Thursday, January 26, 2012

MARI KETAWA

Tersentak aku kali ke 2 untuk bulan ni...hilang tiba-tiba $450 disebabkan cukai pendapatan. Penguasa cukai melakukan penyemakan semula dan mana-mana baki terkurang (yang telahpun dibayar oleh majikan aku) dipukalkan dalam satu amaun dan pemotongan terus dibuat tanpa membuat apa-apa tawaran penyelesaian ataupun perbincangan denganku.

Perg!!. $450-satu amaun yang banyak yang selama ni aku peruntukkan untuk membayar segala bil-bil semasa aku..Terasa tidaak adilnya dan teraniaya kerana pemotongan nilai sebenar sepatutnya berlaku pada bulan pertama lagi aku berkhidmat di syarikat ini,dan bukannya pada bulan ke 8, dengan pemotongan pukal dan drastik sebegini.

Teringat aku tentang statistik yang dikeluarkan oleh negeri selangor (pembangkang) bahawa pendapatan pasir negeri Selangor pada 3 tahun pertama pemerintahan mereka adalah sejumlah 15 juta ,sedangkan hasil yang dikutip dari sumber semulajadi yang sama oleh kerajaan berteraskan bangsa,untuk tempoh yang sama adalah cuma 4.3uta sahaja..



Mengapakah terlalu bezanya pendapatan pasir ini,dan jika pendapatan ini disalurkan sacara telus untuk kepentingan rakyat,pastinya tiada rakyat yang menderita dan kesempitan seperti aku dan ribuan manusia yang lain dinegara ”hang tuah yang tak wujud” ini.

Dan aku pasti jika polisi yang digunakan oleh badan pengutip cukai ini berteraskan polisi dari pemerintahan yang adil,maka aku dan semua rakyat tidak akan dipotong gajinya sesuka-hati sebegini dengan amaun yang melampau sebegini.

Tiada yang percuma didunia ini,itu adalah pasti dan aku tidak mempertikaikannya, namun perasaan marah akan terbit pada sesiapa yang teraniaya,sekiranya usaha lelah mencari pendapatan sara hidup dipotong dengan kadar yang tidak adil, disebabkan untuk memberi dana untuk golongan kapitalis-kapitalis mencari kemewahan dengan pelbagai projek.

Setiap sen yang diambil tanpa kerelaan itu tidak akan halal selama-lamanya,dan pasti wang dari dana ”memeras keringat rakyat” itu akan merosakkkan akhlak zuriat keturunan mereka..

Thursday, January 12, 2012

”GENTLEMAN” @ ”GENTEL”MAN


Keistimewaan pohon kelapa,mampu tumbuh menjulur tinggi kelangit sambil melepaskan pelepah bebas keudara.Bebas kerana tidak perlu berkongsi ruang dengan tumbuhan lain, yang tertinggal sayup bernaung dibawahnya.Pada altitud sebegini, tentunya megah dapat melihat sekeliling tanpa batasan.Semakin luas pemandangan,maka semakin luaslah ilmu pengetahuan.

Keinginan untuk mencapai situasi seperti pokok kelapa ini wujud pada setiap bangsa ,namun sejarah membuktikan kebanyakan bangsa yang ”maju” lupa bahawa setinggi manapun pokok kelapa yang dicipta tetap akan goyah menunggu masa tumbang kebumi jika ribuan akar-akar kecil yang berselirat tidak diayam kemas dan kukuh untuk memegang bumi..

Dan bangsa melayu memang sebati dengan peribadi pokok kelapa itu. Melayu yang di merdekakan secara ”gentleman” dari penjajah dan ugama yang diwarisi dari turun temurun menjadikan ianya suatu bangsa yang mulia dan perlu dipertuankan sepanjang zaman..Emosi yang melampau bila 2 perkara ini dipertikaian kerana sifat tidak keterbukaan yang menebal didalam sanubari mereka.

Bangga terhadap kemerdekaan sedangkan pribumi ditipu oleh penjajah yang melantik proksi dari bangsa peribumi sendiri untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan dan ideologi mereka disini,dan bangsa melayu yang mengklasifikasikan saudara-saudara baru sebagai islam kelas kedua kerana taraf keislaman itu dinilai berdasarkan tempoh anutan.
(warisan dari nenek moyang)..dan bangsa yang terlalu ramai pula ugamawannya yang menjual agama dengan harga yang sedikit,hanya untuk mendapat penghargaan dan kemewahan.

Tiada bezanya melayu (yang mendaulat dan mengagungkan sentimen bangsa) dengan bangsa turki yang mengaggungkan sekular..Sejarah membuktikan turki hanya gagah dizaman othmaniah yang berorientasikan islam dan bukannya di zaman kamal atartuk, bapa sekularisma turki,yang jasadnya tidak diterima bumi itu.

Mungkin ada soalan cepu emas dari penyoal alam kubur kelak: ”siapakah nenek moyang mu dan apakah bangsamu...”

