Monday, October 31, 2011

X-factor oleh X-Men


Jiran aku kecurian semasa beliau bertungkus lumut menyelamatkan ahli keluarganya yang sama-sama terlibat didalam kemalangan kereta. Bantuan yang diterima ketika saat kecemasan itu datangnya dari penduduk kampung sekeliling dan para pemandu kenderaan yang berhenti seketika lantaran prihatin terhadap kemalangan tersebut.
Bantuan yang diberikan samada ikhlas atau sekadar mencari peluang keemasan sukar untuk aku huraikan,namun yang pastinya kehilangan semua barang2 peribadi dan berharga didalam kereta tersebut adalah sesuatu yang perbuatan yang amat melampau.
Memang sesuatu yang berlaku itu adalah dengan keizinanNya,namun mengapa pencuri itu melakukan amat menarik untuk dibincangkan.Terdapat 2 kategori pencuri yang kukirakan sesuai untuk keadaan ini,iaitu:

1-Pencuri yang memang tabiatnya mencuri 2-Pencuri yang melakukan kerana terpaksa

Untuk pencuri kategori 1 tidak perlu dipertikaikan,,namun bagi mencuri kerana terpaksa, mungkin kita (sebagai pihak yang tidak mempunyai apa-apa pertalian darah) juga sebenarnyaadalah penyumbang kepada masalah tersebut. Untuk lebih mesra, individu / pencuri tersebut boleh dinamakan ”Pemuda X” dan sebab-sebab pemuda X melakukannya mungkin lantaran dari beberapa rentetan peristiwa,antaranya:

a- Kemiskinan-tiada pembelaan dari golongan berpendapatan: Mungkin akibat kita yang tidak mahu melaksanakan unjuran bersedekah dan berzakat
b- Persekitaran-lantaran sifat kita yang mementingkan diri sendiri dan tidak memperdulikan tanggungjawab kita terhadap kebajikan rakan/jiran/saudara
c- Ekonomi-Kita mewujudkan kehidupan materialistik yang melampau dan
memandang kepada pentingnya taraf,pangkat dan kekukuhan ekonomi.
d- Agama-Tiada sokongan/peranan dari kita untuk menegakkan islam sebagai teras kehidupan,sebaliknya memilih sekularisma sebagai dasar kehidupan.

Menyalahkan sipencuri tidak akan menamatkan perbuatan mencuri ini,tetapi sedikit sumbangan kita dalam menghidupkan agama akan menyelamatkan ”pencuri-pencuri terpaksa” ini dari lahir dari kaum keluarga kita & kenalan yang rapat dengan kita.

Jadilah ”rakan cop” yang membantu membanteras punca jenayah dan bukannya hanya menjadi informer untuk membanteras jenayah.

Tuesday, October 18, 2011

LARI... KUDAKU LARI


Melayu adalah satu bangsa yang pemalu,kaya dengan sopan santun,pemurah,ramah dan berbudi bahasa.Pemalunya menyebabkan bangsanya malu untuk bertanyakan sesuatu yang ”Taboo” yang mengugat pendirian yang selama ni didokong, sekian lama menjadi listrik yang mengalir didalam darahnya.

Pemurahnya sehingga memberikan haknya kepada bangsa lain yang bukan seagama dengannya lantaran kerana dasar ”persatuan bangsa” yang didokong dan slogan yang dipegangnya...”Apa ada pada agama kerana bangsa perlu diutamakan dahulu”...katanya

Bangsa yang amat peramah lantaran manisnya mulut sehingga fitnah itu menjadi intipati perbualan yang lumrah..Mulut mendahului otak kerana lidah lebih ”flexible” tanpa tulang ,dan pertuturan itu adalah ekspressi emosi yang sentimental dan ikhlas, sedangkan otak menerbitkan perbahasan, pertikaian dan pencarian maklumat.

Budi bahasa bangsa melayu memang menjadi topik pujian kepada para pelancong yang datang ke negara ini.Sukar untuk berjumpa bangsa yang amat menghormati orang luar yang datang berkunjung...dan bangsa melayu adalah juaranya didalam dunia ini.
(Ini adalah fakta-dan anda boleh memperbandingkan dengan bangsa lain yang lebih maju (jepun,perancis,korea,inggeris dan sebagainya...)

