
Terkesima aku-macam tak percaya.aku sangkakan aku lulus exam berkomputer ni.semak-semak semula apa yang telah aku buat ,rasa-rasanya soalan taklah susah sangat & aku konfiden lulus..tapi bila result keluar (sejurus selepas exam) aku kecundang!.
Hangus yuran periksa aku $150..tu belum kira tension nk kena ulangkaji soalan balik tu.Nak re-exam kena tunggu & kena pulak bayar lagi sekali...adus!!
Mungkin ada sebab kenapa aku fail..Jawapan utama = terlalu konfiden berdasarkan pengalaman member2 dulu yang peperiksaan tersebut ”macam kacang je” mungkin membuatkan aku tak berapa serius dalam mentelaah.
Dalam duduk termenung memikirkan macammana aku fail,sempat jua terfikir macammana keadaannya bila kita rasa kita da ok kat dunia ni,tapi bila exam kat alam kubur nanti kita kantol.Exam kat dunia ni bolehlah repeat kalau fail,tapi fail exam kt sana nun nanti da takde peluang ”repeat” lagi dah...”belasah selalu” kata orang Terengganu. Adoyai..betul2 takut & tak boleh nak bayangkan,sekali ”sebatan” menyebabkan jasad terbenam 50 hasta kedalam tanah..lunyai jasad.
Seorang kawan ada berbual kosong dengan teman perihal peristiwa sebatan didalam kubur ini..Katanya,jika jasad kita diletakkan dibawah mesin cerucuk (piling machine),lalu dihentakkan dengan penukul mesin tersebut,nescaya hancur tubuh manusia itu dan terbenamlah ia beberapa kaki kedalam tanah..
Dan jika sebatan yang menghasilkan kedalaman sebanyak 50 hasta itu dibandingkan,maka sebatan itu adalah terlalu berkuasa berbanding dengan kuasa hentaman dari mesin cerucuk...maka perpuluh-puluh kali ganda pulalah hancurnya tubuh itu menjadi cebisan2 daging dan serpihan2 tulang ,yang tidak berapa lama kemudia akan bercantum semula dan bersedia untuk disebat untuk kali seterusnya,berterusan tanpa henti sehingga tiupan kali kedua tersebut dibunyikan...
Mana nak lari ni...adus! setiap kesalahan akan diperincikan.Tiada seorangpun penyelamat dan masing2 perlu berhadapan bersendirian...jika terkena selumbarpun terasa sakitnya, inikan pulanya sakit dipalu sebegitu,berkali-kali...