Wednesday, January 11, 2012

AKU ADALAH FIRAUN KECIL


Siapa kata bahawa Tuhan itu Maha pandai (al-Rasyid)..jika tidak masakan pemerintah menggunakan undang-undang sendiri dan tidak menggunakan undang-undang Tuhan dalam mentadbir negara..Mesti terdapat cacat-celanya undang-undang tuhan ini. Undang-undang (tuhan) yang tidak relevan dan tidak sesuai mengikut peredaran zaman,malah penggunaanya (hukum Tuhan ) akan menyebabkan ramai orang akan menjadi kudung kerana hukum kisas dan ramai isteri menjadi janda (kerana suaminya direjam sehingga mati kerana berzina dengan perempuan lain)...

maka tidaklah pandai Tuhan itu kerana menciptakan undang-undang kontemporari,yang hanya sesuai untuk sesuatu zaman sahaja.

Siapa kata Tuhan itu Maha Mulia (al-Jalil),kerana semua orang bebas untuk mempermain-mainkan Tuhan. Dimanakah kemuliaaan Tuhan,kerana bangsa itu adalah lebih mulia dan perlu didaulatkan lebih dari Tuhan,jika tidak masakan kita perjuangkan moto ”demi bangsa,agama dan negara”.

Maka tidaklah mulia Tuhan itu kerana ada perkara lain yang perlu diperjuangkan dulu sehingga ketitisan darah terakhir..

Memang Tuhan itu maha lembut (al-Latiff) ,kerana kita mampu berbuat apa sahaja tanpa apa-apa kekangan.Maka kita setuju dengan pemerintah untuk membina kilang arak demi untuk menjana ekonomi negara,menyokong pemecatan mufti kerana larangan mufti terhadap model wanita islam berbikini,dan menyokong tindakan pemerintah kerana membuat pelaburan dalam perusahaan arak dan judi...ekonomi negara adalah penting untuk menjamin keselesaan penghidupan kita.

Maka benarlah Tuhan itu Maha Lembut dan GagahNya (al-Aziz) ia yang "biasa-biasa" sahaja kerana boleh ”ditolak –ansur” dalam banyak perkara.

..”dengan nama” Allah...yang maha pemurah lagi maha penyayang”...maka 97 nama Allah itu tidaklah membawa apa-apa maknapun kerana yang penting adalah baki 2 lagi namaNya itu (Ya Rahman dan Ya Rahim) yang lebih mustahak ,untuk meneruskan survival kita untuk kehidupan materialistik yang lebih selesa dan lebih menjaminkan..

Tiada bezanya golongan pemerintah dan rakyat yang menyokong pemerintah tersebut..manusia itu hanya akan lebih tersedar bilamana cecair panas dari besi yang dicairkan mula meleleh masuk ke lubang telinganya kelak.

Mengelegaknya ia (cecair besi panas ) seumpama sup ekor yang dipanaskan direstoran-restoran thai itu...

KARTUN-”THE BEST MEDICINE"


Jangan marahkan anak-anak kerana mereka suka menonton kartun,kerana fikiran mereka yang belum waras tentunya suka kepada hiburan dan apa sahaja wadah yang menggembirakan hari mereka..

Namun salahkan diri sendiri yang mengaku matang ini kerana memilih kartun untuk menentukan masa depan sendiri.Kartun yang dipilih secara sukarela kerana generasi kartun-kartun terdahulu telah memberikan keselesan penghidupan kepada kita semenjak bendara union jack diturunkan..dan dengan kartun inilah juga maka kita menikmati cukai samada diminta dari kita secara sukarela mahupun dipaksa.

Tidak salah membayar cukai jika peratusan pendapatan yang dicukaikan itu digunakan untuk keselesaan semua orang,namun salahnya bila cukai yang terkumpul ini digunakan untuk menjana peluang perniagaan yang akhirnya mengenyangkan secara luar biasa akan
pengendali perniagaan tersebut dan keluarga-keluarganya.

Maka kenyang dan senanglah mereka sehingga 3 generasi sedangkan sebahagian rakyat jelata menghadapi tindakan mahkamah. Pada mereka yang tidak dikenakan cukai pula mengisi perut dengan angin sehingga ada sebahagiannya mencuri kerana terpaksa..hanya kerana tidak sampai hati melihat darah daging menangis kelaparan.. dan sebahagiaannya menyelak peha untuk sesuap nasi.

Demi untuk menegakkan keadilan maka pencuri susu bayi ini dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara,sedangkan perasuah-perasuah dan pencuri-pencuri berjuta-juta ringgit harta rakyat ini hanya dikenakan hukuman 12 bulan penjara.Alangkah indahnya dan adilnya undang-undang kartun ini..

Pemerintah kartun adalah suatu penghasilan kreatif bangsa-bangsa penjajah,yang diciptakan untuk memproksikan penguasaan pemeritahan mereka ditanah air yang dijajah,dan untuk menghiburkan rakyat yang malas berfikir dan tidak terbuka dan sebati dengan slogan pertama bangsa,kedua agama ketiga negara..Maka terhinalah Tuhan kerana diletakkan nombor 2 dari segi keutamaan..

Jangan salahkan generasi sendiri yang ”cacat akhlak” kerana kita sendiri yang ”menyerahkan” anak-anak kita untuk dididik oleh kartun-kartun ini..