Bangsa melayu yang kaya dengan sopan satun,pemurah,ramah dan berbudi bahasa jugalah yang melahirkan perumpamaan sebegini,yang mencerminkan sifat dalaman sebenar bangsanya:
1- ”..Bagai bara didalam sekam...”
2- ”..Telunjuk lurus kelingking berkait..’
3- ”...Talam 2 muka...dan lidah bercabang”
4- ”...Pepat diluar ,runcing didalam..”
5. ”...Harapkan pagar,pagar memakan padi”...
6. ”..Ibarat gunting didalam lipatan”...dan sebagainya
7.
Bangsa itu tidak dapat diubah walaupun perkataan “melayu” itu boleh ditukar didalam kad pengenalan. Ianya adalah sesuatu yang sebati termaktub dan diwarisi...namun , bangsa melayu yang hebat boleh dibentuk , jika islam menjadi nadi dan teras kehidupannya...

Sketsa: melayu = lari (bahasa jawa)

Kumpulan Unggu


Bercintanya untuk bangun pagi setelah 2 hari bercuti..cuti yang dihabiskan dengan sibuk mengemas rumah.Rasanya isnin lepas baru sahaja bertemu,kini jumpa pula isnin yang berikutnya.Seminggu seolah-olah cuma mengandungi 3 hari sahaja dan bukannya 7 hari seperti yang tercatat didalam kalender.

Cepat sungguh masa berlalu.Dalam 24 jam yang disediakan,9jam dihabiskan sewaktu masa bekerja..2 jam terperangkap didalam kereta semasa perjalanan pergi dan balik kerja (dicampur dengan kesesakan lalulintas),manakala 7 jam masa pula untuk tidur.Sejam satu pula masa untuk persiapan sebelum pergi kerja dan masa rehat sebelum mandi selepas sampai ke rumah....dan bakinya adalah 4 jam untuk bermesra dengan anak-anak (jikakalau ada...dan jika ada untuk perkara yang berfaedah untuk anak-anak).

Perkara yang sama diulang-ulang setiap hari sehinggalah tiba tempoh untuk kita ”bersara”..Tidak ubah seperti burung yang keluar pagi dan balik petang untuk mencari makanan.Bezanya cuma:
a-Setiap burung itu akan keluar dan pulang ke sarang tepat pada masanya,sedangkan kita keluar lebih awal pagi dan pulang selepas ”tiada” petang .
b-Siburung yakin kepada rezeki yang ditentukan oleh Penguasa Alam ini,sedangkan kita amat jarang yakin malah sentiasa merasakan tidak cukup rezeki yang telah sedia diterima ketika ini.
c-Burung ”bertasbih” sepanjang masa sepanjang pencarian seharinya mencari rezeki, sedangkan kita hanya menyediakan 5 minit setiap satu untuk menunaikan 2 solat fardu ,dan tidak lebih dari itu ,sepanjang 8 jam bekerja (jika 8 jam...)
d-Burung tidak diwajibkan mengerjakan zakat kerana tiada kefarduan kepadanya dari rezeki yang diberikan, sedangkan manusia amat berat menunaikan zakat,walaupun arahan tersebut telah diwartakan kepadanya.

Kesibukan memenuhi keperluan dunia menyebabkan kita lupa akan tugas sebenar kita diturunkan kedunia,lupa kepada ikrar kita pada bulan ke 4 sebelum roh kita dimasukkan kedalam janin ..dan hanya tersedar ketika kita didalam usungan, dibawa pergi untuk disimpan didalam lahad.

-Jom dengar lagu kumpulan Ungu ”Andai Ku Tahu”

Friday, October 14, 2011

LEORNADO & MICHEALENGELO- Pengkarya terbaik pernah dilahirkan AIK


Cantik sungguh ruang tamu rumah sahabatku. Kunjungan aku kerumahnya membuat aku kagum.Walaupun ruang lantai yang terhad, namun susunatur perabut dan hiasan dinding yang strategik menghasilkan visual yang cukup menawan,laksana mendapat sentuhan dari jari jemari pakar hiasan dalaman.

