itu akan melalui fasa-fasa perjalanan yang berlainan mengikut peredaran usia.Dikala kesempatan yang masih berbaki ini marilah ber-islah dan berhijrahlah.
Sungguhnya aku telah bertemu dengan persimpangan jalanan itu,sebagaimana yang telah dilalui oleh junjungan nabi kita dan sahabat-sahabat yang terdahulu dariku. Syukur Alhamdullilah diatas apa yang telah dikurniakan kepadaku,dan tibalah masa pula untuk aku mula memikirkan apa yang telah diberikan kepadaku dan apa pula yang telah kuberikan kepadaNya.
”...berkata baik atau diam...”,dan itulah adalah antara sebab mengapa aku lebih banyak menyendiri dan menyepikan diri sekarang..
No comments:
Post a Comment