Wednesday, January 11, 2012

KARTUN-”THE BEST MEDICINE"


Jangan marahkan anak-anak kerana mereka suka menonton kartun,kerana fikiran mereka yang belum waras tentunya suka kepada hiburan dan apa sahaja wadah yang menggembirakan hari mereka..

Namun salahkan diri sendiri yang mengaku matang ini kerana memilih kartun untuk menentukan masa depan sendiri.Kartun yang dipilih secara sukarela kerana generasi kartun-kartun terdahulu telah memberikan keselesan penghidupan kepada kita semenjak bendara union jack diturunkan..dan dengan kartun inilah juga maka kita menikmati cukai samada diminta dari kita secara sukarela mahupun dipaksa.

Tidak salah membayar cukai jika peratusan pendapatan yang dicukaikan itu digunakan untuk keselesaan semua orang,namun salahnya bila cukai yang terkumpul ini digunakan untuk menjana peluang perniagaan yang akhirnya mengenyangkan secara luar biasa akan
pengendali perniagaan tersebut dan keluarga-keluarganya.

Maka kenyang dan senanglah mereka sehingga 3 generasi sedangkan sebahagian rakyat jelata menghadapi tindakan mahkamah. Pada mereka yang tidak dikenakan cukai pula mengisi perut dengan angin sehingga ada sebahagiannya mencuri kerana terpaksa..hanya kerana tidak sampai hati melihat darah daging menangis kelaparan.. dan sebahagiaannya menyelak peha untuk sesuap nasi.

Demi untuk menegakkan keadilan maka pencuri susu bayi ini dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara,sedangkan perasuah-perasuah dan pencuri-pencuri berjuta-juta ringgit harta rakyat ini hanya dikenakan hukuman 12 bulan penjara.Alangkah indahnya dan adilnya undang-undang kartun ini..

Pemerintah kartun adalah suatu penghasilan kreatif bangsa-bangsa penjajah,yang diciptakan untuk memproksikan penguasaan pemeritahan mereka ditanah air yang dijajah,dan untuk menghiburkan rakyat yang malas berfikir dan tidak terbuka dan sebati dengan slogan pertama bangsa,kedua agama ketiga negara..Maka terhinalah Tuhan kerana diletakkan nombor 2 dari segi keutamaan..

Jangan salahkan generasi sendiri yang ”cacat akhlak” kerana kita sendiri yang ”menyerahkan” anak-anak kita untuk dididik oleh kartun-kartun ini..

No comments:

Post a Comment