Situasi tersebut anda akan jumpa hampir kebanyakan rumah dewasa kini.Tidak kira samada rumah tersebut besar,sederhana mahupun kecil,setiap pemilik akan cuba menghasilkan karya terbaik mereka untuk mewujudkan ”syurga” masing-masing.

Namun sukar untuk anda menemui pemilik rumah yang mempamirkan koleksi buku/majalah pembacaan peribadi ataupun keluarga diruang2 tertentu ,apatah lagi untuk menyediakan ruang untuk perpustakaan mini keluarga. Jika adapun ianya adalah amat sedikit.., berbanding dengan hiasan lain yang megah tersusun,samada didinding,dalam almari perhiasan mahupun disudut2 ruang lantai...

Secara kasar anda boleh merumuskan bahawa orang melayu tidak gemar kepada membaca. Sesuatu yang tidak diminati tidak akan dipamirkan,dan itu adalah sifat manusia.
Ketua keluarga yang tidak minat kepada membaca akan mewariskan sifat yang sama pada generasi seterusnya (anak-anak).Anak-anak yang tidak diasuh membaca dari rumah semenjak kecil akan menghasilkan anak-anak yang mencari informasi diluar rumah dari sumber-sumber yang tidak ditapis.Dan adalah tidak wajar menyalahkan anak-anak jika mereka tidak berminat kepada ilmu kerana kita adalah suri teladan mereka.

Tidak ramai yang menyedari keistimewaan buku dalam kehidupan kita.Antaranya:

1-Palitan corak dari kulit buku-buku yang dipamirkan mewujudkan satu bentuk grafik 3 dimesi yg unik , menjadi seni abstrak pada dinding.
2-Warna dari kulit-kulit buku mewujudkan satu terapi psykologi pada mereka yang melihat-pendekatan penyembuhan penyakit melalui kaedah ”colour therapy”
3-Buku yang dipamirkan menghasilkan satu persepsi dari minda separa sedar anak-anak bahawa ibubapa mereka adalah sesorang yang suka kepada ilmu.Ini akan menggalakkan mereka (anak-anak) itu sendiri turut mengikuti langkah ibubapa mereka sebagai pencinta ilmu.
4-Membantu menyemaikan budaya membaca dan mencari ilmu kepada tetamu yang hadir.

Dari sudut hati- Sedih, kerana sukar untuk menemui ibubapa (sendiri), mengajarkan anak-anak mereka mengaji al-Quran..mungkin itu menjadi antara salah satu sebab mengapa anak-anak tidak menghormati ibubapa mereka

Monday, October 10, 2011

Astro Beyond dan Nissan SKYLINE @ Subaru IMPRENZA?


10 September 2011..Tersengih bila seorang tutor cuba mengajar matematik...diajarkan pada seseorang yang mempunyai kelulusan kejuruteraan (diri sendiri) dan sahabat2 lain yang mempunyai ijazah sarjana (lain-lain bidang) .Basic pengiraan yang mudah tetapi meninggalkan malu dan tersipu-sipu pada diri sendiri...mungkin yang lain juga terasa perasaan yang sama..

Model pengiraan hanya berkisar kepada yuran bulanan Astro.Dengan mengambil yuran basic Astro sebagai panduan ($40 sebulan) dan tempoh melanggan setahun, akan menghasilkan jumlah kumulatif bayaran sebanyak $ 480..Jumlah tersebut belum lagi mengambilkira pakej-pakej optional pada subscriber yang mengambil ESPN , Discovery Chanel, kartun ,HBO dan sebagainya..Tentu jumlah bayaran yuran kumulatif per tahun agak lumayan nilainya.

Perbandingan aritmatik pula adalah berdasarkan jumlah nilai RM yang diperlukan untuk melakukan ibadah korban setiap tahun.Satu bahagian korban (lembu) mengambil jumlah sebanyak $330 ,manakala seekor kambing pula hanya bernilai $450,untuk sesorang yang ingin melaksanakan ibadah korban.

