
Jiran aku kecurian semasa beliau bertungkus lumut menyelamatkan ahli keluarganya yang sama-sama terlibat didalam kemalangan kereta. Bantuan yang diterima ketika saat kecemasan itu datangnya dari penduduk kampung sekeliling dan para pemandu kenderaan yang berhenti seketika lantaran prihatin terhadap kemalangan tersebut.
Bantuan yang diberikan samada ikhlas atau sekadar mencari peluang keemasan sukar untuk aku huraikan,namun yang pastinya kehilangan semua barang2 peribadi dan berharga didalam kereta tersebut adalah sesuatu yang perbuatan yang amat melampau.
Memang sesuatu yang berlaku itu adalah dengan keizinanNya,namun mengapa pencuri itu melakukan amat menarik untuk dibincangkan.Terdapat 2 kategori pencuri yang kukirakan sesuai untuk keadaan ini,iaitu:
1-Pencuri yang memang tabiatnya mencuri 2-Pencuri yang melakukan kerana terpaksa
Untuk pencuri kategori 1 tidak perlu dipertikaikan,,namun bagi mencuri kerana terpaksa, mungkin kita (sebagai pihak yang tidak mempunyai apa-apa pertalian darah) juga sebenarnyaadalah penyumbang kepada masalah tersebut. Untuk lebih mesra, individu / pencuri tersebut boleh dinamakan ”Pemuda X” dan sebab-sebab pemuda X melakukannya mungkin lantaran dari beberapa rentetan peristiwa,antaranya:
a- Kemiskinan-tiada pembelaan dari golongan berpendapatan: Mungkin akibat kita yang tidak mahu melaksanakan unjuran bersedekah dan berzakat
b- Persekitaran-lantaran sifat kita yang mementingkan diri sendiri dan tidak memperdulikan tanggungjawab kita terhadap kebajikan rakan/jiran/saudara
c- Ekonomi-Kita mewujudkan kehidupan materialistik yang melampau dan
memandang kepada pentingnya taraf,pangkat dan kekukuhan ekonomi.
d- Agama-Tiada sokongan/peranan dari kita untuk menegakkan islam sebagai teras kehidupan,sebaliknya memilih sekularisma sebagai dasar kehidupan.
Menyalahkan sipencuri tidak akan menamatkan perbuatan mencuri ini,tetapi sedikit sumbangan kita dalam menghidupkan agama akan menyelamatkan ”pencuri-pencuri terpaksa” ini dari lahir dari kaum keluarga kita & kenalan yang rapat dengan kita.
Jadilah ”rakan cop” yang membantu membanteras punca jenayah dan bukannya hanya menjadi informer untuk membanteras jenayah.
No comments:
Post a Comment