Thursday, January 12, 2012

”GENTLEMAN” @ ”GENTEL”MAN


Keistimewaan pohon kelapa,mampu tumbuh menjulur tinggi kelangit sambil melepaskan pelepah bebas keudara.Bebas kerana tidak perlu berkongsi ruang dengan tumbuhan lain, yang tertinggal sayup bernaung dibawahnya.Pada altitud sebegini, tentunya megah dapat melihat sekeliling tanpa batasan.Semakin luas pemandangan,maka semakin luaslah ilmu pengetahuan.

Keinginan untuk mencapai situasi seperti pokok kelapa ini wujud pada setiap bangsa ,namun sejarah membuktikan kebanyakan bangsa yang ”maju” lupa bahawa setinggi manapun pokok kelapa yang dicipta tetap akan goyah menunggu masa tumbang kebumi jika ribuan akar-akar kecil yang berselirat tidak diayam kemas dan kukuh untuk memegang bumi..

Dan bangsa melayu memang sebati dengan peribadi pokok kelapa itu. Melayu yang di merdekakan secara ”gentleman” dari penjajah dan ugama yang diwarisi dari turun temurun menjadikan ianya suatu bangsa yang mulia dan perlu dipertuankan sepanjang zaman..Emosi yang melampau bila 2 perkara ini dipertikaian kerana sifat tidak keterbukaan yang menebal didalam sanubari mereka.

Bangga terhadap kemerdekaan sedangkan pribumi ditipu oleh penjajah yang melantik proksi dari bangsa peribumi sendiri untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan dan ideologi mereka disini,dan bangsa melayu yang mengklasifikasikan saudara-saudara baru sebagai islam kelas kedua kerana taraf keislaman itu dinilai berdasarkan tempoh anutan.
(warisan dari nenek moyang)..dan bangsa yang terlalu ramai pula ugamawannya yang menjual agama dengan harga yang sedikit,hanya untuk mendapat penghargaan dan kemewahan.

Tiada bezanya melayu (yang mendaulat dan mengagungkan sentimen bangsa) dengan bangsa turki yang mengaggungkan sekular..Sejarah membuktikan turki hanya gagah dizaman othmaniah yang berorientasikan islam dan bukannya di zaman kamal atartuk, bapa sekularisma turki,yang jasadnya tidak diterima bumi itu.

Mungkin ada soalan cepu emas dari penyoal alam kubur kelak: ”siapakah nenek moyang mu dan apakah bangsamu...”

No comments:

Post a Comment