Jumlah kepada pengiraan matematik tersebut menghasilkan jawapan bahawa kita lebih mengutamakan dunia berbanding melaksanakan seruan ugama dari Pencipta (yang setiap detik memberikan kita udara untuk dihirup kedalam paru-paru dengan selesa dan percuma).

Tidak yakin kepada janjiNya..sedangkan rezeki setiap makhluk yang bernyawa terletak pada tangan dan kehendakNya..dan bukan disebabkan kudrat dan jerih kita sendiri.Hebat kerana walaupun telah mengetahui tetapi seringkali mencari seribu alasan untuk meloloskan diri dari melaksanakan tanggungjawab.

Taraf kita sebenarnya telah melayakkan dan mewajibkan kita melaksanakan ibadah qurban.Punca jawapan adalah amat mudah!!!..lihat saja kepada kereta apa yang kita gunakan.Cuba bandingkan dengan mengeluarkan $330 setahun (atau $450) ,berbanding jumlah bayaran ansuran kereta yang kita jelaskan setiap bulan..(”punctual” dan ”sharp” pada masanya,demi untuk mengelakkan kereta dari ditunda)..

Tertawa...(memperli diri sendiri),kerana ”hadiah” dari melaksanakan ibadaq qurban itu digambarkan seperti menaiki ”kenderaan” yang amat pantas,melintasi titian sirat yang amat tajam,..tetapi masih lagi berdegil memilih kereta yang pantasnya cuma mencecah purata 160km/jam...dan memilih piring Astro yang teramat pantas memotong bill anda (walaupun anda hanya terlewat membuat bayaran sehari sahaja)..

Nota dari langit: ”...Tiada beza antara kita dan binatang ternak,kedua-duanya mempunyai otak dan ”pendek” akal....”

Friday, October 7, 2011

NYANYIAN-SATU TERAPI


Tiada kata yang sesuai untuk digambarkan bilamana melihat gambar mayat bayi yang baru lahir..terbaring,pecah terburai diatas lantai konkrit,kerana dicampakkan dari tingkat 2 oleh ibunya sendiri.Sedih,pilu,ngeri,marah dan hairan...

Semestinya setiap jari telunjuk dari kita akan menuding menyalahkan ibu bayi tersebut atas kejahatan yang dilakukan ,tanpa menyedari 4 jari sendiri yang lain menuding kearah diri sendiri.

Undang-undang hanya menjatuhkan hukuman keatas bayi tersebut sedangkan parasit sebenar (”bapa” sibayi) dibiar berkeliaran bebas,sementara ibubapa si ”ibu” menanggung malu seumur hidup...Tercalar sudah salasilah kesucian keluarga yang dipertahankan sebelum ini.

Alangkah ”adilnya” undang-undang negara yang kita sokong selama ini. Kitalah yang sebenarnya menggalakkan budaya zina dan rogol kerana sikap moden kita dan sifat tidak memperdulikan ugama.Kita berfikiran ugama itu memadai dan lengkap sekiranya rukun islam yang 5 itu ditunaikan dan dijaga..dan itu sudahpun memadai...!

Kitalah jualah ”role model” sebenar yang menyebabkan anak-anak kurang berugama.Kita hanya menyalahkan pemerintah dan majlis agama yang tidak memainkan peranan ,sedangkan ciri dan dasar pemerintah terbentuk hasil dari mentaliti rakyat yang memilihnya (pemerintah tersebut).

Marah!!!,tidak adil!!!kami teraniaya!!!...hanya kita suarakan bilamana musibah tersebut terkena kepada diri kita sendiri/kaum keluarga kita..

Sekuat manapun ilmu agama yang diperturunkan siayah kepada siputeri akan terlerai juga jika kudrat nafsu lelaki mengatasi perempuan..jika siputeri dibiarkan bercampur bebas dengan bukan muhrimnya dan jika anak lelaki tidak didik untuk menjaga ”saudara” perempuan mereka..

Al-Quran itu hanyalah ”nyanyian” oleh manusia-manusia di akhir zaman.